Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah: Riwayat Hidup dan Sumbangannya Terhadap Dunia Islam

June 28, 2009

Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah:

Riwayat Hidup dan Sumbangannya Terhadap Dunia Islam

Oleh: Ustaz Abdul Rasyid Idris

Pendahuluan

Ibn Taymiyyah adalah suatu nama yang masyhur di persada keilmuan Islam. Namun sebenarnya ada empat orang individu yang terkenal dengan panggilan Ibn Taymiyyah. Kesemua mereka terlibat di dalam arena kesarjanaan Islam. Mereka ialah:

1. Abu Abd Allah Fakhr Al-Din Muhammad Bin Al-Khadir Bin Muhammad Bin Al-Khadir Bin Ali Bin Taymiyyah Al-Harrani Al-Hanbali (542-622H)

Beliau merupakan seorang mufti, khatib dan guru yang sangat dihormati. Beliau juga adalah salah seorang ulama bermazhab Hanbali yang terkenal di Harran. Di antara karyanya yang terkenal ialah Al-Diwan dan Al-Tafsir Al-Kabir (Tafsir Besar), sebuah kitab yang disangka oleh sebilangan penulis sebagai hasil karya Syeikh Al-Islam Ahmad Bin Taymiyyah.

2. Abu Al-Barakat Majd Al-Din ‘Abd. Al-Salam Bin ‘Abd Allah Bin Al-Khadir Bin Muhammad Bin Taymiyyah Al-Harrani Al-Hanbali (590- 652H)

Beliau adalah anak saudara kepada Fakhr Al-Din Muhammad dan merupakan datuk kepada Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah. Beliau terkenal dengan sifat yang keras dan tegas mempertahankan kemurnian Islam. Beliau juga terkenal sebagai ulama terbilang di bidang Fiqh, ilmu Qiraat dan lain-lain. Beliau turut memiliki beberapa penulisan dalam beberapa cabang ilmu.

3. Syihab Al-Din ‘Abd. Al-Halim Bin ‘Abd. Al-Salam Bin ‘Abd. Allah Bin Al-Khadir Bin Taymiyyah Al-Harrani Al-Hanbali (628-682H)

Beliau adalah anak kepada Majd Al-Din Abu Al-Barakat dan merupakan ayah kepada Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah. Beliau merupakan kesinambungan bagi kecemerlangan ilmu pengetahuan sebuah keluarga ilmuwan bermazhab Hanbali di Harran. Majd Al-Din kemudiannya telah membawa keluarganya berhijrah ke Damsyiq kerana menyelamatkan diri daripada tentera Tartar.

4. Abu Al-’Abbas Taqiy Al-Din Ahmad Bin ‘Abd. Al-Halim Bin ‘Abd. Al-Salam Bin ‘Abd. Allah Bin Al-Khadir Bin Taymiyyah Al-Harrani Al-Hanbali yang digelar Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah (661-728H).

Beliau inilah yang dimaksudkan di dalam kertas kerja ini.

Latar Belakang Peribadi:

a) Kelahiran:

Ibn Taymiyyah dilahirkan pada hari Isnin 10 Rabib Al-Awwal 661 Hijrah bersamaan 22 Januari 1263. Terdapat tarikh lain yang disebutkan oleh para sarjana sejarah,B tetapi ini adalah pendapat yang paling kukuh.[1]

Kota Harran tempat kelahiran Ibn Taymiyyah terletak di tengah perjalanan menuju ke Mosul (Iraq), Syam dan Turki di antara sungai Dajlah dan sungai Furat.[2] Ia merupakan pusat perkembangan pelbagai jenis ilmu dan tamadun. Selain itu, ia juga pernah menjadi pusat gerakan keagamaan dan keilmuan golongan Sabibah[3], sepertimana yang tersebut di dalam kitab-kitab Falsafah. Secara khusus ia terkenal kerana sering dikaitkan dengan ilmu Falsafah dan ilmu-ilmu Yunani.[4] Selepas itu ia bertukar menjadi tempat berkembangnya mazhab Hanbali hasil usaha yang dilakukan oleh nenek moyang Ibn Taymiyyah.

Pada usianya enam tahun, beliau telah mengikut bapanya berhijrah ke kota Damsyiq bersama dua orang adiknya demi menyelamatkan diri dari kekejaman Tartar[5]. Damsyiq ketika itu adalah salah satu ibu kota kerajaan Mamluki selain daripada Kaherah. Justeru itu, tidak hairanlah kedua-dua kota ini menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan dan tamadun di zaman itu.

b) Keperibadian:

Beliau sangat mencintai kebenaran dan menghargai ilmu pengetahuan; lantaran itu, tidak hairanlah beliau mampu menulis di dalam banyak cabang ilmu Islam. Beliau juga telah dianugerahkan oleh Allah daya ingatan yang kuat, kecerdasan pemikiran dan pandangan yang luas. Al-Dhahabi berkata:

bBeliau (Ibn Taymiyyah) memang layak untuk berijtihad kerana memiliki syarat-syarat untuk itu. Aku tidak pernah melihat seorang manusia yang begitu tangkas menyebut ayat-ayat Al-Quran sebagai dalil bagi masalah yang diutarakan kepadanya, seolah-olah hadith Nabi S.A.W berada di hadapan matanya dan di hujung lidahnyab[6].

Kebolehan dan penguasaannya terhadap ilmu itu menyebabkan beliau dapat mengajar di Dar Al-Hadith Al-Sukkariyyah dalam usia yang belum mencecah dua puluh dua tahun. Ini melahirkan kekaguman di kalangan orang ramai.

Selain memiliki keilmuan yang dihormati, Ibn Taymiyyah juga mempunyai sikap yang keras dan tegas serta sensitiviti yang tinggi terhadap sebarang penyelewengan. Beliau juga pernah berhadapan pemerintah Tartar yang cuba menakluki Syam, dan mengkritik perbuatan tersebut dengan berani.[7] Keberaniannya itu menyebabkan banyak pihak memusuhinya.

Di sebalik ketegasannya itu, beliau terkenal juga sebagai seorang yang lemah lembut dan penyayang serta berbudi tinggi. Seorang yang warab, banyak melakukan solat dan berpuasa serta sering bermunajat kepada Allah S.W.T. Beliau sangat menjaga syariat Islam zahir dan batin serta zuhud dari kepentingan dunia. Beliau sering menyeru ke arah jihad dan tidak pernah mengambil walau satu dinar pun mahupun sehelai baju daripada pemerintah[8].

Ibn Taymiyyah juga terkenal sebagai seorang yang pemaaf dan tidak menyimpan dendam. Hal ini terbukti apabila beliau menolak tawaran pemerintah untuk menghukum para ulama yang melakukan konspirasi bagi menjatuh dan memusnahkannya. Ini jelas melalui perkataan Ibn Makhluf[9]:

bKami tidak pernah melihat manusia seperti Ibn Taymiyyah, kami cuba memusnahkan beliau, tapi tidak mampu, beliau mampu memusnahkan kami tetapi memafkan kami bahkan berhujah mempertahankan kamib[10].

c) Pendidikan:

Ibn Taymiyyah telah mempelajari secara khusus ilmu Fiqh dan Usul daripada bapanya selain daripada ilmu-ilmu lain. Bapanya merupakan salah seorang pembesar ulama mazhab Hanbali di kota itu, juga seorang guru di Dar Al-Hadith Al-Sukkariyyah serta mempunyai kerusi khas untuk mengajar di Masjid Damsyiq.

Ibn Taymiyyah telah menuntut berbagai ilmu Islam dari beberapa orang sarjana terkenal di kota Damsyiq. Para sejarawan Islam meriwayatkan bahawa guru beliau berjumlah lebih daripada dua ratus orang sarjana[11].

Guru-guru beliau:[12]

Ibn TaymiyahB mempunyai guru yang ramai, namun antara yang utama dan mempunyai pengaruh yang besar dalam dirinya ialah:

1. bAla Zayn Al-bAbidin Ahmad Bin bAbd Al-Dabim Al-Maqdisi

2. Najm Al-Din Bin bAsakir

3. Jamal Al-Din Al-Sayrafi

4. Jamal Al-Din Al-Baghdadi

5. Zainab Binti Makki

Dilantik sebagai guru:[13]

Hasil ketekunannya, Ibn Taymiyyah telah menguasai begitu banyak cabang ilmu Islam seperti: Al-Quran, Al-Hadith, Aqidah, Fiqh dan Bahasa Arab. Beliau juga memiliki kebolehan di bidang Matematik, Fizik dan Falsafah. Beliau telah menamatkan pengajian formalnya sebelum berusia dua puluh tahun.

Bapanya telah meninggal dunia semasa beliau berusia dua puluh satu tahun. Sejak itu, beliau dilantik mengambil alih tugas dan tanggungjawab bapanya mengajar di Dar Al-Hadith dan di Masjid Damsyiq. Sungguhpun begitu, berbagai ujian hidup terpaksa beliau hadapi. Segala kesukaran ini membawanya mengembara ke kota-kota di antara Mesir dan Syam.

Murid-muridnya:[14]

Majlis pengajian Ibn Taymiyyah mendapat sambutan hangat daripada masyarakat tidak kira di mana sahaja. Pengembaraan beliau yang banyak turut menjadi faktor kepada ramainya pengikut, pencinta dan anak muridnya. Murid-muridnya terbahagi kepada dua golongan berdasar majlis pengajiannya. Kuliah umumnya dihadiri oleh orang awam dan kuliah khusus untuk individu yang memiliki potensi keilmuan yang juga mewarisi B ketegasan beliau di dalam manhaj ilmu. Kelompok kedua ini terdapat ratusan orang -kebanyakannya dari kalangan Hanbali dan Syafibi- tetapi yang utama ialah:

1- Syams Al-Din Abu bAbd Allah Muhammad Bin Abu Bakr yang terkenal sebagai Ibn Qayyim Al-Jawziyyah

2- Syams Al-Din Muhammad Bin Ahmad Bin bUthman Al-Dhahabi

3- bImad Al-Din Abu Al-Fidab Ismabil Bin bUmar yang dikenali dengan gelaran Ibn Kathir

4- Syams Al-Din Muhammad bin Ahmad bAbd Al-Hadi Bin bAbd Al-Hamid yang lebih dikenali sebagai Ibn bAbd Al-Hadi

5- Qadi Al-Qudah Syaraf Al-Din Abu Al-bAbbas Ahmad Bin A-Hussayn, lebih dikenali dengan gelaran bQadi Al-Jabalb.

6- bAbd Rahman Bin Ahmad Bin Rajab yang terkenal dengan gelaran Ibn Rajab Al-Hanbali. Beliau tidak belajar secara langsung daripada Ibn Taymiyyah kerana kelahirannya selepas lapan tahun kematian Ibn Taymiyyah. Sebaliknya beliau adalah murid kepada Ibn Qayyim Al-Jawziyyah, namun kecenderungannya kepada Ibn Taymiyyah menyebabkan beliau dianggap sebagai murid Ibn Taymiyyah.

Perjuangan:-

a) Dakwah:

Ibn Taymiyyah telah memberikan seluruh hidupnya untuk berkhidmat kepada dakwah dan ilmu pengetahuan. Di antara bidang utama yang diberikan perhatian khususnya di dalam penulisannya ialah: Tafsir, Ilmu Kalam, Falsafah dan Tasawwuf serta Fiqh.

i) Tafsir:

Tafsiran Ibn Taymiyyah terhadap ayat-ayat Al-Quran adalah berasaskan keyakinan beliau bahawa Rasulullah S.A.W telah menyampaikan dengan lengkap segala maksud Al-Quran. Para sahabat yang menjadi saksi ketika proses penurunan wahyu itu pula lebih mengetahui maksud ayat daripada mana-mana generasi selepasnya. Justeru itu beliau menyusun kaedah bagi mentafsir Al-Quran seperti berikut:[15]

Pertama: Tafsir Al-Quran dengan Al-Quran. Ini adalah martabat tertinggi dalam pentafsiran; kerana Allah yang Maha Mengetahui maksud kalam-Nya.

Kedua: Tafsir ayat melalui Al-Sunnah. Ini apabila tidak diperolehi maksudnya melalui proses pertama; lantaran Nabi S.A.W adalah orang yang menerima wahyu.

Ketiga: Tafsiran melalui perkataan para sahabat; kerana mereka adalah generasi yang wujud semasa wahyu diturunkan.

Keempat: Tafsiran golongan Tabibin yang mempelajarinya dari para sahabat. Bagaimanapun ia bukan hujah muktamad melainkan jika tafsiran itu disepakati melalui ijmak ataupun jelas maksudnya dan bertepatan dengan kaedah Bahasa Arab.

Ibn Taymiyyah telah mengarang tafsiran bagi beberapa surah Al-Quran yang sempat ditulis semasa beliau berada di penjara.[16]

ii) Mazhab-mazhab Fiqh[17]:

Ibn Taymiyyah amat menghormati keempat-empat mazhab utama umat Islam. Bahkan beliau sendiri sangat cenderung kepada mazhab Hanbali kerana dibesarkan dalam keluarga bermazhab Hanbali. Sungguhpun begitu, beliau membenci kejumudan dan sikap bertaqlid yang berleluasa di kalangan fuqahab zamannya. Sebahagian mereka menolak ijtihad bahkan di dalam perkara yang mempunyai sandaran nas yang jelaspun mereka tetap enggan berganjak daripada pandangan mazhab. Ini seakan-akan menjadikan pandangan manusia lebih tinggi daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Walaupun Ibn Taymiyyah menampilkan ijtihad-ijtihad yang kadangkala keluar daripada apa yang sudah dibiasakan oleh orang ramai, namun cara istinbat hukmumnya masih seperti para ulama lain. Sumber pengambilan hukum di sisi beliau ialah: Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak (khususnya ijmak Sahabat) dan Qias. Selain itu beliau juga berpegang kepada fatwa sahabat selagi mana tidak terdapat pertentangan terhadapnya.

Melalui susunan sumber hukum ini, Ibn Taymiyyah menulis dan mengeluarkan fatwa. Beliau tidak bertaqlid kepada mana-mana mazhab, bahkan berpandu terus kepada dalil-dalil yang diperolehi. Ini kerana kebenaran itu tidak hanya wujud pada imam-imam yang empat sahaja[18]. Namun pengaruh mazhab Hanbali masih wujud sedikit sebanyak dalam cara istinbat hukumnya.

iii) Falsafah:

Beliau telah dilahirkan sepuluh tahun sebelum kematian tokoh Falsafah yang terkenal di zaman itu iaitu: Nasir Al-Din Al-Tusi. Ketika itu Falsafah dan ilmu mantiq Yunani sangat mendapat tempat di kalangan para cendiakawan. Kota Harran tempat kelahirannya adalah pusat bagi salah sebuah sekolah penterjemahan terpenting yang dipimpin oleh Thabit Bin Qurrah Al-Sabibi[19]. Kemuncak keadaan ini ialah barangsiapa yang mengetahui selok belok perbahasan Falsafah akan dianggap sebagai bijaksana. Di kala itu, tiada sarjana Hadith atau Fiqh yang tampil berhujah dengan golongan ini. Apa yang dilakukan oleh kebanyakan mereka hanyalah mengeluarkan fatwa mengharamkan pengajian Falsafah dan Mantiq[20].

Topik utama yang dikritik oleh Ibn Taymiyah ialah Falsafah Ilahiyyah atau Metafizik. Beliau menyifatkan mereka itu sebagai sangat jahil tentang bab ketuhanan hinggakan katanya, Yahudi dan Nasrani mempunyai pengetahuan yang lebih baik tentang bab tersebut[21]. Namun begitu, beliau mengiktiraf sumbangan Falsafah Fizikal dan Matematik yang disifatkan sebagai lebih banyak yang benar daripada yang salah. Bahkan beliau mencela golongan ahli Kalam yang keterlaluan mengkritik termasuk perkara-perkara benar itu[22].

Apabila Ibn Taymiyyah menggunakan istilah Falsafah dan failasuf, padaB kebiasaannya beliau tujukan kepada golongan Al-Masyabiyyah seperti Al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Rusyd dan Nasir Al-Din Al-Tusi. Adakalanya juga beliau memaksudkan Al-Suhrawardi dan pendokong Falsafah Al-Isyraqiyyah. Beliau juga menggunakan istilah Mutafalsifah (orang yang sengaja berfalsafah) untuk ahli Falsafah Islam.[23] Satu perkara yang menarik ialah: kebanyakan sarjana Falsafah terutama yang beraliran Isyraqiyyah adalah daripada latar belakang Syiah Imamiyyah Al-Ithna Al-bAsyriyyah di Parsi[24]. Golongan ini merupakanB musuh ketatB Ibn Taymiyyah.

iv) Ilmu Kalam dan Tasawwuf:

Boleh dikatakan bahawa tiada satupun tulisannya yang tidak mengkritik manhaj dan ajaran pihak-pihak tersebut. Di antara perkara utama yang disentuh berhubung ilmu Kalam ialah konsep penggunaan Akal berbanding nas. Lebih-lebih lagi ilmu Kalam di zaman itu telah bercampur aduk dengan Falsafah. Golongan yang menjadi sasaran utama ialah Muktazilah dan Jahmiyyah[25].

Pertentangan Ibn Taymiyyah dengan golongan sufi pula ialah pada beberapa perkara seperti: konsep tawakkal, konsep zuhud, penggunaan gerak hati yang melampaui nas dan seumpamanya. Kemuncak kritikannya terhadap mereka ialah dalam doktrin Wahdat Al-Wujud (Kesatuan Wujud) dan Al-Ittihad (Penyatuan Wujud) yang dipelopori oleh Ibn bArabi dan Ibn Sabbin.

v) Pemerintah dan kerajaan:

Beliau dengan jelas dan berani telah menegur dan menasihati golongan pemerintah yang bersikap diktator serta mengabaikan kepentingan rakyat. Beliau akan bangkit mempertahankan hak rakyat jika ianya cuba dicabuli oleh mana-mana pemerintah. Namun beliau juga turut menyeru orang ramai agar taat setia kepada kerajaan yang patuh kepada syariat Islam, bahkan mengajak mereka mempertahankan kerajaan daripada tumbang kepada Tartar ataupun pihak Salibiyyah.

b) Peperangan:

Selain berkecimpung di medan dakwah, Ibn Taymiyyah juga turut terjun ke medan jihad menentang tentera Salib dan Tartar. Tentera Salib telah memulakan serangannya ke atas Syam dan Mesir sejak tahun 490H lagi dan berjaya menguasai Bayt Al-Maqdis pada 492H[26]. Sejak itu, berlakulah pertempuran di antara mereka dan tentera Islam sepanjang dua kurun, hinggalah mereka berjaya dihalau keluar oleh Al-Malik Al-Asyraf Khalil bin Mansur Qalawun pada tahun 690H.[27]

Tentera Tartar pula telah berjaya menguasai kota Baghdad kira-kira lima tahun sebelum kelahiran Ibn Taymiyyah (656H)[28]. Selepas itu, mereka berjaya pula menawan Halab dan Damsyiq sebelum cuba untuk menguasai Mesir. Tetapi mereka berjaya disekat oleh tentera Mamlukiy dalam peperangan bAin Jalut[29] yang mengakibatkan terusirnya mereka dari Syam. Selepas itu, beberapa percubaan diteruskan lagi oleh Tartar untuk menguasai Syam dan Mesir tetapi gagal. Ibn Taymiyyah telah memfatwakan tentang keharusan memerangi mereka bahkan beliau sendiri turut serta dalam beberapa peperangan antaranya ialah peperangan Syaqhab berhampiran kota Damsyiq pada bulan Ramadan 702H di mana Tartar tumpas dalam pertempuran itu.[30]

Di sebalik kejayaan tentera Salib dan Tartar menawan beberapa kota orang Islam, berlaku pengkhianatan di kalangan penduduk yang bernaung di bawah kerajaan Islam. Ketika tentera Salib menyerang segelintir orang-orang Kristian yang menyamar sebagai ahli Dhimmah[31] telah menjadi musuh dalam selimut dengan membantu musuh menumpaskan kerajaan Islam. Ini menyebabkan Ibn Taymiyyah mengeluarkan fatwa yang mewajibkan suatu tanda khas yang membezakan di antara ahli Dhimmah di kalangan Yahudi dan Kristian yang bernaung di bawah kerajaan Islam dengan orang luar[32].

Sementara di dalam serangan Tartar ke atas Baghdad dan Syam, mereka telah menerima bantuan daripada puak-puak Batiniyyah, Nusayriyyah dan Ismabiliyyah[33]sementara golongan sufi pula enggan turun berjihad. Lebih menyedihkan lagi, golongan pelampau Syiah ini telah menghalalkan penjualan hamba dari kalangan umat Islam kepada tentera salib.

Lantaran itu, Ibn Taymiyah berusaha menyatukan umat di bawah payung kerajaan Mamlukiy bagi menghancurkan puak-puak bidbah, khurafat dan ajaran sesat yang menjadi duri dalam daging kepada umat. Akibatnya, berlakulah beberapa peperangan di pergunungan Syam yang melibatkan tentera kerajaan dengan puak-puak militan Syiah. Ibn Taymiyyah bukan sahaja mengeluarkan fatwa menyokong tindakan kerajaan dan menyeru orang ramai menyertainya, bahkan beliau sendiri mengepalai tentera bersama putera mahkota kerajaan Mamlukiy.[34]

Tindakan ini boleh disifatkan sebagai usaha mempertahankan aqidah Ahli Sunnah wa Al-Jamaah daripada ancaman kelompok-kelompok Syiah, sekaligus mempertahankan kerajaan Mamlukiy sebagai pusat kuasa golongan Ahli Sunnah. Perjuangan ini juga menyebabkan beliau dianggap sebagai di antara musuh golongan Syiah yang utama sepanjang zaman.

c) Tribulasi: sebab dan kesudahan:

Kehidupan Ibn Taymiyyah dipenuhi dengan perjuangan, cabaran dan penderitaan. Beliau sangat tegas dalam pendiriannya, sama sekali tidak berganjak walau bagaimana rintangan dan cabaran yang ditempuhi. Berikut adalah ringkasan dari rentetan peristiwa yang menimpa dirinya:

Pada tahun 698H, bermulalah konspirasi terhadapnya apabila ditohmah beriktikad dengan iktikad tajsim[35]; ini kerana tulisannya di dalam Al-bAqidah Al-Hamawiyyah yang merupakan jawapan terhadap persoalan penduduk kota Hama[36]. Karyanya ini merupakan sokongan kepada mazhab Salaf dan serangan terhadap golongan Mutakallimun[37].

Pada tahun 699H, Ibn Taymiyyah bersama para pengikutnya telah pergi ke pusat-pusat hiburan lalu memusnahkan bekas-bekas arak, mencurahnya ke tanah serta menyerang orang-orang yang sedang berfoya-foya di dalam pusat-pusat hiburan itu. Tindakan ini sangat menggembirakan orang ramai[38].

Pada tahun 705H, Ibn Taymiyyah didatangi oleh sekelompok golongan tasawwuf Ahmadiyyah meminta beliau berhenti daripada mengkritik dan menyerang mereka di dalam fatwa dan tulisannya. Namun beliau enggan berkompromi dengan mereka bahkan menjawab:

bSetiap perkara mestilah berada di bawah petunjuk Al-Quran dan Al-Sunnah, samada perkataan ataupun perbuatan. Barangsiapa yang keluar daripada keduanya, wajiblah ditegurb[39].

Pada tahun yang sama, beliau ditangkap dan dipenjarakan di Kaherah kemudian dipindahkan ke Halab. Adapun golongan Hanabilah (yang bermazhab Hanbali) di Mesir telah diseksa dan dihina.[40] Tribulasi yang menimpa Ibn Taymiyyah berterusan di antara tahun 707H-712H di Mesir. Golongan sufi telah mengadu kepada pemerintah tentang beliau, dengan dakwaan bahawa beliau tidak memohon kepada Nabi. Beliau dipenjara di Bilbis kemudian dipindahkan ke Iskandariah. Sepanjang di dalam tahanan, beliau masih dikunjungi oleh orang ramai untuk meminta fatwa. Beliau meneruskan aktiviti tersebut sehinggalah dibebaskan oleh Sultan Qalawun[41]pada tahun 709H[42].

Di Iskandariah, Ibn Taymiyyah telah memerangi golongan Sufi dari kalangan Al-Sabbiniyyah dan Al-bArabiyyah[43]. Beliau berjaya di dalam usahanya melumpuhkan pengaruh dan kekuatan kedua-dua kumpulan sufi yang sesat itu. Selepas itu beliau kembali semula ke Damsyiq pada 712H[44].

Pada tahun 718H, Qadi qudah (Ketua para qadi) Damsyiq telah mengarahkan Ibn Taymiyyah agar berhenti mengeluarkan fatwa berhubung masalah sumpah untuk menjatuhkan talak. Arahan itu beliau patuhi, namun ia tidak bertahan lama. Baginya perbuatan tersebut bererti menyembunyikan pengetahuan. Justeru itu, beliau terus berfatwa bahawa talak tidak jatuh di dalam beberapa keadaan seperti: terpaksa, diugut, sumpah palsu, bersyarat dan seumpamanya[45].

Pada tahun 726H, sekali lagi para qadi Damsyiq menentangnya; lantaran fatwa tentang hukum menziarahi kubur-kubur orang-orang soleh. Fatwa ini telah beliau keluarkan sejak dua puluh tahun sebelumnya. Fatwa ini disokong oleh para ulama di Baghdad, malangnya ia ditentang oleh para ulama di Damsyiq. Oleh sebab itu pada petang Isnin 6 Syabban tahun tersebut, Ibn Taymiyyah ditangkap dan dipenjarakan di penjara Damsyiq. Ini tidak melumpuhkan semangatnya, bahkan beliau melahirkan rasa gembiranya kerana ia adalah suatu yang ditunggu-tunggunya. Selanjutnya, beliau terus dikenakan tekanan dan dilarang untuk menulis, begitu jugalah yang berlaku ke atas para penyokongnya di luar penjara.[46]

Manhaj Ibn Taymiyyah

a) Dalam Penyelidikan dan Penulisan:

Pendidikan yang diterima secara sistematik serta pembacaannya yang sangat luas telah membentuk peribadinya di dalam membahaskan isu-isu ilmu. Asas-asas yang beliau pegang apabila membahaskan sesuatu perkara itu ialah:

1-B B B Berpegang terus kepada nas-nas Al-Quran dan Al-Sunnah.

2-B B B Mendahulukan naqal (nas-nas) daripada aqal; ini kerana aqal manusia tidak mampu mencapai semua perkara sedangkan nas adalah wahyu Allah ataupun perkataan nabi yang menerima wahyu.

3-B B B Mengelakkan sebarang percanggahan antara keduanya; kerana naqal yang sahih tidak akan bercanggah dengan aqal yang jelas.

4-B B B Menghindari takwilan yang bercanggah dengan peraturan bahasa.

Bertitik tolak daripada asas-asas ini, Ibn Taymiyyah menulis karya-karyanya dengan penuh kesedaran, bahasanya mudah lagi hidup serta jauh daripada uslub yang menyukarkan pemahaman. Beliau benar-benar meluahkan perasaannya samada sokongan ataupun kritikan melalui karya-karya itu. Selain daripada mempunyai pembacaan yang meluas, Ibn Taymiyyah juga dianugerahkan Allah dengan ingatan yang kuat dan pandangan yang jauh. Apabila mengarang sesuatu risalah atau kitab, beliau tidak berpandukan kepada rujukan yang banyak untuk dinukilkan sebarang pandangan daripadanya. Bahkan semasa mengarang di dalam penjara dalam keadaan bahan bacaan disekat daripadanya, beliau mampu mengarang sejumlah karya yang memuatkan pandangan ratusan ulama silam sambil mengisyaratkan dari mana pandangan-pandangan itu dinukilkan. Beliau juga berkemampuan mengarang dengan cepat, hingga mencapai satu jilid. Justeru itu tidak hairanlah beliau mampu menulis sebanyak lima ratus buah karya sepanjang hidupnya.

Di dalam perbahasan, beliau akan memperincikan setiap topik yang dimaksudkan lalu membandingkannya dengan puak-puak yang berkaitan. Beliau akan menjelaskan kaitan dan kesan sesuatu pegangan itu terhadap aqidah dan akhlak. Bagaimanapun seperkara yang disentuh oleh ramai pengkaji ialah, beliau lebih banyak menukilkan maksud daripada teks yang diulas daripada menukilkan perkataan-perkataan dalam teks tersebut.

Ibn Taymiyyah bukanlah jenis manusia yang suka menjatuhkan hukuman secara rambang. Sebaliknya beliau lebih suka untuk mengenalpasti masalah dan pihak manakah yang terlibat. Ini dapat mengelakkan beliau daripada menjatuhkan sebarang hukuman secara umum. Apabila beliau menjustifikasikan satu-satu perkara itu kufur atau bidbah, kebanyakannya beliau tujukan khas kepada makalah atau kenyataan yang dimaksudkan sahaja; kerana mengelakkan daripada menuduh mana-mana orang Islam dengan tuduhan yang tidak benar.

Ibn Taymiyyah tidak bertaqlid dalam sebarang tindak- tanduk dan pendiriannya. Sungguhpun begitu beliau sentiasa mengambil kira pendapat imam-imam mujtahid. Melalui penelitian terhadap hujah-hujah mereka, beliau akan menetapkan pendiriannya serta membina hukum berdasarkan dalil dan hujah yang diyakininya. Dalam hal ini, beliau agak cenderung kepada Al-Imam Ahmad Bin Hanbal (pengasas mazhab Hanbali), katanya:

bAhmad lebih berpengetahuan daripada orang lain tentang Al-Kitab dan Al-Sunnah serta pandangan para sahabat dan tabibin. Justeru itu, sukar didapati pendapatnya yang bercanggah dengan nas sebagaimana didapati pada orang lain. Selain itu, jika ada qaul yang lemah dalam mazhab ini, nescaya akan ada satu lagi qaul Ahmad yang bertepatan dengan qaul yang lebih kuatb&.apabila didapati pendapat Abu Hanifah dan Al-SyafieB berbeza dengan pendapat Malik yang serupa dengan Ahmad ataupun hampir, maka kebanyakannya yang lebih kukuh ialah pendapat Malik dan Ahmadb[47].

Kenyataan ini menggambarkan betapa peribadi Al-Imam Ahmad Bin Hanbal sangat mempengaruhi diri Ibn Taymiyyah. Hubungan ini bertambah kukuh kerana keluarga Ibn Taymiyyah memang dari kalangan sarjana bermazhab Hanbali. Mazhab ini merupakan salah satu daripada empat mazhab Fiqh yang terkenal dalam Islam. Ia juga terkenal sebagai mewakili salah satu daripada dua aliran pemikiran di dalam aqidah. Mazhab Hanbali ini terkenal sepanjang sejarah sebagai golongan yang tegas dalam berpegang kepada zahir nas samada di dalam fiqh mahupun aqidah[48]. Oleh itu, tidak hairanlah ciri-ciri tersebut jelas terpapar dalam peribadi Ibn Taymiyyah.

b) Ibn Taymiyyah menyokong manhaj Al-Salaf

Ibn Taymiyyah berpendapat bahawa golongan yang paling benar pegangan agamanya ialah mereka yang berada pada tiga generasi yang awal Islam. Golongan ini dipanggil Al-Salaf Al-Saleh. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith nabi S.A.W[49]:

bSebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian mereka yang selepasnya, kemudian mereka yang selepasnyab

Mereka yang dimaksudkan di dalam hadith tersebut ialah orang-orang yang hidup pada tiga kurun pertama Islam yang berpegang teguh dengan petunjuk Rasulullah S.A.W. Merekalah yang dinamakan sahabat, tabibin (pengikut sahabat) dan tabib al-tabibin (pengikut kepada pengikut sahabat). Golongan ini yang juga dinamakan Al-Salaf Al-Saleh atau singkatannya Al-Salaf.

Golongan Al-Salaf ini pada pandangan Ibn Taymiyyah adalah yang paling baik selepas para nabi. Perkataan mereka adalah yang paling baik dan mereka inilah golongan yang paling mendapat petunjuk. Rasionalnya, mereka inilah yang paling hampir dengan kehidupan Rasulullah S.A.W. Mereka jugalah yang paling menghayati lagi mentaati setiap perintah dan panduan baginda. Di zaman tersebut juga belum begitu banyak kerencaman pemikiran.

Justeru itu Ibn Taymiyyah berpandangan, mengetahui perkataan dan perbuatan mereka lebih bermanafaat pada daripada perkataan dan amalan golongan selepas mereka. Mengikut pendirian mereka dalam urusan agama lebih-lebih lagi dalam bab-bab ketuhanan adalah suatu kewajipan dan itulah manhaj yang paling selamat. Ini kerana kesepakatan mereka (ijmab) adalah terpelihara daripada kesalahan. Kesalahan mereka juga lebih sedikit sedangkan kebenaran mereka lebih banyak.[50]

Sebaik-sebaik contoh ulama al-salaf yang menjadi ikutan Ibn Taymiyyah ialah Al-Imam Ahmad Bin Hanbal. Ini kerana ketegasan beliau semasa berhadapan dengan cabaran golongan Muktazilah berhubung isu Kejadian Al-Quran, tetap teguh dengan pendirian para al-salaf al-saleh. Oleh sebab itu, Ibn Taymiyyah sangat menyanjungi Al-Imam Ahmad dan menuruti pendiriannya serta mengambil pendapatnya samada di dalam Usul Al-Din mahupun di dalam perkara cabang syariat. Tidak hairanlah juga banyak kedapatan pendapat-pendapat Ahmad di dalam tulisan-tulisan Ibn Taymiyyah.

Kematiannya:[51]

Selepas menghadapi tekanan dan siksaan semasa di dalam penjara selama kira-kira dua bulan, akhirnya pada malam 22 Zulkaedah 728H, kembalilah Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah ke pangkuan Ilahi di penjara Damsyiq. Apabila berita kematiannya tersebar, orang ramaipun berpusu-pusu menuju ke penjara untuk memberikan penghormatan terakhir. Selepas dimandikan, orang ramai berhimpun di penjara dan sepanjang jalan menuju ke masjid. Masjid juga telah dilimpahi oleh manusia hingga terpaksa dikawal oleh tentera.

Jenazah Ibn Taymiyyah telah disolatkan kali pertama di penjara kemudian dibawa ke Masjid Umawiy dan disolatkan kali kedua selepas solat Zohor. Suasana sedih menyelubungi kota Damsyiq, kedai-kedai dan pasar ditutup. Tiada seorangpun yang ketinggalan daripada menyembahyangkan jenazah ini melainkan yang uzur. Jumlah yang menghadiri solat jenazah itu ialah kira-kira seratus ribu orang lelaki dan lima belas ribu orang wanita tidak termasuk yang memerhatikan dari atas bangunan. Kemudian jenazah dibawa dengan jari-jari dan kepala-kepala hadirin tanpa perlu berganjak; kerana terlalu ramai ke pasar Al-Khayl lalu disolatkan sekali lagi dengan diimami oleh adiknya Zayn Al-Din bAbd Rahman, seterusnya dikebumikan di perkuburan Al-Sufiyyah bersebelahan dengan kuburnya seorang lagi adiknya: Syaraf Al-Din bAbd Allah. Hanya beberapa individu yang memusuhinya sahaja yang bersembunyi ketika upacara itu berjalan. Apabila berita kematiannya sampai ke kota-kota lain, maka ramailah di kalangan ulama dan orang awam yang melakukan solat ghaib.

Ibn Kathir menyifatkan bahawa ia merupakan upacara pengkebumian jenazah yang terbesar yang pernah berlaku di Damsyiq. Jenazah Ibn Taymiyyah hanya dilalukan sahaja di atas tangan-tangan hadirin tanpa perlu seorangpun berganjak dari kedudukannya.

Demikianlah kesudahan kehidupan seorang insan yang telah menyumbangkan seluruh kehidupannya untuk Islam dan ilmu. Beliau tidak tumpas di tangan tentera Salib mahupun tentera Tartar, tetapi kerana dikhianati oleh orang Islam sendiri. Sehinggakan ada sarjana Islam yang mengulas nasib yang menimpa beliau dengan kata-kata:

bb&..beliau telah dipenjara di akhir hayatnya kerana ditohmah berijtihadb [52].

Hasil Intelektual:

Ibn Taymiyyah telah meninggalkan khazanah ilmu yang sungguh banyak melalui kitab-kitab dan risalah-risalah. Sebahagian daripada karya tersebut telahpun dicetak, sebahagian lain masih berbentuk manuskrip. Banyak lagi yang hanya diketahui namanya melalui buku-buku sarjana silam, tetapi telahpun hilang. Dianggarkan bahawa karya tulisan beliau adalah sekitar lima ratus jilid.[53]

Kebanyakan karyanya dimuatkan di dalam Majmub Rasabil wa Fatawi Ibn Taymiyyah (Himpunan Surat dan Fatwa Ibn Taymiyyah). Berikut adalah senarai beberapa buah kitab karangan beliau berdasarkan kategori ilmu:

i- bUlum Al-Quran dan Tafsir:

1- Muqaddimah fi Usul Al-Tafsir (Mukaddimah Asas-asas Tafsir)

2- Al-Tibyan fi Nuzul Al-Qurban (Penjelasan Tentang Penurunan Al-Quran)

3- Tafsir Surah Al-Nur (Tafsir Surah Al-Nur)

4- Tafsir Surah Al-Ikhlas (Tafsir Surah Al-Ikhlas)

5- Tafsir Al-Mubawwidhatayn (Tafsir Surah Al-Falaq dan Al-Nas)

ii- Al-Hadith:

1- Arbabin Hadithan Riwayat Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah ban Arbabin min Kibar Masyabikhihi (40 Hadith Riwayat Ibn Taymiyyah Daripada 40 Orang Gurunya Yang Utama)

2- Risalah fi Syarh Hadith Al-Nuzul (Risalah Syarah Hadith ‘Turunnya’ Allah Pada Sepertiga Malam)

3- Risalah fi Al-Ajwibah ban Ahadith Al-Qussas (Risalah Jawapan Tentang Hadith-hadith Penglipulara)

4- Risalah tatadamman Ahadith fi Subal Al-Nabiy ban Al-Islam (Risalah Mengandungi Hadith-hadith Tentang Soalan Nabi mengenai Islam)

5- Syarh Al-Hadith: Unzila Al-Qurban bala Sabbati Ahruf (Syarah Hadith: Turunnya Al-Quran Dengan Tujuh Huruf)

iii- Usul Al-Din:

1- Kitab Al-C
man

2- Al-bAqidah Al-Wasitiyyah (Aqidah Pertengahan)

3- Risalah fi Al-Qadab wa Al-Qadar (Risalah Qadab dan Qadar)

4- SyarhB Al-bAqidah Al-Asfahaniyyah (Syarah Aqidah Asfahaniyyah)

5- Minhaj Al-Sunnah (Jalan Sunnah)

iv- Perbandingan Agama:

1- Al-Jawab Al-Sahih li man Baddala Din Al-Masih (Jawapan Yang Benar Untuk Sesiapa Yang Menukar Agama Al-Masih)

2- Al-Radd bala Al-Nasara (Penolakan Terhadap Kristian)

3- Takhjil Ahl Al-Injil (Kecaman Ke atas Ahli Injil)

4- Al-Risalah Al-Qubrusiyyah (Risalah Cyprus)

v- Fiqh dan Usul Fiqh:

1- Al-Fatawi Al-Kubra (Fatwa-fatwa Utama)

2- Kitab Manasik Al-Hajj (Kitab Ibadat Haji)

3- Kitab fi Usul Al-Fiqh (Kitab Usul Fiqh)

4- Risalah fi Sujud Al-Sahwi (Risalah Mengenai Sujud Sahwi)

5- Masbalah Al-Halaf bi Al-Talaq (Masalah Sumpah Cerai)

vi- Tasawwuf:

1- Al-Furqan Bayna Awliyab Al-Rahman wa Awliyab Al-Syaitan (Pembeza Di antara Wali-wali Allah Yang Pemurah Dengan Wali-wali Syaitan)

2- AmradB Al-Qulub wa Syifabuhu (Penyakit-penyakit Hati Dan Ubatnya)

3- Al-Tuhfah Al-bIraqiyyah fi Abmal Al-Qulub (Hadiah Dari Iraq Mengenai Amalan-amalan Hati)

4- Al-bUbudiyyah (Pengabdian)

5- Darajat Al-Yaqin (Darjat-darjat Keyakinan)

vii- Akhlak, Politik dan Sosial:

1- Al-Hasanah wa Al-Sayyibah (Kebaikan dan Keburukan)

2- Al-Wasiyyah Al-Jamibah li Khayray Al-Dunya wa Al-Akhirah (Wasiat Yang Menyeluruh Demi Kebaikan Dunia dan Akhirat)

3- Al-Siyasah Al-Syarbiyyah fi Islah Al-Rabi wa Al-Rabiyyah (Politik Islam Bagi Memperbaiki Pemerintah dan Rakyat)

4- Al-Hisbah fi Al-Islam (Hisbah Dalam Islam)

5- Al-Mazalim Al-Musytarakah (Kezaliman-kezaliman Bersama)

Inilah sebahagian daripada apa yang telah dihasilkan oleh Ibn Taymiyyah. Sebahagian daripada tajuk-tajuk tersebut dicetak di dalam Majmubah Kutub wa Rasabil Ibn Taymiyyah (Himpunan Kitab-kitab dan Surat-surat Ibn Taymiyyah) atau di dalam Majmub Al-Fatawi (Himpunan Fatwa-fatwa) atau dicetak secara berasingan. Boleh dikatakan kesemua karya ini telah dimuatkan juga di dalam bentuk program cakera padat (CD) di bawah beberapa tajuk di antaranya:

i-B B B B B B B B B B B B Muballafat Ibn Taymiyyah (Penulisan-penulisan Ibn Taymiyyah)

ii-B B B B B B B B B B B Maktabah Ibn Taymiyyah (Perpustakaan Ibn Taymiyyah)

iii-B B B B B B B B B B Maktabah Al-Syeikh wa Al-Tilmidh (Perpustakaan Guru iaitu Ibn Taymiyyah dan Murid iaitu Ibn Qayyim Al-Jauziyyah)

iv-B B B B B B B B B B Al-Maktabah Al-Syamilah (Perpustakaan Lengkap)

Penutup

Demikianlah serba sedikit mengenai seorang pejuang yang telah menafkahkan dirinya untuk agama. Mempertahankan kesucian agama di medan jihad dan di gelanggang ilmu. Ada puluhan kajian di peringkat sarjana mengenai Ibn Taymiyyah dalam berbagai bahasa, dari berbagai aspek, di puluhan universiti di serata dunia. Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya ke atas beliau.


[1] Lihat: Ibn Kathir, Abu Al-Fidab bIsmibil Bin bUmar. Al-Bidayah wa Al-Nihayah (13/255), Beirut: Dar Al-Kutub Al-bIlmiyyah, (t.t), Al-Karami Al-Hanbali, Marba Bin Yusuf, Al-Kawakib Al-Durriyyah fi Manaqib Al-Mujtahid Ibn Taymiyyah (m.s 52), Beirut: Dar Al-Gharb Al-Islami, Ctk. Pertama (1986)

[2] Lihat: Al-Baladhuri, Abu Jabfar Ahmad Bin Yahya. Futuh Al-Buldan, subjek: Harran. Muhammad Fuad Abd Al-Mubim. Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah wa Al-Wilayah Al-Siyasiyyah Al-Kubra fi Al-Islam. Arab Saudi: Dar Al-Watan (t.t)

[3] Suatu ajaran yang mengagungkan planet-planet yang tujuh dan bintang-bintang yang dua belas, serta menganggapnya sebagai qidam. Mempunyai solat lima kali sehari semalam menghadap ke kabbah, berpuasa di bulan Ramadan, mengharamkan bangkai, darah dan khinzir, tetapi hanya mempercayai beberapa orang nabi sahaja tidak termasuk Nabi Muhammad S.A.W.

Lihat: Ibn Hazm, Abu Muhammad bAli Bin Ahmad Al-Andalusi Al-Zahiri, Al-Fisal fi Al-Milal wa Al-Ahwab wa Al-Nihal (1/50), Dar Al-Kutub Al-bIlmiyyah, Beirut, Ctk. Pertama (1996M-1416H)

[4] Muhammad Fuad Abd Al-Munbim, Opt.cit (m.s 10)

[5] Ibn Kathir, Opt.cit (13/269)

[6]Al-Dhahabi, Syams Al-Din Muhammad Bin Ahmad. Siyar Ablam Al-Nubalab. (15/417-418), Beirut:Muassasah Al-Risalah, Ctk. Kesepuluh (1994),

[7] Ibn Kathir, Opt.cit (14/8)

[8] Ibn Hajar Al-bAsqalani, Opt.cit

[9] Zayn Al-Din Bin Makhluf seorang qadi bermazhab Maliki di Mesir. Beliau terkenal dengan kekerasan hukum yang dikeluarkannya dan permusuhannya dengan Ibn Taymiyyah.

Lihat: Abu Zahrah, Muhammad, Ibn Taymiyyah:Hayatuhu wa bAsruhu, Arabuhu wa Fiqhuhu (m.s 49), Kaherah: Dar Al-Fikr Al-bArabi, (1991)

[10] Lihat: Ibn Kathir, Opt.cit (14/56)

[11] Ibn bAbd Al-Hadi, Opt.cit (m.s 19)

[12] Ibid

[13] Lihat: Al-Nadwi, Abu Al-Hasan bAli Al-Hasani, Al-Hafiz Ahmad Bin Taymiyyah. (m.s 315-338), Kuwait: Dar Al-Qalam, Ctk. Keempat (1993M-1313H)

[14] Ibid

[15] Lihat: Ibn Taymiyyah, Muqaddimah fi Usul Al-Tafsir. Beirut: Dar Al-Qurban Al-Karim, (t.t)

[16] Ibn bAbd Al-Hadi, Opt.cit (m.s 377)

[17] Lihat huraian beliau tentang imam-imam mazhab yang empat di dalam: Rafb Al-Malam ban Abimmah Al-Ablam, Maktabah Ibn Taymiyyah, (t.t)

[18] Ibn Taymiyyah. Minhaj Al-Sunnah fi Naqd Kalam Al-Syibah wa Al-Qadariyyah. (2/288), Kaherah: Maktabah Dar Al-bUrubah, (1221H).

[19] Lihat: Gibb, H.A.R.& J.H Kramer. Encyclopedia of Islam. (m.s 227-228), Leiden: E.J Brill, (1953).

[20] Lihat: Al-Nadwi, Opt.citB (m.s 199-200)

[21] Ibn Taymiyyah, Al-Radd bala Al-Mantiqiyyin (2/131) danB Al-Muwafaqah (1/88-89)

[22] Ibn Taymiyyah, Tafsir Surah Al-Ikhlas (m.s 57) dan Al-Radd (2/134)

[23] Lihat: Thomas F. Michel, S.J., A Muslim Theologianbs Response to Christianity. (m.s 15), New York: Caravan Book, (1984)

[24] Lihat: Nasr, Seyyed Hossein, An Introduction To Islamic Cosmological Doctrines. (m.s 182), State University of New York Press, (1993)

[25] Mereka adalah pengikut Jahm Bin Safwan yang menganut fahaman Al-Jabariyyah dan muncul di Tirmidh. Lihat: Al-Syahrastani, Muhammad Bin bAbd Al-Karim. Al-Milal wa Al-Nihal (1/73), Beirut: Dar Al-Kutub Al-bIlmiyyah, Ctk. Kedua (1992).

[26] Ibn Kathir. Opt.cit (12/166)

[27] Ibid. (13/340)

[28] Ibid. (13/213)

[29] bAin Jalut ialah sebuah tempat di Palestin. Peperangan yang berlaku pada bulan Ramadan 658H telah dirakam dalam sejarah sebagai detik gemilang yang dicapai oleh kerajaan Mamlukiy; kerana berjaya menghalang Tartar daripada menakluki bumi umat Islam sekaligus menyekat kemaraan mereka daripada memasuki Eropah.

[30] Ibn Kathir. Opt.cit (14/25-28)

[31] Ahli Dhimmah ialah orang-orang bukan Islam yang bernaung di bawah kerajaan Islam dengan penuh taat setia.

[32] Ibn Kathir, Opt.cit (14/18)

[33] Mereka ini adalah sebahagian daripada puak-puakB Syiah yang ekstrim lagi sangat berbeza dengan ahli Al-Sunnah wa Al-Jama’ah.

[34] Lihat: Ibn Kathir, Opt.cit

[35] Tajsim ialah satu kepercayaan bahawa Allah S.W.T mempunyai jasad dan anggota tubuh seperti manusia.

[36] Hama ialah sebuah bandar yang terletak di sebelah utara Syria sekarang.

[37] Ibn Kathir, Opt. Cit (14/4-5)

[38] Ibid. (14/12)

[39] Ibid. (14/38)

[40] Ibid. (14/40)

[41] Sultan Al-Mansur Saif Al-Din Qalawun ialah pemerintah kerajaan Mamlukiy di antara tahun 678-689H.

[42] Opt.cit (14/46-53)

[43] Al-Sabbiniyyah ialah kelompok sufi pengikut bAbd Al-Haq Bin Ibrahim yang dikenali sebagai Ibn Sabbin (668H) dan Al-bArabiyyah ialah pengikut Abu bAbd Allah Muhammad Bin bAli Bin Muhammad yang dikenali sebagai Al-Syeikh Al-Akbar Muhyi Al-Din (Penghidup Agama) Ibn bArabi (638H) tetapi digelar oleh Ibn Taymiyyah sebagai Mumit Al-Din (Pemati Agama).

Lihat: Ibid. (13/167&275)

[44] Ibid (14/69)

[45] Ibid (14/89) dan lihat contoh fatwa tersebut dalam: Kutub wa Rasabil wa Fatawi Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah (m.s 38 & 91) Maktabah Ibn Taymiyyah, Ctk. Kedua (t.t)

[46] Ibn Kathir, Opt. cit (14/127-129)

[47] Ibn Taymiyyah, Al-Fatawi (2/119)

[48] Perkataan Hanbali ini turut merujuk kepada sikap Imam Ahmad yang sangat tegas dalam polemik dengan Muktazilah tentang adakah Al-Quran itu qadim atau baharu, makhluk atau bukan? Beliau sangup dipenjara dan disiksa semata-mata mempertahankan pandangannya. Ini menyebabkan siapa sahaja yang mempunyai pendirian yang keras akan digelar Hanbali. Selain itu, mazhab Hanbali ini juga digelar oleh musuh-musuhnya sebagai Hasywiyyah atau Mujassimah.

[49] Hadith riwayat Al-Bukhari no. 2509 dan 3451 ?

[50] Ibn Taymiyyah, Majmubah Al-Rasabil Al-Kubra (1/16-17)

[51] Ibn Kathir, Opt.cit (14/141-146).

[52] Lihat: Al-Syawkani, Opt.cit

[53] Lihat: Al-Dhahabi, Opt.cit

Leave a Reply


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05