July 9, 2011

Kurang sebulan, Ramadhan akan menemui kita. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?
Apakah peristiwa sejarah yang berlaku dalam bulan Ramadhan? Sudahkah kita mengetahuinya?
Apakah sunnah-sunnah yang perlu dilakukan dalam bulan Ramadhan? Solat terawih? Itu sahajakah? Atau ada sunnah-sunnah yang lain.
Keliru dengan hukum-hakam puasa? Suntikan insulin ketika puasa? Inhaler untuk pesakit asma.. Apakah semua ini membatalkan puasa. Kebingungan?
INTIS hadir membawakan kepada anda Seminar 1001 Persoalan Ramadhan.
Apakah yang Insya-allah akan anda perolehi melalui seminar ini? Baca selanjutnya »
June 8, 2011
Oleh Mohd Masri Mohd Ramli
Pengarah Kem Remaja Gemilang 2011
——————————————-
Alhamdulillah, pada tiga hingga lima Jun, aktivis-aktivis INTIS telah berkampung di Masjid Hasanah Bangi untuk menjayakan program Kem Remaja Gemilang 2011. Ia merupakan satu program yang sering diadakan oleh INTIS di merata-rata tempat. Alhamdulillah, program kali ini disertai oleh lima puluh satu orang peserta.
Pengisian program ini merangkumi Baca selanjutnya »
February 24, 2011

Bismillah walhumdulillah wasSalaatu wasSalaamu ‘ala Rasulillah
The FIRST AlMaghrib seminar in Kuala Lumpur, Malaysia!
A Heart Serene: The Purification of the Soul
taught by
Shaykh Riad Ouarzazi
April 1-3 & 9-10 in
University of Malaya, KL
URGENT NOTICE: Open Heart Surgery


(courtesy of our brothers and sisters from Qabeelat Durbah of New Jersey)
How will you meet your end?
What are you waiting for? Have you already booked your ‘hot seat’?
Put your Heart at ease…
ENROLL NOW!
(Got questions? Email us at
malaysia@almaghrib.org or call +6013.399.8837)
AlMaghrib Malaysia (922894 A)
Unit D-3-4, Megan Avenue I, 189 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia
————–
December 13, 2010
LAPORAN KONVENSYEN PEMIKIR-PEMIKIR ISLAM SEJAGAT
TEMA : MEMBINA KEKUATAN UMMAH
Pada 4 dan 5 Disember 2010 yang lalu telah berlangsung Konvensyen Pemikir-pemikir Islam Sejagat yang bertemakan “Membina Kekuatan Ummah”. Konvensyen ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis dengan kerjasama Yayasan Pok dan Kassim, yang bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis.
4 Disember 2010. Baca selanjutnya »
November 7, 2010

Mukadimah
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh!
Kem Remaja anjuran IQ dan INTIS kembali lagi. Dengan pengisian yang lebih padat dan mantap. Merangkumi pemantapan kepada asas-asas akidah Islamiah, pemantapan ilmu tentang kepentingan dan amali solat, memahami sunnah-sunnah harian Rasulullah SAW. Peserta juga akan ditekannya untuk sering membaca al-Quran dan memperbaiki bacaannya Dan yang terbaru! Praktikal pengurusan jenazah yang jarang-jarang diajar untuk golongan remaja. Juga tidak dilupakan slot motivasi belajar agar golongan remaja dapat mengetahui teknik belajar yang berkesan.
Siapa yang layak menyertainya?
Remaja berumur 13 hingga 16 tahun
Apakah yang akan diperolehi oleh anak-anak yang menyertai program ini? Baca selanjutnya »
August 18, 2010
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Pada 21 Ogos/Sabtu. INTIS akan mengadakan Daurah al-Quran yang bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.Lokasi: Sekolah Menengah Islam al-Amin Gombak [berhampiran UIA Gombak dan BMI UNIKL]
Tajuk yang akan dikupas ialah:
a) Kepentingan Mempelajari Ilmu Tafsir- Oleh Ustaz Abdul Hayyi
b) Kesalahan-kesalahan di dalam memahami ayat-ayat al-Quran- Ustaz Sofwan Badrie
c) Kesalahan-kesalahan yang sering berlaku di dalam membaca al-Quran- Ustaz Nik Saiful Azizi
Objektif Baca selanjutnya »
August 1, 2010


السلام عليكام ورحمة الله وبركاته
Yayasan Kebajikan Nusantaran (YAKIN) dengan kerjasama Perikatan Islam Sedunia (Rabithah al-’Alam al-Islami) mengajak saudara-saudara sekalian untuk mendaftar sebagai penuntut ilmu di Akademi Dakwah di bawah kelolalan Rabithah al-Islami di Makkah al-Mukarramah.
Program ini telah berjalan semenjak beberapa tahun sebelum ini, dan pihak YAKIN telah menghantar beberapa orang pelajar dari Malaysia untuk belajar di sana selama setahun.
Di dalam akademi ini, pelajar-pelajar akan belajar subjek-subjek akidah, syariah, hadis, tafsir dan lain-lain. Boleh dikatakan bahawa dalam tempoh setahun, para pelajar akan berjaya menamatkan pengajian dengan subjek-subjek yang dipelajari di IPT-IPT tempatan selama 3 tahun.
Siapakah yang layak? Baca selanjutnya »
June 19, 2010
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Alhamdulillah, sepanjang bulan April sehingga bulan Jun. Beberapa aktiviti dakwah telah dijalankan oleh INTIS Consultant. Di antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah Kursus Pengurusan Jenazah di Surau Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Kursus Pengurusan Jenazah di Universiti Islam Antarabangsa Gombak, dan Kursus Pemantapan Solat di HQ kilang Toyota di Shah Alam.
—————–
Kursus Kesempurnaan Solat di HQ Toyota telah berjalan dengan baik sekali. Peserta menjangkau 60 orang yang terdiri daripada kakitangan kilang Toyota dan anak-anak mereka. Peserta telah dibahagikan kepada dua kategori, iaitu dewasa dan remaja/kanak-kanak.
Baca selanjutnya »