5 Faedah Puasa Enam Di Bulan Syawal

September 28, 2009

Alhamdulillah, kita saat ini telah berada di bulan Syawal. Kita juga sudah mengetahui ada amalan utama di bulan ini iaitu puasa enam hari di bulan Syawal. Apa saja faedah melaksanakan puasa tersebut? Itulah yang akan kami hadirkan ke tengah-tengah pembaca pada kesempatan kali ini. Semoga bermanfaat.

Faedah pertama: Puasa syawal akan menggenapkan ganjaran berpuasa setahun penuh

Nabi shallallahu balaihi wa sallam bersabda,

???? ????? ????????? ????? ?????????? ?????? ???? ???????? ????? ????????? ?????????

bBarangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.b[1]

Para ulama mengatakan bahawa berpuasa seperti setahun penuh asalnya kerana setiap kebaikan sama dengan sepuluh kebaikan yang semisal. Bulan Ramadhan (puasa sebulan penuh, -pen) sama dengan (berpuasa) selama sepuluh bulan (30 x 10 = 300 hari = 10 bulan) dan puasa enam hari di bulan Syawal sama dengan (berpuasa) selama dua bulan (6 x 10 = 60 hari = 2 bulan).[2] Jadi seolah-olah jika seseorang melaksanakan puasa Syawal dan sebelumnya berpuasa sebulan penuh di bulan Ramadhan, maka dia seperti melaksanakan puasa setahun penuh. Hal ini dikuatkan oleh sabda Rasulullah shallallahu balaihi wa sallam,

???? ????? ??????? ???????? ?????? ????????? ????? ??????? ????????? (???? ????? ????????????? ?????? ?????? ????????????) B;

bBarangsiapa berpuasa enam hari setelah Idul Fitri, maka dia seperti berpuasa setahun penuh. [Barangsiapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan semisal][3].b[4] Satu kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan semisal dan inilah balasan kebaikan yang paling minima.[5] Inilah nikmat yang luar biasa yang Allah berikan pada umat Islam.

Cara melaksanakan puasa Syawal adalah:

1. Puasanya dilakukan selama enam hari.
2. Lebih utama dilaksanakan sehari setelah Idul Fithri, namun tidak mengapa jika diakhirkan asalkan masih di bulan Syawal.
3. Lebih utama dilakukan secara berurutan namun tidak mengapa jika dilakukan tidak berurutan.
4. Usahakan untuk menunaikan qadhab puasa terlebih dahulu agar mendapatkan ganjaran puasa setahun penuh. Dan ingatlah puasa Syawal adalah puasa sunnah sedangkan qadhab Ramadhan adalah wajib. Sudah semestinya ibadah wajib lebih didahulukan daripada yang sunnah.

Faedah kedua: Puasa syawal seperti halnya shalat sunnah rawatib yang dapat menutup kekurangan dan menyempurnakan ibadah wajib

Yang dimaksudkan di sini bahawa puasa syawal akan menyempurnakan kekurangan-kekurangan yang ada pada puasa wajib di bulan Ramadhan sebagaimana shalat sunnah rawatib yang menyempurnakan ibadah wajib. Amalan sunnah seperti puasa Syawal nantinya akan menyempurnakan puasa Ramadhan yang seringkali ada kekurangan di sana-sini. Inilah yang dialami setiap orang dalam puasa Ramadhan, pasti ada kekurangan yang mesti disempurnakan dengan amalan sunnah.[6]

Faedah ketiga: Melakukan puasa syawal merupakan tanda diterimanya amalan puasa Ramadhan

Jika Allah subhanahu wa tabala menerima amalan seorang hamba, maka Dia akan menunjuki pada amalan soleh selanjutnya. Jika Allah menerima amalan puasa Ramadhan, maka Dia akan tunjuki untuk melakukan amalan soleh lainnya, di antaranya puasa enam hari di bulan Syawal.[7] Hal ini diambil daripada perkataan sebahagian salaf,

???? ??????? ?????????? ?????????? ?????????? ?????? ??????? ???????????? ???????????? ?????????

bDi antara balasan kebaikan adalah kebaikan selanjutnya dan di antara balasan keburukan adalah keburukan selanjutnya.b[8]

Ibnu Rajab menjelaskan hal di atas dengan perkataan salaf lainnya, bBalasan dari amalan kebaikan adalah amalan kebaikan selanjutnya. Barangsiapa melaksanakan kebaikan lalu dia melanjutkan dengan kebaikan lainnya, maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama. Begitu pula barangsiapa yang melaksanakan kebaikan lalu malah dilanjutkan dengan amalan keburukan, maka ini adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan kebaikan yang telah dilakukan.b[9]

Renungkanlah! Bagaimana lagi jika seseorang hanya rajin shalat di bulan Ramadhan (rajin shalat bermusim), namun setelah Ramadhan shalat lima waktu begitu dilalaikan? Pantaskah amalan orang tersebut di bulan Ramadhan diterima?!

Al Lajnah Ad Da-imah Lil Buhuts bIlmiyyah wal Iftab (Majlis fatwa Arab Saudi) mengatakan, bAdapun orang yang melakukan puasa Ramadhan dan mengerjakan shalat hanya di bulan Ramadhan saja, maka orang seperti ini bererti telah melecehkan agama Allah. (Sebahagian salaf mengatakan), bSejelek-jelek kaum adalah yang mengenal Allah (rajin ibadah, pen) hanya pada bulan Ramadhan saja.b Oleh kerana itu, tidak sah puasa seseorang yang tidak melaksanakan shalat di luar bulan Ramadhan. Bahkan orang seperti ini (yang meninggalkan shalat) dinilai kafir dan telah melakukan kufur akbar, walaupun orang ini tidak menentang kewajipan shalat. Orang seperti ini tetap dianggap kafir menurut pendapat ulama yang paling kuat.b[10] Hanya Allah yang memberi taufik.

Faedah keempat: Melaksanakan puasa syawal adalah sebagai bentuk syukur pada Allah

Nikmat apakah yang disyukuri? Iaitu nikmat ampunan dosa yang begitu banyak di bulan Ramadhan. Bukankah kita telah ketahui bahawa melalui amalan puasa dan shalat malam selama sebulan penuh adalah sebab datangnya ampunan Allah, begitu pula dengan amalan menghidupkan malam lailatul qadr di akhir-akhir bulan Ramadhan?!

Ibnu Rajab mengatakan, bTidak ada nikmat yang lebih besar dari pengampunan dosa yang Allah anugerahkan.b[11] Sampai-sampai Nabi shallallahu balaihi wa sallam pun yang telah diampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan akan datang banyak melakukan shalat malam. Ini semua beliau lakukan dalam rangka bersyukur atas nikmat pengampunan dosa yang Allah berikan. Ketika Nabi shallallahu balaihi wa sallam ditanya oleh isteri tercinta beliau iaitu bAisyah radhiyallahu banha mengenai shalat malam yang banyak beliau lakukan, beliau pun mengatakan,

??????? ??????? ???? ??????? ??????? ????????

bTidakkah aku senang menjadi hamba yang bersyukur?b[12]

Begitu pula di antara bentuk syukur kerana banyaknya ampunan di bulan Ramadhan, di penghujung Ramadhan (di hari Idul fithri), kita dianjurkan untuk banyak berzikir dengan mengangungkan Allah melalu bacaan takbir bAllahu Akbarb. Ini juga di antara bentuk syukur sebagaimana Allah Tabala berfirman,

?????????????? ?????????? ??????????????? ??????? ????? ??? ????????? ????????????? ???????????

bDan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu bertakwa pada Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.b (QS. Al Baqarah: 185)

Begitu pula para salaf seringkali melakukan puasa di siang hari setelah di waktu malam mereka diberi taufik oleh Allah untuk melaksanakan shalat tahajud.

Ingatlah bahawa rasa syukur mestilah diwujudkan setiap saat dan bukan hanya sekali saja ketika mendapatkan nikmat. Namun setelah mendapatkan satu nikmat, kita perlu pada bentuk syukur yang selanjutnya. Ada babit syabir yang cukup bagus: bJika syukurku pada nikmat Allah adalah suatu nikmat, maka untuk nikmat tersebut dimestikan untuk bersyukur dengan nikmat yang semisalnyab.

Ibnu Rajab Al Hambali menjelaskan, bSetiap nikmat Allah berupa nikmat agama maupun nikmat dunia pada seorang hamba, semua itu patutlah disyukuri. Kemudian taufik untuk bersyukur tersebut juga adalah suatu nikmat yang juga patut disyukuri dengan bentuk syukur yang kedua. Kemudian taufik dari bentuk syukur yang kedua adalah suatu nikmat yang juga patut disyukuri dengan syukur lainnya. Jadi, rasa syukur akan ada terus sehingga seorang hamba merasa tidak mampu untuk mensyukuri setiap nikmat. Ingatlah, syukur yang sebenarnya adalah apabila seseorang mengetahui bahawa dirinya tidak mampu untuk bersyukur (secara sempurna).b[13]

Faedah kelima: Melaksanakan puasa syawal menandakan bahawa ibadahnya berterusan dan bukan bermusim saja[14]

Amalan yang seseorang lakukan di bulan Ramadhan tidaklah berhenti setelah Ramadhan itu berakhir. Amalan tersebut semestinya berlangsung terus selama seorang hamba masih menarik nafas kehidupan.

Sebahagian manusia begitu bergembira dengan berakhirnya bulan Ramadhan kerana mereka merasa berat ketika berpuasa dan merasa bosan ketika menjalaninya. Siapa yang memiliki perasaan semacam ini, maka dia terlihat tidak akan bersegera melaksanakan puasa lagi setelah Ramadhan kerana kepenatan yang dia alami. Jadi, apabila seseorang segera melaksanakan puasa setelah hari bied, maka itu merupakan tanda bahawa dia begitu semangat untuk melaksanakan puasa, tidak merasa berat dan tidak ada rasa benci.

Ada sebahagian orang yang hanya rajin ibadah dan shalat malam di bulan Ramadhan saja, lantas dikatakan kepada mereka,

??? ????? ?? ?????? ??? ??? ??? ?? ??? ????? ?? ?????? ???? ????? ? ????? ????? ????

bSejelek-jelek orang adalah yang hanya rajin ibadah di bulan Ramadhan saja. Sesungguhnya orang yang soleh adalah orang yang rajin ibadah dan rajin shalat malam sepanjang tahunb. Ibadah bukan hanya di bulan Ramadhan, Rajab atau Syabban saja.

Asy Syibliy pernah ditanya, bBulan manakah yang lebih utama, Rajab ataukah Syabban?b Beliau pun menjawab, bJadilah Rabbaniyyin dan janganlah menjadi Syabbaniyyin.b Maksudnya adalah jadilah hamba Rabbaniy yang rajin ibadah di setiap bulan sepanjang tahun dan bukan hanya di bulan Syabban saja. Kami juga dapat mengatakan, bJadilah Rabbaniyyin dan janganlah menjadi Romadhoniyyin.b Maksudnya, beribadahlah secara berterusan sepanjang tahun dan jangan hanya di bulan Ramadhan saja. Semoga Allah memberi taufik.

bAlqomah pernah bertanya pada Ummul Mukminin bAisyah mengenai amalan Rasulullah shallallahu balaihi wa sallam, bApakah beliau mengkhususkan hari-hari tertentu untuk beramal?b bAisyah menjawab,

???. ????? ???????? ???????

bBeliau tidak mengkhususkan waktu tertentu untuk beramal. Amalan beliau adalah amalan yang berterusan).b[15]

Amalan seorang mukmin hanyalah berakhir ketika ajal menjemput. Al Hasan Al Bashri mengatakan, bSesungguhnya Allah Tabala tidaklah menjadikan ajal (waktu akhir) untuk amalan seorang mukmin selain kematian.b Lalu Al Hasan membaca firman Allah,

????????? ??????? ?????? ?????????? ??????????

bDan sembahlah Rabbmu sampai datang kepadamu al yaqin (yakni ajal).b (QS. Al Hijr: 99).[16] Ibnu bAbbas, Mujahid dan majoriti ulama mengatakan bahawa bal yaqinb adalah kematian. Dinamakan demikian kerana kematian itu sesuatu yang diyakini pasti terjadi. Az Zujaaj mengatakan bahawa makna ayat ini adalah sembahlah Allah selamanya. Ahli tafsir lainnya mengatakan, makna ayat tersebut adalah perintah untuk beribadah kepada Allah selamanya, sepanjang hidup.[17]

Sebagai penutup, perhatikanlah perkataan Ibnu Rajab berikut, bBarangsiapa melakukan dan menyelesaikan suatu ketaaatan, maka di antara tanda diterimanya amalan tersebut adalah dimudahkan untuk melakukan amalan ketaatan lainnya. Dan di antara tanda tertolaknya suatu amalan adalah melakukan kemaksiatan setelah melakukan amalan ketaatan. Jika seseorang melakukan ketaatan setelah sebelumnya melakukan keburukan, maka kebaikan ini akan menghapuskan keburukan tersebut. Yang sangat bagus adalah mengikutkan ketaatan setelah melakukan ketaatan sebelumnya. Sedangkan yang paling jelek adalah melakukan keburukan setelah sebelumnya melakukan amalan ketaatan. Ingatlah bahawa satu dosa yang dilakukan setelah bertaubat lebih jelek dari 70 dosa yang dilakukan sebelum bertaubat. … Mintalah pada Allah agar diteguhkan dalam ketaatan hingga kematian menjemput. Dan mintalah perlindungan pada Allah dari hati yang terombang-ambing.b[18]

Semoga Allah sentiasa memberi taufik kepada kita untuk istiqomah dalam ketaatan hingga maut menjemput. Hanya Allah yang memberi taufik. Semoga Allah menerima amalan kita semua di bulan Ramadhan dan memudahkan kita untuk menyempurnakannya dengan melakukan puasa Syawal.

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

Diselesaikan di Batu Merah, kota Ambon, 4 Syawal 1430 H

***

Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal

Ertikel www.muslim.or.id

[1] HR. Muslim no. 1164, dari Abu Ayyub Al Anshori

[2] Syarh Muslim, 4/186, Mawqib Al Islam, Asy Syamilah.

[3] QS. Al Anbam ayat 160.

[4] HR. Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban, dari Tsauban bbekas budak Rasulullah shallallahu balaihi wa sallam. Syaikh Al Albani mengatakan bahawa hadits ini shahih. Lihat Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 1007.

[5] Lihat Fathul Qodir, Asy Syaukani, 3/6, Mawqib At Tafaasir, Asy Syamilah dan Taisir Al Karimir Rahman, bAbdurrahman bin Nashir As Sabdi, hal. 282, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, 1420 H.

[6] Lihat Latho-if Al Mabarif, Ibnu Rajab Al Hambali, hal. 394, Daar Ibnu Katsir, cetakan kelima, 1420 H [Tahqiq: Yasin Muhammad As Sawaas]

[7] -idem-

[8] Tafsir Al Qurban Al bAzhim, Ibnu Katsir, 8/417, Daar Thoyyibah, cetakan kedua, 1420 H [Tafsir Surat Al Lail]

[9] Latho-if Al Mabarif, hal. 394.

[10] Fatawa Al Lajnah Ad Da-imah Lil Buhuts Ilmiyyah wal Iftab, pertanyaan ke-3, Fatawa no. 102, 10/139-141

[11] Latho-if Al Mabarif, hal. 394.

[12] HR. Bukhari no. 4837 dan Muslim no. 2820.

[13] Lihat Latho-if Al Mabarif, hal. 394-395.

[14] Perbahasan berikut kami olah dari Latho-if Al Mabarif, hal. 396-400

[15] HR. Bukhari no. 1987 dan Muslim no. 783

[16] Latho-if Al Mabarif, hal. 398.

[17] Lihat Zaadul Masiir, Ibnul Jauzi, 4/79, Mawqib At Tafaasir, Asy Syamilah

[18] Latho-if Al Mabarif, hal. 399.

http://www.rumaysho.com/hukum-islam/puasa/2712-lima-faedah-puasa-syawal.html

Leave a Reply


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05