December 13, 2010
LAPORAN KONVENSYEN PEMIKIR-PEMIKIR ISLAM SEJAGAT
TEMA : MEMBINA KEKUATAN UMMAH
Pada 4 dan 5 Disember 2010 yang lalu telah berlangsung Konvensyen Pemikir-pemikir Islam Sejagat yang bertemakan “Membina Kekuatan Ummah”. Konvensyen ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis dengan kerjasama Yayasan Pok dan Kassim, yang bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis.
4 Disember 2010. Baca selanjutnya »
June 19, 2010
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Alhamdulillah, sepanjang bulan April sehingga bulan Jun. Beberapa aktiviti dakwah telah dijalankan oleh INTIS Consultant. Di antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah Kursus Pengurusan Jenazah di Surau Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Kursus Pengurusan Jenazah di Universiti Islam Antarabangsa Gombak, dan Kursus Pemantapan Solat di HQ kilang Toyota di Shah Alam.
—————–
Kursus Kesempurnaan Solat di HQ Toyota telah berjalan dengan baik sekali. Peserta menjangkau 60 orang yang terdiri daripada kakitangan kilang Toyota dan anak-anak mereka. Peserta telah dibahagikan kepada dua kategori, iaitu dewasa dan remaja/kanak-kanak.
Baca selanjutnya »
April 21, 2010
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, tulisan kali ini mungkin hanya berbentuk laporan ringkas segala gerak kerja dakwah yang telah dijalankan INTIS Consultant sejak Julai 2009 hinggalah Mac 2010.
Objektif penulisan laporan ini ialah:
a) Untuk menjadi bahan muhasabah dalam melakukan kerja-kerja dakwah
b) Berkongsi dengan sahabat-sahabat di luar tentang aktiviti-aktiviti dakwah yang relevan untuk dianjurkan. Baca selanjutnya »
October 18, 2009
Alhamdulillah, pada 11 Oktober 2009, bertempat di Surau Kampung Sungai Pusu yang terletak berhampiran dengan Universiti Islam Antarabangsa Gombak, satu kursus pengurusan jenazah telah berjaya diadakan. Ia bertujuan khas untuk melatih fasilitator-fasilitator INTIS Consultan sekaligus mendidik mereka tatacara pengurusan jenazah mengikut sunnah.
Ini merupakan langkah pertama ke arah pembentukan modul pengurusan jenazah mengikut sunnah. Ini kerana permintaan yang banyak untuk kursus pengurusan jenazah di kalangan masyarakat, sedangkan penganjurnya mungkin hanya boleh dibilang dengan jari. Lalu INTIS Consultant mengorak langkah untuk menambahkan keilmuan para fasilitator. Ini kerana da’wah mestilah dimulai dengan ilmu, da’wah tanpa ilmu hanya akan merosakkan umat Islam kerana kesesatan dan kemusnahan akan berleluasa. Baca selanjutnya »
September 13, 2009
Report Iftar Ramadhan 2009
KemasukanB B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B B = RM 3640 Baca selanjutnya »
October 15, 2008
Alhamdulillah, akhirnya kem ibadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 7 telah berjaya dilaksanakan. Dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para fasilitator yang terdiri daripada Institut al-Imam al-Syafie Consultant and Training (INTIS), begitu juga dengan tiga orang bekas pelajar perempuan sekolah tersebut yang kini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), rakan-rakan UIAM dari Gemencheh, Bahau, dan juga seorang sahabat dari Rembau yang juga baru sahaja menamatkan pendidikannya di kolej PTPL Shah Alam. Kesemua fasilitator ini telah menunjukkan semangt berpasukan. Kesanggupan mereka bersengkang mata tidak kira letih, penat dan lelah amat-amatlah dihargai. Baca selanjutnya »