Daurah al-Quran 2010



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Pada 21 Ogos/Sabtu. INTIS akan mengadakan Daurah al-Quran yang bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.Lokasi: Sekolah Menengah Islam al-Amin Gombak [berhampiran UIA Gombak dan BMI UNIKL]

Tajuk yang akan dikupas ialah:

a) Kepentingan Mempelajari Ilmu Tafsir- Oleh Ustaz Abdul Hayyi

b) Kesalahan-kesalahan di dalam memahami ayat-ayat al-Quran- Ustaz Sofwan Badrie

c) Kesalahan-kesalahan yang sering berlaku di dalam membaca al-Quran- Ustaz Nik Saiful Azizi

Objektif Baca selanjutnya »

Kursus Intensif Usul al-Fiqh

[poster.jpg]Yuran: RM 40

Tentatif: Baca selanjutnya »

Daurah Ilmiah: Keilmuan Sebelum Berdakwah: 3-5 April

http://1.bp.blogspot.com/_LnLeIl18Uv8/SckIdqp7ltI/AAAAAAAAAYk/fSanaUaZfqU/daurahGMTpenang.bmp

Assalamu’alaikum wa rahmatullah wa barakatuh…

Bismillah

Anda semua dijemput menghadiri daurah ‘Keilmuwan Sebelum Berda’wah’.

Pendahuluan: Islam amat menitik-beratkan aspek keilmuwan sebelum berda’wah. Tidak sedikit para pendakwah yang terbabas saat berda’wah, disebabkan ceteknya pengetahuan asas keislaman yang wajib diketahui setiap individu muslim apatah lagi pendakwah. Ramai yang menyangka da’wah itu dimulakan dengan dan semata-mata mengajak manusia berakhlak baik dan membanteras gejala sosial, ada yang mengajak ummah ini agar peduli kepada isu Palestin, ada yang berjuang ke arah tertegaknya kembali Khilafah Islamiyyah, namun apakah itu da’wah yang telah dipercontohkan Nabi SAW? Ya, kita akui, semua itu adalah salah satu elemen tarbiyyah dan matlamat dalam da’wah, namun bukan itu prioriti, penumpuan dan permulaan da’wah yang telah dipercontohkan (bukan sahaja) Nabi kita Muhammad SAW, malah semua yang terdapat dalam rantaian Rasul yang telah diutuskan Allah SWT. Adapun da’wah para Rasul dimulakan dengan elemen tashfiyyah; yakni memurnikan aqidah keyakinan objek dakwah mereka. Jika kita teliti kembali Sirah al-Nabawiyyah, tidakkah pada zaman jahiliyyah telah sedia berlaku kerosakan sistem sosial dan akhlak yang begitu parah di tanah arab? Zina, pembunuhan anak, arak, pergaduhan puak-puak, syirik, dan lemahnya bangsa Arab dihimpit gergasi dunia; sehingga mereka tunduk, takut dan sujud kepada empayar Rom dan Parsi saat itu. Namun, Nabi Muhammad SAW tetap sahaja tidak memulakan da’wahnya dengan mengajak insan supaya berakhlak baik, peduli kepada nasib bangsa Arab yang lemah saat itu, menceritakan kerosakan bangsanya, tetapi, apa yang dimulakan Nabi SAW adalah da’wah tawheed! Para ulama’ Islam pula bila berbicara tentang keilmuwan dalam Islam, yang mereka maksudkan adalah ilmu Syar’ie, tanpa menafikan cabang-cabang keilmuwan yang lain. Namun sayang sekali, keilmuwan inilah yang banyak diabaikan oleh para pendakwah. Tak ramai yang menjelaskan konsep tawheed uluhiyyah serta asma’ wa sifat sebagaimana yang difahami oleh para sahabat -generasi yang ditarbiyyah langsung oleh baginda Nabi SAW- dan salaf al-soleh. Maka dauroh ini dirangka bagi memberi masukan kepada para peserta akan ilmu-ilmu asas yang wajib diketahui oleh setiap individu muslim dan sebagai subjek bahan da’wah yang wajib disampaikan para pendakwah.

Yes

Berikut merupakan butir-butir tentang program;

Tema:Keilmuwan Sebelum Berda’wah

Tarikh: 3-5 April 2009/ 7-9 Rabi’ al-Akhir

Lokasi: Institut al-Qayyim (IQ), Mengkuang, Bukit Mertajam, Penang

Penyertaan: Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan IPTA/S dan mereka yang berumur <30 tahun sahaja

Pengisian: Baca selanjutnya »

Kursus Aqidah – Memperkasa Sunnah Hadapi Syiah

TAJUK:
Kursus akidah:
Memperkasa Diri Menghadapi Syibah

TEMA:
Sahabat dibela agama terpelihara

TEMPAT:
Masjid Ghufran
Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

TARIKH:
28-29 MAC 2009 Baca selanjutnya »

Tauhid Mengikut Nabi

Ini pula tugasan yang dilakukan seorang peserta Daurah Musim Cuti Ke 5. Tajuk topik yang ditugaskan kepada beliau ialah “Tauhid Mengikut Nabi”.B Penulis boleh dihubungi di laman weblog beliau http://cahaya-kemuliaanku.blogspot.com/

Berikut saya sertakan beberapa poin yg sempat saya kumpul sewaktu berehat2 di rumah kak jai, membicarakan tajuk: Tauhid.

Poin Pertama:

Tauhid adalah dakwah pertama para Rasul. Setiap Rasul, cth Nabi Nuh [Al-Abraf: 59], Nabi Hud [Al-Abraf: 65], Nabi Shaleh [al-Abraf:73] semuanya mengajak kepada tauhid. Baca selanjutnya »

Mengapa Pentingnya Dalil Dan Hujah?

Di bawah ini merupakan satu tugasan yang di amanahkan kepada satu kumpulan peserta Daurah Musim Cuti Ke 4. Peserta yang menulis tajuk ini boleh di kenali di weblog beliau http://khazanah-kerahsiaan.blogspot.com/

———————–

Setelah diperingatkan izzati untuk menulis artikel seperti yang dijanji, dan pesanan masbul DMCb08 untuk berkongsi hasil pencarian atas task yang diberib&insya Allah sekadar apa yang termampu difahami..salah dan silap sila tunjukkanb&

~Tajuk : Mengapa pentingnya Dalil dan Hujah~

Dalil menurut bahasa membawa maksud keterangan (yang menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yang berdasarkan ayat-ayat Quran), bukti, dan alasan(bagi sesuatu kebenaran).

Manakala,

Hujah pula memberi maksud pendapat berserta alasan yang diberikan sebagai menyokong atau menentang sesuatu pendirian. Baca selanjutnya »

Laporan Training For Trainers 2007

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, pada 6 Oktober 2007, INTIS berjaya mengadakan satu sesi yang dinamakan Training 4 Trainers (TOT). Sesi ini di adakan sebagai satu persediaan kepada fasilitator-fasilitator yang akan berjuang di jalan Allah (Insya-Allah), pada bulan November ini di Institut al-Qayyim. Walaupun ia adalah sesi khusus bersama fasilitator, penyertaan tetap dibuka pada semua. Kehadiran yang pada mulanya lembap berubah menjadi semakin ramai dan ramai. Baca selanjutnya »

Laporan Ta’lim Sunnah 1

Assalamualaikum wbt.

Pada 29hb September 2007 INTIS telah menganjurkan program Ta’lim Sunnah 1. Ini ialah program yang julung-julung kali dianjurkan oleh INTIS. Ta’lim Sunnah 1, memfokuskan kepada penyucian diri ataupun lebih dikenali dengan istilah TazkiyatunNafs. Baca selanjutnya »

Speaker Daurah Musim Cuti Ke 5

Ini ialah senarai speaker untuk Daurah Musim Cuti Ke 5

Kuliah Dasar 1- Asyairah dan Maturidi Di Sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah- Ustaz Arif Nazri (UKM)

Kuliah Dasar 2- KULIAH DASAR 2: (IBADAH) Bagaimana Berinteraksi dengan Sunnah- Ustaz Mohd Adli Bin Minghat

KULIAH DASAR 3 : (AKHLAK) Forum: Pendakwah Bermasalah?-
Ustaz Abdul Rahim (UiTM Melaka) dan Ustaz Musa (Ma’had Baitul Qura)

KULIAH DASAR 4 : (FIQH) Fiqh Politik- Ustaz Muhammad Bin Yatim

KULIAH DASAR 5 : (KELUARGA) Menggapai Keluarga Islami- Ustaz Minghat Mahmut

Untuk maklumat lanjut tentang Daurah, sila ke sini

http://intisonline.com/?p=66

Daurah Musim Cuti Ke 5- 12-14 Disember

Daurah Musim Cuti Ke 5 12-14 Disember

Di Madrasah Darul Hadis, Kampung Brisu, Melaka


Tentatif Program Baca selanjutnya »