Laporan Ringkas FORUM Gerakan Tajdid dan Majlis Iftar UIAM (2006)

October 15, 2008

Bertempat diB Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Gombak, sambutan diterima amat mengejutkanB dengan paraB peserta memenuhi ruang bawah dan atas auditorium. Majlis turut dihadiri oleh Felo Amat Utama Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC), Dr Muhammad Uthman el-Muhammady, sebagai ahli Forum. YBhg. (kini Yang Berhormat) Dr Lo’Lo’ Dato’ Hj Ghazali, Pengerusi Badan Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, turut hadir sebagai tanda sokongan. Juga penaja utama, Saudara Ahmad Yani dari Kumpulan Karangkraf yang sentiasa padu memberi sokongan kepada aktiviti dan program-program Tajdid. Majlis Forum dan Iftar dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Rahmattullah Khan dari Pusat Psikologi Gunaan, UIAM yang turut serta sebagai penganjur bersama.

Sesi satu: 3:00 ptg – 4:30 ptg

Setiap Forumer diberi 20 minit penyampaian.

Forumer 1: Protaz Mohd Yaacob Mohd Yunus
Naib Presiden Perbankan Affin

Tajuk: Manhaj Tajdid salaf: Tarbiyah & Tasyfiyah
Gagasan tajdid dari Najd atau semenanjung Tanah Arab ini diperkenalkan secara manhaj tajdid oleh al-Muhaddith Nasiruddin al-Albani rahimahullah.

Tasyfiyah menurut al-Albani ialah pemurnian Islam daripada apa-apa jua yang asing daripadanya, manakala Tarbiyah ialah pembinaan generasi tajdid di atas pemurnian itu. Ruang lingkup tasyfiyah ialah akidah, hukum, sunnah, fiqh, tafsir, tazkiyah, fikrah, sejarah, dakwah, dan bahasa Arab. Oleh kerana masa yang terhad, Syaikh Akob al-Mandeeli tidak dapat menghuraikan pembentangannya dengan sempurna. Apapun, pihak Karangkraf khabarnya akan menerbitkan buku sempena Forum Tajdid ini.

Forumer 2: Protaz Tuan Hasan Tuan Lah
Moderator Laman Web Al-Ahkam.Net

Tajuk: Menyoroti semula Dokumen Tajdid pergerakan Ikhwani: Usyul Isyriin (Usul 20)

Jika Sdr Mohd Yaacob menghidangkan manhaj tajdid dari Saudi, THTL pula membentangkan manhaj tajdid dari Mesir, iaitu dari gerakan Islam paling senior dan paling berpengaruh, pergerakan Ikhwan. Ini cuma suatu imbasan sejarah dan kita ingin belajar daripada dua manhaj tajdid yang begitu berpengaruh dewasa ini. Walaupun dua aliran ini (Saudi dan Mesir) tidak sehaluan, tetapi sebagai generasi Islam yang ingin melihat kematangan dalam kebangkitan Islam, maka Forum ini ingin mengajak ahli forum khususnya warga UIAMB untuk menyoroti gagasan kedua-dua aliran tersebut.

Usul 20 adalah suatu seruan penyatuan daripada Ustaz Hassan al-Banna kepada semua pergerakan Islam di Mesir dan dunia Islam khasnya kerana kelemahan umat Islam seputar 1920an iaitu masalah akidah dan kefahaman. Untuk meletakkan landasan kebangkitan semula Islam, Ust al-Banna menggariskan Usul 20 pada tahun 1942 sebagai suatu semakan kepada semua pekerja Islam tidak kira apa jua aliran dan manhajnya untuk menyemak asas kefahaman terhadap Islam.

Usyul Isyreen adalah mengenai kefahaman dan kefahaman adalah buah dari ilmu dan dari kefahaman, maka langkah tajdid dapat diteruskan.

Usyul pertama daripada 20 ialah: Islam adalah sistem hidup yang syumul yang merangkumi 22 perkara yang menjadikan Islam itu syumul. Perkara utama dalam pendefinisian semula Islam syumul menurut al-Banna ialah Islam adalah sistem politik (negara, wathan, dan ummat). Ini kerana semasa kebangkitan Ikhwan, itu ialah era politik mula dipisahkan dari agama oleh Attaturk dan Ali Abdul Raziq. Pembentang tidak sempat masuk dalam 19 lagi usul kerana masa cuma 20 minit.

Forumer 3: Ust Maszlee Malik,
Tokoh pembebasan al-Quds Malaysia dan Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, UIAM.

Tajuk asal beliau ialah Tajdid Minda Melayu, tapi melihat suasana semasa beliau mengubah tajuk kepada menyorot gerakan tajdid secara umum.B AtasB kelebihan UIAMB sebagai tuan rumah, Ust Maszlee mengambil masa yang agak lama sehingga 4:40 petang menyoroti sejarahB Mujaddid (reformis agama) dari era Muhammad Abdul Wahab, Muhammad Abduh, Rashid Ridha, Hasan al-Banna, bahkan lebih dulu daripada itu, zaman Umar Abdul Aziz, Imam-imam madzhab, Ibn Taymiyah, al-Suyuthi dan al-Syaukani. Sesuatu yang penting tidak kira sama ada dari aliran Saudi atau Mesir,B yang terbaik daripada pengalaman mereka itulah yang harus diteladani, ujar beliau. Kertas kerja beliau juga akan dibukukan.

Majlis bersurai untuk solat Asar tanpa sesi soal-jawab.

Sessi Kedua FORUM: Barisan Elit

Sesi kedua bermula pada jam 5:00 petang dan ini adalah sesi yg dinanti-nantikan kerana barisan forumersnya yang hebat sekali.

Forumer #1: Felo ISTAC, Dr Uthman el-Muhammady dengan tajuk Tajdid dalam Peradaban (hadhari). Beliau bermula dengan rentak perlahan sebagai seorang syaikh. Mula-mula mengulas mengenai hadith Abu Daud seputar setiap 100 tahun Allah akan bangkitkan seorang mujaddid. Oleh sebab kekangan masa 10 minit seorang, maka Dr uthman hanya menyebut beberapa poin penting untuk menjayakan tajdid peradaban, seperti akidah, ibadah, tsaaqafah dan antara cara yang ditekankan ialah tajdid itu dalam rangka keta’atan kepada ulil amri; pemimpin.

Sebelum menamatkan ceramahnya, Dr Uthman mengejutkan semua yang hadir kerana beliau skeptikal dengan Muhammad Abdul Wahab dan Ibn Taymiyah. Beliau juga menempelak pembahagian tauhidB kepada tiga: rububiyah, uluhiyah dan asma’ wassifaat yang dikatakan tidak dikenaliB paza zaman assalafussoleh.

Forumer #2: Ustazah Rosmalizawati dari UIAM. beliau merupakan panelis yang ditambah di saat akhir bertajuk: Peranan Muslimat dalam Arus Tajdid. Kita merasa terharu, kerana sejak Forum Tajdid edisi pertama, peranan muslimat dalam arus tajdid tidak disuarakan. beliau menjelaskan peranan wanita dalam menjayakan arus kebangkitan Islam yakni menjadi penolong kepada kaum Adam dgn sebaiknya terutama dalam aspek tarbiyah.

Forumer #3 : Prof Madya Dr Farouk Musa, feloB Muslim Profesional Forum (MPF)B dengan tajuk dalam bahasa Inggeris: Tajdid Politik. Ini suatu tajuk yang amat menarik kerana ia mencari jalan tengah kepada dua aliran yang ekstrim: satu golongan yang menolak demokrasi Barat 100% dan mengkufurkan siapa yang berjuang atas nama demokrasi. Juga satu aliran yang mendokong demokrasi 100%. Dr Farouk menyoroti tokoh-tokoh yang menimbang demokrasi dan menerima pemakaiannya dengan bijaksana. Dua tokoh yang telah dilupakan oleh aktivis dakwah ialah tokoh Afrika Utara: Malik Ben Nabi dan Rachid Ganousi, selain daripadaB Sheikh Dr Yusof alQaradhawi.

Forumer #4: YBhg, Sahibul SamahahB Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang membawa tajuk Gerakan Tajdid di Malaysia. Penampilan Dr MohdB Asri merupakan kemuncak sesi Forum Tajdid II. Ia amat dinanti-nantikan kerana beliau berperanan menjadi anchor kepada Forum ini, merumus dan mengulas bagi kesemua isu yang dibangkitkan. Namun, kenyataan daripada Dr Uthman el-Muhammady berhubung Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dan Muhammad Abdul Wahab telah menjejaskan tumpuan beliau mengupas isu tajdid. Beliau menjawab isu Muhammad Abdul Wahab dan siapakah Syaikhul Islam Ibn taymiyah. Beliau juga menjawab isu tawhid pecah tiga yang kononnya diperkenalkan oleh Syaikhul Islam Ibn taymiyah. Beliau menjelaskan beliau tidak suka menjelaskan isu ini dalam majlis seperti ini lebih-lebih lagi di bulan puasa, tetapi terpaksa menjelaskan demi kebenaran dan atas nama akhlak kepada orang yang sudah mati.

Mengenai femonena gerakan tajdid di Malaysia, SS mengajak peserta forum tajdid membuka sikap dan minda dengan terbuka kepada semua gerakan Islam yang bergerak dalam ruang lingkup Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menyeru semua pendokong gerakan Islam supaya menjauhi kepompong keakuan dan bekerja dalam SILO, yakni jama’ah akulah yang paling benar.

Majlis berakhir tepat jam 6:30 petang, tanpa ada ruang lagi untuk sesi soal-jawab. Rata-rata peserta berpuas hati dan jelasB serta merasakan tiada soalan yang perlu diajukan.

Comments are closed.


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05