Kitab Tauhid 1
oleh: Dr.Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al fauzan
Mudahanah dan kaitannya dengan al-wala' wal bara'
Mudahanah ertinya berpura-pura, menyerah dan meninggalkan kewajipan amar ma'ruf nahi mungkar serta melalaikan hal tersebut kerana tujuan duniawi atau kehendak peribadi. Oleh kerana itu berbaik hati, bermurah hati atau berteman dengan ahli maksiat ketika mereka berada di dalam kemaksiatannya, sementara dia tidak mengingkari (maksiat itu) sedangkan dia mampu kelakukannya maka itulah mudahanah.
Kaitan antara mudahanah dengan al-wala'wal bara' jelas daripada erti dan definisi yang kita paparkan tersebut, iaitu meninggalkan pengingkaran terhadap orang-orang yang melakukan maksiat sedangkan dia mampu melaksanakannya. Bahkan sebaliknya dia menyerah kepada mereka dan berpura-pura baik kepada mereka. Read the rest of this entry »
Oleh: Abu Anas Madani Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman
Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]
Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw. Read the rest of this entry »
Setiap tahun, tanggal 14 Februari, media-media massa akan mula mengiklankan sambutan Hari Valentine. Pelbagai acara dianjurkan, restoran-restoran, hotel-hotel, kedai-kedai bunga dan sebagainya akan mula mempromosi sambutan hari Valentine di premis-premis perniagaan mereka.
Dari manakah asal usulnya sambutan perayaan ini? Jika dicari di internet, kita akan menemui versi cerita yang berbeza-beza, yang mana tidak dapat diketahui mana satukah kisah yang sahih. Akan tetapi, secara jelasnya kita dapat melihat bahawa hari Valentine bukanlah daripada ajaran Islam, sebaliknya ia membawa unsur-unsur yang merosakkan akidah dan moral umat Islam, khususnya golongan muda. Read the rest of this entry »
Walaupun akal boleh digunakan untuk merenungi dan memahami Al Qur’an, akal tidaklah boleh berdiri sendiri. Bahkan akal sangat memerlukan dalil syar’i (Al Qur’an dan Hadis) sebagai penerang jalan. Akal itu ibarat mata. Mata memang memiliki potensi untuk melihat suatu benda. Namun tanpa adanya cahaya, mata tidak dapat melihat apa-apa. Apabila ada cahaya, barulah mata boleh melihat benda dengan jelas.
Jadi itulah akal. Akal barulah boleh berfungsi jika ada cahaya Al Qur’an dan As Sunnah atau dalil syar’i. Jika tidak ada cahaya wahyu, akal sangatlah mustahil melihat dan mengetahui sesuatu.
Terlebih dahulu yang kita mesti fahami, setiap insan beriman hendaklah bersikap patuh dan tunduk kepada Allah dan Rasul-Nya. Setiap wahyu iaitu Al Qur’an dan Hadis itu berasal dari-Nya. Rasul memiliki kewajipan untuk menyampaikan wahyu tersebut. Sedangkan kita memiliki kewajipan untuk menerima wahyu tadi secara lahir dan batin.
Allah Ta’ala berfirman,
“Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (QS. At Taghabun: 12)
Az Zuhri –rahimahullah- mengatakan,
“Wahyu berasal daripada Allah. Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam hanyalah menyampaikan kepada kita. Sedangkan kita dimestikan untuk pasrah (menerima).” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Kitabut Tauhid secara mu’allaq yakni tanpa sanad) Read the rest of this entry »
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak YAYASAN KEBAJIKAN NUSANTARA (YAKIN) kini sekali lagi sedang dalam pencarian20 orang pelajar yang berpontensi untuk diberi peluang belajar bersama para Ulama’di Makkah Al-Mukkarammah secara Talaqqi.
Untuk maklumat lanjut sila semak pamplet dibawah :-
Nasihat daripada Syaikh Prof. Dr. Abdurrazzak bin Abdul Muhsin al-Badr
Terjemahan asal di dalam Bahasa Indonesia oleh: Al Ustadz Abu Khaleed Resa Gunarsa,
di sunting ke Bahasa Malaysia oleh: Abu Usamah Mohd Masri Bin Mohd Ramli
Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi pembuka jalan kebaikan dan menjadi penutup jalan keburukan, dan di antara manusia juga ada yang menjadi pembuka jalan keburukan dan menjadi penutup kebaikan. Maka, berbahagialah orang yang Allah telah menjadikan jalan-jalan kebaikan melalui tangannya, dan celakalah bagi orang yang Allah telah menjadikan jalan-jalan keburukan melalui tangannya.” (HR Ibnu Majah, dihasankan al-Albani)
Sesiapa yang mahu dirinya menjadi pembuka jalan kebaikan, penutup keburukan dan menjadi orang yang beruntung, maka hendaklah dia melakukan hal-hal berikut:
1. Ikhlas kepada Allah di dalam setiap kata-kata dan perbuatan. Ini kerana ia adalah asas kepada seluruh kebaikan dan sumber segala keutamaan. Read the rest of this entry »
Hari: Isnin
Masa: 910 malam
Tajuk: 200 Soal Jawab Aqidah
Speaker: Ustaz Ahmad Hasyimi
Lokasi: ADM LT1 [di atas kedai fotostat di kiri masjid UIA Gombak]
Hari: Selasa
Halaqah Riadussolihat [Perempuan sahaja]
[Tafsir]
Masa: Selepas Maghrib
Lokasi: Tingkat 3 masjid UIA
Hari: Selasa
Masa: 910 malam
Tajuk: Fiqh al-Hadis kitab Umdatul Ahkam
Speaker: Ustaz Subhan Khadafi
Lokasi: ADM LT1
Hari: Khamis
Masa: 910 malam
Tajuk: Riadussolihin [English]
Speaker: Ustaz Ibrahim Nuh
Lokasi: ADM LT2
Hari: Jumaat
Masa: Selepas solat Sbuh
Tajuk: Halaqah hadis Riadussolihin [HARIS]
Lokasi: Masjid UIAM Gombak [Lelaki sahaja]
Contact person:
Abu Usamah 0132506391
Nurhafizah 0132229586