Tingkatan-tingkatan Jihad Menurut al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah di dalam Zadul Ma’ad
July 8, 2010Tingkatan Pertama: Jihad melawan hawa nafsu
A) Berjihad melawan nafsu agar kita dapat mempelajari agama Islam
B) Berjihad melawan nafsu agar kita dapat mengamalkan apa yang kita pelajari
C) Berjihad melawan nafsu agar kita dapat berdakwah dengan ilmu yang kita ada
D) Berjihad melawan nafsu agar kita sentiasa sabar menempuh dugaan di medan dakwah
Para ulama menyebutkan bahawa mereka yang melepasi tingkatan pertama inilah yang layak digelar Rabbaniyyun.
Tingkatan kedua: Jihad Melawan Syaitan
A) Berjihad melawan syubhat dan keraguan yang ditimbulkan syaitan yang boleh merosakkan akidah.
B) Berjihad melawannya dengan menolak keinginan nafsu syahwat yang syaitan lemparkan ke dalam diri manusia.
Tingkatan ketiga: Jihad Menentang Orang Kafir dan Munafiq
A) Berjihad dengan hati
B) Berjihad dengan lisan
C) Berjihad harta
D) Berjihad dengan jiwa/nyawa
Tingkatan keempat: Jihad menentang orang yang zalim, pelaku bid’ah dan pelaku kemungkaran
A) Berjihad dengan tangan/kuasa
B) Berjihad dengan lisan
C) Berjihad dengan hati
[Ringkasan daripada artikel bertajuk: Jihad Dalam Perspektif Hukum Islam oleh Ustaz Kholid Syamhudi. Artikel penuh boleh dibaca di sini http://www.almanhaj.or.id/content/2736/slash/0]





