Keutamaan Bulan Zulhijjah
November 5, 2010Keutamaan Bulan Zulhijjah
1) Bulan Yang Tidak Memiliki Kekurangan
Dari Abi Bakrah radiallâhu ‘anhu, dari Nabî Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda
(شهران لا ينقصان، شهرا عيد: رمضان وذو الحجة)
“Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan ‘Eid :Ramadhan dan Zul Hijjah.” [Muttafaq 'Alaih. Sahih al-Bukhari: 1912, Sahih Muslim: 1089]
2) Bulan Penyempurnaan Agama Islam
Dari ‘Umar bin al-Khaththâb radiallahu ‘anhu, bahawa seorang Yahudi berkata kepada beliau
يا أمير المؤمنين، آية في كتابكم تقرؤونها، لو علينا معشر اليهود نزلت
لاتخذنا ذلك اليوم عيدا. قال: أي آية؟ قال: {اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا}. قال عمر: قد عرفنا ذلك اليوم، والمكان الذي نزلت فيه على النبي صلى الله عليه وسلم، وهو قائم بعرفة يوم جمعة
“Wahai Amirul Mu’minin, ada satu ayat di dalam kitab kalian yang kalian membacanya, sekiranya ayat tersebut turun pada Yahudi nescaya akan kami jadikan hari ‘eid (perayaan) kami.” ‘Umar bertanya, “Ayat yang manakah?” Yahudi itu berkata, “iaitu ayat yang berbunyi, “Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan aku cukupkan nikmat-Ku kepada kalian serta Aku Redhai Islam sebagai agama kalian.’ ‘Umar radiallahu ‘anhu berkata, “Kami telah mengetahui hari dan tempat diturunkannya ayat ini kepada Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan baginda ketika itu sedang berdiri (berkhutbah) di ‘Arafah pada hari Jumaat.” [Muttafaq 'Alaih. Sahih al-Bukhari: 45, Sahih Muslim: 3017] . Penerangan: Hari ‘Arafah adalah hari ke 9 pada bulan Dzul Hijjah.
3) 10 Hari Di Mana Amalan Lebih Mulia Daripada Jihad
Dari Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma beliau berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
(( مَا مِنْ أيَّامٍ ، العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هذِهِ الأَيَّام )) يعني أيام العشر . قالوا : يَا رسولَ اللهِ ، وَلاَ الجِهَادُ في سَبيلِ اللهِ ؟ قَالَ : (( وَلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيءٍ ))
“Tidak ada hari-hari untuk beramal soleh di dalamnya yang lebih dicintai oleh Allah melebihi daripada hari-hari ini.” (iaitu sepuluh hari) Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, tidak pula jihad fî sabilillah?”. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Tidak pula jihad fî sabîlillâh melainkan seorang lelaki yang keluar jiwa dan hartanya (untuk berperang), dan dia tidak kembali membawa sesuatu apapun.” [Sunan Abi Daud: 2438, Sunan at-Tirmizi: 2438 dan beliau menyatakan ia Hasan Sahih Gharib] Penerangan: Maksudnya sepuluh hari pada awal bulan Zulhijjah.
4) Bulan yang di dalamnya terdapat hari Arafah (9 Zulhijjah) yang apabila berpuasa pada hari tersebut, nescaya dosanya sebelumnya dan sesudahnya diampuni oleh Allah:
Dari Abu Qatadah radiallahu ‘anhu, Rasūlullâh Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
صيام يوم عرفة، أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله. والسنة التي بعده
“Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…” [Sahih Muslim: 1162, Sunan at-Tirmizi: 749, Sunan Ibn Majah: 1416]
5) Hari yang mana ramai manusia dibebaskan daripada api neraka.
Daripada ‘A`isyah radiallahu ‘anha beliau berkata : Sesungguhnya Rasūlullâh Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda
ما من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار، من يوم عرفة . وإنه ليدنو ثم يباهي بهم الملائكة . فيقول : ما أراد هؤلاء ؟
“Tidak ada hari yang lebih ramai Allah membebaskan hamba dari neraka selain pada hari ‘Arafah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka? [Sahih Muslim: 1348, Sunan Ibn Majah: 2458, Sunan an-Nasaie: 3003]
7) Hari Haji Yang Besar
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم وقف يوم النحر بين الجمرات في الحجة التي حج فقال أي يوم هذا قالوا يوم النحر قال هذا يوم الحج الأكبر
Dari ‘Abdullâh bin ‘Umar radiallâhu ‘anhuma, bahawa Rasūlullâh Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berwukuf pada hari an-Nahar (hari penyembelihan/’Idul adhha) di antara tempat melempar jumrah (baru kerikil) pada saat baginda sedang berhaji, kemudian baginda berkata : “Hari apa sekarang?” Para sahabat menjawab, “hari an-Nahar”. Lantas Nabi bersabda : “Hari ini adalah hari haji besar. [Sahih al-Bukhari: 1742, Sunan Abi Daud: 1945]








