Tangisan 12 Rabiul Awal
February 5, 2012

1001 Hari Jumaat.
1) Hari nabi Adam a.s diciptakan.
2) Hari nabi Adam a.s dimasukkan ke dalam syurga dan dikeluarkan darinya.
3) Hari kiamat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ، وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ ، وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا ، وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ ”
Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu meriwayatkan, Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit padanya ialah hari Jumaat. Pada hari itu diciptanya adam, pada hari itu dimasukkannya ke dalam syurga, pada hari itu jua dikeluarkan dia dari syurga. Tidak akan berlaku hari kiamat melainkan pada hari Jumaat.
[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Kelebihan Jumaat, hadis no: 1417] Baca selanjutnya »
Abdullah Bin Ummi Maktum mempunyai banyak uzur, tetapi tetap di suruh mendirikan solat jemaah di masjid.
1) Beliau buta dan tiada orang menemaninya ke masjid
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : ” أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، رَجُلٌ أَعْمَى ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّهُ لَيْسَ لِي قَائِدٌ يَقُودُنِي إِلَى الْمَسْجِدِ ، فَسَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، أَنْ يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَلِّيَ فِي بَيْتِهِ ، فَرَخَّصَ لَهُ ، فَلَمَّا وَلَّى ، دَعَاهُ ، فَقَالَ : ” هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلَاةِ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، قَالَ : فَأَجِبْ ” .
Abu Hurairah berkata: Seorang lelaki buta (Ibn Ummi Maktum) telah datang kepada nabi lalu berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak mempunyai orang yang akan memimpinku ke masjid. Lelaki itu meminta Rasulullah memberi keringanan kepadanya supaya dia boleh melakukan solat di rumahnya. Maka baginda memberikan keringanan. Ketika lelaki buta itu mahu beredar pulang, nabi memanggilnya dan berkata: Apakah kamu mendengar azan? Lelaki itu menjawab” Ya. Jawab baginda :saw: Maka wajib kamu pergi solat jemaah di masjid.
[Sahih Muslim, Kitab Masjid dan Tempat Solat, Bab Galakkan Pergi Ke Masjid Bagi Sesiapa Yang Mendengar Azan, hadis no: 1050]
2. Rumah Ibn Ummi Maktum jauh dari masjid
عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ ، أَنَّهُ سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : ” يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنِّي رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ ، شَاسِعُ الدَّارِ ، وَلِي قَائِدٌ لَا يُلَائِمُنِي ، فَهَلْ لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي ؟ قَالَ : هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ ؟ قَالَ : نَعَمْ ، قَالَ : لَا أَجِدُ لَكَ رُخْصَةً ” .
Abdullah Ibn Makhtum bertanya kepada nabi :saw: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku lelaki yang buta dan rumah aku jauh, dan aku tiada orang untuk memimpin aku ke masjid. Apakah aku ada keringanan untuk mendirikan solat di rumah ku? Nabi bertanya: Apakah kamu mendengar azan? Jawab beliau: Ya. Lalu nabi bersabda: Aku tidak menemui keringanan untuk kamu.
[Sunan Abu Daud, Kitab as-Solat, Bab Dipersempitnya Alasan Untuk Meninggalkan Jemaah, hadis no: 464]
3. Di antara rumah Ibn Makhtum dan masjid terdapat semak belukar
عن ابن أم مكتوم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أتى المسجد فرأى في القوم رقة فقال إني لأهم أن أجعل للناس إماما ثم أخرج فلا أقدر على إنسان يتخلف عن الصلاة في بيته إلا أحرقته عليه فقال ابن أم مكتوم يا رسول الله إن بيني وبين المسجد نخلا وشجرا ولا أقدر على قائد كل ساعة أيسعني أن أصلي في بيتي قال أتسمع الإقامة قال نعم قال فأتها
Abdullah Ibn Makhtum menceritakan bahawa nabi datang ke masjid dan melihat sedikitnya jemaah. lalu baginda bersabda: Aku hampir-hampir mahu menyuruh seseorang menjadi imam solat kepada manusia, kemudian aku keluar dan membakar rumah-rumah orang yang solat di rumahnya. Lalu Ibn Makhtum bertanya: Ya Rasulullan, sesungguhnya di antara rumahku dan masjid terdapat pokok-pokok kurma dan pokok-pokok lain. Aku tidak mempunyai orang yang boleh memimpinku ke masjid sepanjang masa. Apakah boleh aku mendirikan solat di rumahku. Nabi bertanya: Apakah engkau mendengar Iqamah? Jawab beliau: Ya. Maka nabi bersabda: Maka hendaklah engkau datang ke masjid.
[Musnad Ahmad,Musnad al-Makkiyyin, Hadis 'Amru Bin Ummi Maktum :ra, hadis no: 15064]
4. Kawasan itu banyak binatang buas
عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ ، قَالَ : ” يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ الْمَدِينَةَ كَثِيرَةُ الْهَوَامِّ وَالسِّبَاعِ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَتَسْمَعُ حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ ، حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ ، فَحَيَّ : هَلًا “
Ibn Ummi Maktum berkata kepada nabi :saw: Ya Rasulullah, sesungguhnya di Madinah terdapat banyak binatang buas dan berbahaya. Maka nabi bertanya: Apakah kamu mendengar seruan ‘Hayya ‘Alas Solah, Hayya ‘Alal Falah’. Jika ya, maka penuhi panggilan itu.
[Sunan Abi Daud,Kitab Solat, Bab Dipersempitnya Alasan Untuk Meninggalkan Jemaah, hadis no: 465]
Disusun oleh : Ummu Abdillah
Doa ini saya pelajari daripada isteri kepada guru kami (hafizhahumullah), ketika itu saya menziarahinya sebelum dia pulang ke Syria. Sebelum kami bersurai dia membacakan doa ini dan mengatakan Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam membacanya sebelum mengakhiri sesuatu majlis. Saya tak pernah dengar akan kesunnahan membaca doa ini sebelum habis majlis. Oleh itu, saya cuba cari matan hadis ini dan cuba mengenalpasti ‘lokasi’ hadis ini dalam kitab-kitab hadis. Saya susun penjelasan hadis ini buat para pembaca untuk diambil manfaatnya kerana makna doa ini sangat indah, dan kita sebagai hamba yang lemah sangat-sangat memerlukan doa ini…
Oleh Ustaz Muhammad Abduh
Edit: Abu Usamah
Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam mendorong kita untuk banyak melakukan puasa pada bulan tersebut sebagaimana sabdanya,
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ
“Puasa yang paling utama setelah (puasa) Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah – Muharram. Sementara solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam.”[1]
An Nawawi -rahimahullah- menjelaskan, “Hadits ini merupakan penegasan bahawa sebaik-baik bulan untuk berpuasa adalah pada bulan Muharram.”[2]
Lalu mengapa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam diketahui banyak berpuasa di bulan Sya’ban bukan malah bulan Muharram? Ada dua jawapan yang dikemukakan oleh An Nawawi.
Pertama: Mungkin Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam baru mengetahui keutamaan banyak berpuasa di bulan Muharram di akhir hayat hidup Baginda.
Kedua: Boleh jadi pula baginda memiliki uzur ketika berada di bulan Muharram (seperti bersafar atau sakit) sehingga tidak sempat menunaikan banyak puasa pada bulan Muharram.[3]
Ibnu Rajab Al Hanbali mengatakan, “Puasa yang paling utama di antara bulan-bulan haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharram, Rajab) adalah puasa di bulan Muharram (syahrullah).”[4]
Sesuai dengan penjelasan Ibnu Rajab, puasa sunnah (tathowwu’) ada dua jenis:
1. Puasa sunnah mutlak. Sebaik-baik puasa sunnah mutlak adalah puasa di bulan Muharram.
2. Puasa sunnah sebelum dan sesudah yang mengiringi puasa wajib di bulan Ramadhan. Ini bukan dinamakan puasa sunnah mutlak. Contoh puasa ini adalah puasa enam hari di bulan Syawal.[5] Baca selanjutnya »

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman yang ertinya, Maka solatlah untuk Rabbmu dan sembelihlah haiwan.” (Qs. Al Kautsar: 2) Syaikh Abdullah Alu Bassaam menyatakan, “Sebahagian ulama ahli tafsir menyatakan; yang dimaksud dengan menyembelih haiwan adalah menyembelih haiwan korban setelah solat Ied.” Pendapat ini dinukil daripada Qatadah, Atha’ dan Ikrimah (Taisirul ‘Allaam, 534, Taudhihul Ahkaam IV/450, & Shahih Fiqih Sunnah II/366). Dalam istilah ilmu fiqih haiwan korban biasa disebut dengan namaAl Udh-hiyah yang bentuk jamaknya Al Adhaahi (dengan huruf ha’ tipis).
Pengertian Udh-hiyah
Udh-hiyah adalah haiwan ternak yang disembelih pada hari Iedul Adha dan hari Tasyriq dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah kerana datangnya hari raya tersebut (lihat Al Wajiz, 405 dan Shahih Fiqih Sunnah II/366)
Keutamaan Korban
Menyembelih korban termasuk amal salih yang paling utama. ‘Aisyah radhiyallahu’anha menceritakan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah anak Adam melakukan suatu amalan pada hari Nahr (Iedul Adha) yang lebih dicintai oleh Allah melebihi mengalirkan darah (korban), maka hendaknya kalian merasa senang kerananya.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah dan Al Hakim dengan sanad sahih, lihat Taudhihul Ahkam, IV/450)
Hadis di atas didhaifkan oleh Syaikh Al Albani (Dhaif Ibn Majah, 671). Namun kegoncangan hadis di atas tidaklah menyebabkan hilangnya keutamaan berkorban. Banyak ulama menjelaskan bahawa menyembelih haiwan korban pada hari idul Adlha lebih utama daripada sedekah yang senilai atau seharga dengan haiwan korban, atau bahkan lebih utama daripada sedekah yang lebih banyak daripada nilai haiwan korban. Ini kerana maksud terpenting dalam berkorban adalah mendekatkan diri kepada Allah. Bukan semata-mata nilai binatangnya. Disamping itu, menyembelih korban lebih menampakkan syi’ar islam dan lebih sesuai dengan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. (lihat Shahih Fiqh Sunnah 2/379 & Syarhul Mumthi’ 7/521)
Hukum Korban
Dalam hal ini para ulama terbahagi dalam dua pendapat:
Pertama: Wajib bagi orang yang berkelapangan. Ulama yang berpendapat demikian adalah Rabi’ah (guru Imam Malik), Al Auza’i, Abu Hanifah, Imam Ahmad dalam salah satu pendapatnya, Laits bin Sa’ad beserta beberapa ulama pengikut Imam Malik, Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, dan Syaikh Ibnu ‘Uthaimin rahimahumullah. Syaikh Ibn Uthaimin menyatakan: “Pendapat yang menyatakan wajib itu nampak lebih kuat daripada pendapat yang menyatakan tidak wajib. Akan tetapi hal itu hanya diwajibkan bagi yang mampu…” (lih. Syarhul Mumti’, III/408)
Di antara dalilnya adalah hadis Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang berkelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban maka jangan sekali-kali mendekati tempat solat kami.” (HR. Ibnu Majah 3123, Al Hakim 7672 dan dihasankan oleh Syaikh Al Albani)
Pendapat kedua menyatakan Sunnah Mu’akkadah (ditekankan). Dan ini adalah pendapat majoriti ulama iaitu Malik, Syafi’i, Ahmad, Ibnu Hazm dan lain-lain. Ulama yang mengambil pendapat ini berdalil dengan riwayat dari Abu Mas’ud Al Anshari radhiyallahu ‘anhu. Beliau menyatakan, “Sesungguhnya aku sedang tidak berkorban. Padahal aku adalah orang yang berkelapangan. Itu kulakukan kerana aku khuatir kalau tetanggaku menyangka korban itu adalah wajib bagiku.” (HR. Abdur Razzaq dan Baihaqi dengan sanad shahih).
Demikian pula dikatakan oleh Abu Sarihah, “Aku melihat Abu Bakar dan Umar sementara mereka berdua tidak berkorban.” (HR. Abdur Razzaaq dan Baihaqi, sanadnya shahih) Ibnu Hazm berkata, “Tidak ada riwayat sahih dari seorang sahabatpun yang menyatakan bahawa korban itu wajib.” (lihat Al Muhalla 5/295, dinukil dari Shahih Fiqih Sunnah II/367-368, dan Taudhihul Ahkaam, IV/454).
Dalil-dalil di atas merupakan dalil pokok yang digunakan masing-masing pendapat. Jika digabungkan semuanya menunjukkan masing-masing pendapat sama kuat. Sebahagian ulama memberikan jalan keluar dari perselisihan dengan menasihatkan: “…selayaknya bagi mereka yang mampu, tidak meninggalkan berkorban. Ini kerana dengan berkorban akan lebih menenangkan hati dan melepaskan tanggungan, wallahu a’lam. (Tafsir Adwa’ul Bayan, 1120).
Yakinlah…! Bagi mereka yang berkorban, Allah akan segera memberikan ganti belanja korban yang dia keluarkan. Ini kerana setiap pagi Allah mengutus dua malaikat, yang satu berdo’a: “Yaa Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq.” Dan yang kedua berdo’a: “Yaa Allah, berikanlah kehancuran bagi orang yang menahan hartanya (kedekut).” (HR. Al-Bukhari 1374 & Muslim 1010).
Haiwan yang Boleh Digunakan untuk Korban
Haiwan korban hanya boleh dari jenis Bahiimatul Al An’aam (haiwan ternak). Dalilnya adalah firman Allah yang ertinya, “Dan bagi setiap umat Kami berikan tuntutan berkorban agar kalian mengingat nama Allah atas rezeki yang dilimpahkan kepada kalian berupa haiwan-haiwan ternak (bahiimatul an’aam).” (Qs. Al Hajj: 34).
Dalam bahasa arab, yang dimaksud Bahiimatul Al An’aam hanya merangkumi tiga binatang iaitu unta, lembu atau kambing. Oleh kerana itu, berkorban hanya sah dengan tiga haiwan tersebut dan tidak boleh selain itu. Bahkan sekelompok ulama menukilkan adanya ijma’ (kesepakatan) bahawasanya korban tidak sah kecuali dengan haiwan-haiwan tersebut (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/369 dan Al Wajiz 406) Syaikh Ibnu ‘Uthaimin menyatakan, “Bahkan jika seandainya ada orang yang berkorban dengan jenis haiwan lain yang lebih mahal daripada jenis ternak tersebut maka korbannya tidak sah. Andaikan dia lebih memilih untuk berkorban seekor kuda seharga 10.000 rial sedangkan seekor kambing harganya hanya 300 rial maka korbannya (dengan kuda) itu tidak sah…” (Syarhul Mumti’ III/409)
Seekor Kambing untuk Satu Keluarga
Seekor kambing cukup untuk korban satu keluarga, dan pahalanya mencakupi seluruh anggota keluarga meskipun jumlah ahli keluarganya ramai, baik yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal. Sebagaimana hadis Abu Ayyub radhiyallahu’anhu yang menyatakan, “Pada masa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam seseorang (suami) menyembelih seekor kambing sebagai korban bagi dirinya dan keluarganya.” (HR. at-Tirmidzi dan beliau menilainya shahih, lihat Minhaajul Muslim, 264 dan 266)
Oleh kerana itu, tidak selayaknya seseorang mengkhususkan korban untuk salah satu anggota keluarganya tertentu, misalnya korban tahun ini untuk bapanya, tahun depan untuk ibunya, tahun berikutnya untuk anak pertama, dan seterusnya. Sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah sangat luas maka tidak perlu dibatasi.
Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkorban untuk dirinya dan seluruh umatnya. Suatu ketika beliau hendak menyembelih kambing korban, sebelum menyembelih beliau menyatakan: “Yaa Allah ini – korban – dariku dan dari umatku yang tidak berkorban.” (HR. Abu Daud 2810 & Al Hakim 4/229 dan dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Al Irwa’ 4/349).
Berdasarkan hadis ini, Syaikh Ali bin Hasan Al Halaby menyatakan: “Kaum muslimin yang tidak mampu berkorban, mendapatkan pahala sebagaimana orang berkorban daripada umat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
Adapun yang dimaksud: “…kambing hanya boleh untuk satu orang, lembu untuk tujuh orang, dan unta 10 orang…” adalah belanja pembeliannya. Belanja pembelian kambing hanya boleh daripada satu orang, belanja pembelian lembu hanya boleh dari maksimum tujuh orang dan korban unta hanya boleh dari maksimum 10 orang.
Namun seandainya ada orang yang hendak membantu shohibul korban (orang yang melakukan korban) yang kekurangan belanja untuk membeli haiwan, maka diperbolehkan dan tidak mempengaruhi status korbannya. Dan status bantuan di sini adalah hadiah bagi shohibul korban. Apakah mesti izin terlebih dahulu kepada pemilik haiwan? Jawab: Tidak mesti, kerana dalam transaksi pemberian sedekah mahupun hadiah tidak disyaratkan memberitahu kepada orang yang diberi sedekah mahupun hadiah.
Ketentuan Untuk Lembu & Unta Baca selanjutnya »

Sunnah-Sunnah Di Bulan Zulhijjah
a) Berpuasa di hari Arafah/9 Zulhijjah:
عَن بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَتْ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “ يَصُومُ تِسْعَ ذِي الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ “
Beberapa isteri nabi s.a.w berkata: Nabi s.a.w sering berpuasa pada sembilan Zulhijjah, hari Asyura, dan tiga hari setiap bulan, Isnin awal setiap bulan dan hari Khamis [Sunan Abi Daud: 2085, Shaikh al-Albani mensahihkannya] Baca selanjutnya »

Menggali Faedah Kehidupan Nabi Ibrahim
Jika kita membaca kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dalam al-Quran, terdapat banyak perkara yang berfaedah untuk kita ambil daripadanya. Di sini dikongsikan beberapa faedah tersebut:
a) Menjadikan tauhid sebagai keutamaan dakwah.
Firman Allah: Ingatlah ketika beliau berkata kepada ayahnya: “Wahai Ayahku, mengapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong engkau sedikit pun?”(Maryam 19:42)
Shaikh as-Sa’di rahimahullah berkata: “Ibrahim ‘alaihissalam adalah sebaik-baik para nabi setelah Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, yang telah Allâh Taala jadikan kenabian pada anak keturunannya. Dan kepada mereka diturunkan kitab-kitab suci. Dia telah mengajak manusia menuju Allah Taala, bersabar terhadap seksa yang dia dapati (dalam perjalanan dakwahnya), dia mengajak orang-orang yang dekat (dengannya) dan orang-orang yang jauh, dia bersungguh-sungguh dalam berdakwah terhadap ayahnya bagaimanapun caranya”.[Tafsir as-Sa‘di, hlm. 443] Baca selanjutnya »

1. Membacanya dengan tartil dan membaguskan suara.
Allah taala berfirman:
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمْ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلاَوَتِهِ أُوْلَئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ وَمَنْ يَكْفُرْ بِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الْخَاسِرُونَ (البقرة: 121(
Orang-orang yang telah Kami berikan al-kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. (QS. al-Baqarah: 121)
Dan firmanNya:
أَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلاً (المزمل: 4(
Dan bacalah al-Qur`an itu dengan perlahan-lahan. (QS. al-Muzammil: 4) Baca selanjutnya »