November 7, 2010

Mukadimah
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh!
Kem Remaja anjuran IQ dan INTIS kembali lagi. Dengan pengisian yang lebih padat dan mantap. Merangkumi pemantapan kepada asas-asas akidah Islamiah, pemantapan ilmu tentang kepentingan dan amali solat, memahami sunnah-sunnah harian Rasulullah SAW. Peserta juga akan ditekannya untuk sering membaca al-Quran dan memperbaiki bacaannya Dan yang terbaru! Praktikal pengurusan jenazah yang jarang-jarang diajar untuk golongan remaja. Juga tidak dilupakan slot motivasi belajar agar golongan remaja dapat mengetahui teknik belajar yang berkesan.
Siapa yang layak menyertainya?
Remaja berumur 13 hingga 16 tahun
Apakah yang akan diperolehi oleh anak-anak yang menyertai program ini? Baca selanjutnya »
December 22, 2009

Kem Solat dan Pengurusan Jenazah 2009
Tarikh:
25 – 27 Disember 2009 (Jumaat – Ahad)
Tempat:
Masjid As-syakirin, Gombak
Anjuran: INTIS Consultant dan Masjid asy-Syakirin
MAKLUMAT PROGRAM
Program ini memupuk kesedaran di kalangan pelajar tentang kepentingan akidah dan bahaya syirik. Selain itu, program ini mendedakan peserta secara teori dan praktikal solat serta pengurusan jenazah mengikut contoh nabi s.a.w. Peserta juga akan didedahkan dengan adab-adab yang di ajarkan nabi dalam kehidupan seharian seperti makan, tidur, dan sebagainya. Baca selanjutnya »
December 26, 2008
KEM SOLAT REMAJA BESTARI 2009
b Menghiasi Dunia Remaja dengan Sunnahb
TARIKH 24-26 Januari 2009
TEMPAT Masjid Hasanah Bangi
ANJURAN INTIS Consultant
Dengan kerjasama
Masjid Hasanah Bangi Mahasiswa dan Mahasiswi IPT
(Untuk memberi sumbangan wang bagi membiayai program ini, boleh menghubungi saudara Hafizi di nombor telefon dan akaun yang tertera di bawah)
Mohd Hafizi Mihzan bin Zaido
Akaun Bank Islam: 14-162-02-014192-0
No telefon:
0133005129
Baca selanjutnya…
October 15, 2008
Alhamdulillah, akhirnya kem ibadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 7 telah berjaya dilaksanakan. Dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para fasilitator yang terdiri daripada Institut al-Imam al-Syafie Consultant and Training (INTIS), begitu juga dengan tiga orang bekas pelajar perempuan sekolah tersebut yang kini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), rakan-rakan UIAM dari Gemencheh, Bahau, dan juga seorang sahabat dari Rembau yang juga baru sahaja menamatkan pendidikannya di kolej PTPL Shah Alam. Kesemua fasilitator ini telah menunjukkan semangt berpasukan. Kesanggupan mereka bersengkang mata tidak kira letih, penat dan lelah amat-amatlah dihargai. Baca selanjutnya »