Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
February 23, 2012
[JOMBELAJARADAB][KITAB AL-ADAB AL-MUFRAD IMAM AL-BUKHARI]
Berbuat baiklah kepada ibu bapa.
Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: Aku pernah bertanya kepada Nabi s.a.w: Amalan apakah yang paling dicintai Allah ‘Azza wa jalla. Baginda s.a.w menjawab: Solat pada waktunya. Aku bertanya lagi: Selepas itu amalan apa lagi? Baginda s.a.w menjawab: Berbuat baik kepada ibu bapa. Aku bertanya lagi: Selepas itu amalan apa lagi? Baginda s.a.w menjawab: Jihad di jalan Allah.
Abdullah bin Mas’ud r.a berkata: Baginda s.a.w memberitahu ku semua itu, seandainya aku bertanya lagi, nescaya baginda s.a.w akan menambah lagi (jawapannya kepadaku).
[Sahih al-Adab al-Mufrad: 1]
Abdullah bin Umar r.a berkata: Keredhaan Tuhan terdapat pada keredhaan ibu bapa. Kemurkaan Tuhan terdapat pada kemurkaan ibu bapa.
[Sahih al-Adab al-Mufrad: 2]





