Laporan Kursus Kesempurnaan Solat di HQ Toyota

June 19, 2010

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Alhamdulillah, sepanjang bulan April sehingga bulan Jun. Beberapa aktiviti dakwah telah dijalankan oleh INTIS Consultant. Di antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah Kursus Pengurusan Jenazah di Surau Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Kursus Pengurusan Jenazah di Universiti Islam Antarabangsa Gombak, dan Kursus Pemantapan Solat di HQ kilang Toyota di Shah Alam.

—————–

Kursus Kesempurnaan Solat di HQ Toyota telah berjalan dengan baik sekali. Peserta menjangkau 60 orang yang terdiri daripada kakitangan kilang Toyota dan anak-anak mereka. Peserta telah dibahagikan kepada dua kategori, iaitu dewasa dan remaja/kanak-kanak.

Golongan dewasa ditempat di dalam satu dewan yang berasingan daripada golonga remaja dan kanak-kanak. Ini kerana method penyampaian juga berbeza. Bagi golongan dewasa, kami menggunakan method kuliah dan sesi soal jawab, dengan dibantu beberapa model yang menunjukkan cara bersolat. Bagi peserta remaja dan kanak-kanak, mereka dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil mengikut umur dan jantina. Mereka akan dibimbing oleh para fasilitator.

Topik yang dibincangkan bagi kategori dewasa ialah:

Slot 1: Kepentingan solat, hukum meninggalkan solat, dan panduan mencapai khusyuk di dalam solat.

Slot 2: Tatacara bersuci dan bersolat beserta dalil-dalilnya.

Slot 3: Rukhsah-rukhsah di dalam solat [ Jama' dan Qasar, ibadah ketika sakit dan lain-lain ].

Di bawah ini merupakan beberapa komen yang diberikan oleh peserta Kursus Kesempurnaan Solat-

-Program ini sangat bermakna kepada saya, dan ia akan dipraktikkan untuk saya dan keluarga saya juga orang-orang yang terdekat-

-Boleh diadakan program-program sebegini lagi, dan panjangkan waktu ceramah kerana masa yang diambil sangat singkat-

-Menarik dan perlu diteruskan program-program sebegini-

-Exceeded expectation! Alhamdulillah…Walaupun dengan bayaran yang sedikit. Penyampain, komitmen anda sangat baik. Allah sahaja yang dapat membalasnya. Jutaan terima kasih kepada semua-

-Amat sesuai program ini untuk diteruskan dengan waktu 3 hari 2 malam dengan mengkhususkan 1 topik, contohnya solat dan lain-lain-

-Program ini perlu diteruskan dari semasa ke semasa-

-Kursus ini banyak manfaat-

-Bagus! Meningkatkan pengetahuan tentang solat. Harap diteruskan pada lain masa-

-Program ini patut diteruskan untuk menerapkan kesedaran kepada semua-

Untuk melihat lebih banyak gambar, sila klik link di bawah

http://www.facebook.com/album.php?aid=437738&id=594980651&ref=mf

Leave a Reply


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05