Peluang Melanjutkan Pelajaran Di Mekah Selama Setahun
August 1, 2010السلام عليكام ورحمة الله وبركاته
Yayasan Kebajikan Nusantaran (YAKIN) dengan kerjasama Perikatan Islam Sedunia (Rabithah al-’Alam al-Islami) mengajak saudara-saudara sekalian untuk mendaftar sebagai penuntut ilmu di Akademi Dakwah di bawah kelolalan Rabithah al-Islami di Makkah al-Mukarramah.
Program ini telah berjalan semenjak beberapa tahun sebelum ini, dan pihak YAKIN telah menghantar beberapa orang pelajar dari Malaysia untuk belajar di sana selama setahun.
Di dalam akademi ini, pelajar-pelajar akan belajar subjek-subjek akidah, syariah, hadis, tafsir dan lain-lain. Boleh dikatakan bahawa dalam tempoh setahun, para pelajar akan berjaya menamatkan pengajian dengan subjek-subjek yang dipelajari di IPT-IPT tempatan selama 3 tahun.
Siapakah yang layak?
Tawaran ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, dengan syarat, mereka hendaklah orang-orang yang aktif di dalam kegiatan dakwah Islamiah, dan mampu membawa pulang ilmu yang dipelajari untuk manfaat rakyat Malaysia umumnya, dan khususnya untuk membantu kerja-kerja dakwah yang dilakukan di Malaysia oleh Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN).
Permohonan ini hanya terbuka untuk pelajar-pelajar lelaki sahaja.
Syarat-syarat permohonan:
- Muslim;
- Mahir berbahasa Arab;
- Mempunyai sijil menengah agama; atau sebarang kelayakan bahasa Arab dari institusi-institusi yg diiktiraf (para graduan universiti juga dialu-alukan memohon);
- Bersedia berkhidmat utk YAKIN dalam aktiviti-aktiviti dakwah bila mana diperlukan;
- Mendokong sepenuhnya penyebaran manhaj ASWJ…
Untuk sesi kali ini, para pelajar akan memulakan pengajian di Makkah al-Mukarramah pada tahun 2011, di antara bulan Julai ke Ogos.
Bagaimana mahu mendaftar?
Emelkan maklumat-maklumat di bawah kepada wakil YAKIN, Saudara Wan Norhaziki di alamat emel wannorhaziki@yahoo.com:
Maklumat yang diperlukan:
a) Resume/CV tentang diri:-
Profil diri seperti nama penuh, alamat, no telefon, emel, pendidikan, pengalaman di dalam bidang dakwah, dan lain-lain yang relevan.
b) Tazkiah/Recommendation daripada mana-mana mashaikh, ataupun asatizah adalah lebih digalakkan untuk disertakan.
Tarikh tutup:
Tarikh akhir untuk menghantar maklumat-maklumat berikut kepada Saudara Wan Norhaziki ialah pada 5 Ogos 2010 (Khamis). Hanya mereka yang terpilih dalam senarai awal akan dipanggil untuk melalui sesi temuduga dengan pihak YAKIN.
Maklumat tambahan:
- Jangkamasa program ialah selama 1 tahun;
- Asrama disediakan;
- Tiada yuran pengajian dikenakan. Setiap yang terpilih akan mendapat biasiswa di bawah tajaan sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi, termasuk tiket kapal terbang pergi-balik.
- Berpeluang menuntut ilmu dengan ulama’ besar+umrah+haji secara percuma







