Makan Malam Amal Bersama Dr. MAZA
Kepada sahabat-sahabat sekalian yang berminat untuk membeli tiket bagi majlis makan malam amal bersama Dr Mohd Asri Zainul Abidin bolehlah berhubung dengan saya (Abu Mardhiyyah@ Hafizi) di talian 013-3005129 atau kepada nama-nama yang tertera di dalam poster majlis makan amal ini untuk pendaftaran. Pembayaran bolehlah dibuat melalui Bank Islam atas nama Nik Md Yusof Nik Ismail 12-0650-1002-1659
Untuk para pelajar universiti, tiket dijual dengan harga RM 100 bagi setiap satu kerusi manakala untuk selain pelajar dijual dengan harga RM 150.
Hasil penjualan tiket ini sebenarnya akan disalurkan untuk menampung kos perbelanjaan bagi program Muktamar Sunnah Kebangsaan 2010 yang bakal diadakan pada 19.02.2010- 21.02.2010.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, tempat bagi majlis makan malam amal ini adalah terhad. Oleh itu, daftarlah segera selagi tempat masih ada untuk anda. Sekiranya anda berminat untuk membeli tiket ini sebagai satu bentuk sumbangan terhadap usaha dakwah sunnah tetapi tiada masa untuk hadir ke majlis ini, bolehlah berhubung dengan saya dan saya akan cuba dapatkan beberapa orang sahabat yang berminat tetapi tidak berkemampuan untuk membelinya bagi mewakili anda di majlis itu nanti berdasarkan jumlah kerusi yang dibeli.
Sekian terima kasih
“MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG, DAKWAH SUNNAH TERUS TERBILANG”





