Laporan Daurah Akidah, Manhaj dan Dakwah (2007)
October 15, 2008Alhamdulillah, Institut Imam Syafie (INTIS) dan Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN) telah berjaya menganjurkan Daurah Akidah, Manhaj dan Dakwah di Kajang. Daurah pada kali ini telah menarik minat hampir 100 orang peserta yang hadir dari berbagai-bagai institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Pusat Asasi UIA, Kolej Islam Antarabangsa, Kelantan (KIAS), Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Multimedia Universiti (MMU) dan lain-lain. Bahkan daurah ini turut disertai pelajar-pelajar Malaysia di Timur Tengah seperti Jordan dan Mesir yang pulang bercuti di Malaysia. Peserta lelaki menjangkau 80 orang dan perempuan pula lebih kurang 25 orang. Baca selanjutnya »






