Laporan Daurah Akidah, Manhaj dan Dakwah (2007)

October 15, 2008

Alhamdulillah, Institut Imam Syafie (INTIS) dan Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN) telah berjaya menganjurkan Daurah Akidah, Manhaj dan Dakwah di Kajang. Daurah pada kali ini telah menarik minat hampir 100 orang peserta yang hadir dari berbagai-bagai institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Pusat Asasi UIA, Kolej Islam Antarabangsa, Kelantan (KIAS), Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Multimedia Universiti (MMU) dan lain-lain. Bahkan daurah ini turut disertai pelajar-pelajar Malaysia di Timur Tengah seperti Jordan dan Mesir yang pulang bercuti di Malaysia. Peserta lelaki menjangkau 80 orang dan perempuan pula lebih kurang 25 orang.

B

B

Daurah ini bermula pada hari Khamis, 30 Ogos 2007. Mulai petang Khamis peserta sudah mula berpusu-pusu hadir. Dan bertambah ramai pada sebelah malamnya. Sesi pertama dimulakan dengan solat Isyak berjemaah, dan selepas itu menjamu selera untuk makan malam. Kuliah yang pertama disampaikan oleh Shaikh Dr. Abd al-Aziz al-Jufairi dari Universiti Ummul Qura, Arab Saudi. Kuliah disampaikanB dalam Bahasa Arab. Bagi meraikan beberapa peserta yang tidak dapat memahami Bahasa Arab, maka pihak INTIS telah menyediakan team penterjemah yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan setiap kuliah-kuliah yang dijalankan di dalam Bahasa Arab.

B

Hari-hari yang seterusnya diteruskan dengan agenda bersama sheikh-sheikh luar dan ustaz-ustaz tempatan yang lain. Selain Shaikh Dr.Abd al-Aziz al-Jufairi, turut hadir ialah Shaikh Husain Ali asy-Syaibani, Shaikh Salim al-Hilali. Antara ustaz-ustaz tempatan yang mencurahkan ilmu di dalam daurah ini ialah Ustaz Ismail Omar, Ustaz Abdul Rasyid Idris, dan Ustaz Zaharuddin.

B

Antara isu-isu yang dibincangkanB dalam daurah ini ialah kepentingan sunnah, konsep ilmu hadith dalam kehidupan, manhaj beragama para sahabat. Tidak lepas juga dengan isu-isu semasa seperti Konspirasi Zionis Antarabangsa, peranan golongan wanita di dalam dakwah. Selain itu, para masyaikh dan ustaz-ustaz turut memberikan nasihat-nasihat emas kepada semua peserta dalam menjalankan misi dakwah di muka bumi. Kebanyakan nasihat ialah supaya memperbanyak ilmu, mengelakkan pertelagahan sesama muslim, mengambil kebaikan-kebaikan daripada semua jemaah kaum muslimin yang ada di alam ini, mengelakkan berbalahB dalam hal-hal furub dan lain-lain lagi.

B

Para peserta turut dibenarkan untuk memberikan soalan kepada para pembentang.

Kelihatan pada mulanya peserta kelihatan gugup, akan tetapi lama kelamaan soalan-soalan yang diberikan semakin mantap dan panas. Ada yang bertanyakan soal-soal politik semasa. Contohnya isu negara Arab Saudi yang menjadi sekutu Amerika, konsep al-Wala dan al-BarabB dalam muamalah negara-negara umat Islam bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan banyak lagi. Selain daripada soalan-soalan yang panas, terdapat juga soalan-soalan yangB ringkas yang datang daripada sahabat yang sedang mempelajari asas-asas Islam. Contohnya beliau bertanyakan kepada Shaikh Salim al-Hilali tentang hukum bercakap ketika azan kerana ketika Sheikh Salim sedang memberi pengajaran, azan sedang dikumandangkan.

B

B

Selain bertanyakan soalan, peserta juga memberikan respon kepada pembentangan-pembentangan. Antara respond yang paling banyak diberikan ialahB dalam sesi diskusi peranan wanitaB dalam dakwah dan sesi resolusi.B Sewaktu diskusi peranan dakwah wanita, antara isu yang berbangkit ialah apakah peranan dan had wanita di dalam dakwah, masalah perkahwinan dengan lelaki yang tidak sefikrah, masalah si isteri yang tidak memahami tugas dakwah si suami, masalah penentangan daripada ibu bapa di dalam tugas dakwah. Seorang peserta juga mengambil contoh tokoh srikandi Ikhwanul Muslimin, Sayyidah Zainab Al-Ghazali sebagai contoh. Ketegasan Zainab al-GhazaliB dalam dakwah sehinggakan memberikan syarat kepada bakal suami supaya tidak menghalang beliau daripada berdakwah pula telah dikemukakan oleh peserta ini. Selain daripada itu, seorang peserta pula telah menyentuh tentang isu ibu bapa yang menghalang misi-misi dakwah anak-anak mereka. Antara yang disebut ialah supaya kita tidak menyempitkan jalan dakwah kita. Boleh jadi ibu bapa tidak berkenan dengan metod dakwah kita sekarang, dan jika kita menukar kepada bentuk metod yang lain, maka mungkin tiada penentangan. Jadi, sebagai seorang anak, mereka mestilah mengambil jalan yang disukai ibu bapa mereka.B Ambil kedua-duanya, tidak perlu korbankan salah satu di antara kedua-dua hal ini.

B

Dalam sesi resolusi pula, kebanyakan resolusi diberikan oleh peserta lelaki dan hanya satu resolusi oleh peserta perempuan. Antara resolusi peserta lelaki ialah supaya kita menjauhi pertelagahan sesama umat Islam, menjauhi unsur-unsur yang boleh memecah-belahkan masyarakat. Selain daripada itu pula, disimpulkan supaya dakwah kita kepada masyarakat bermula dengan akidah, dan bukannya menyibukkan masyarakat dengan isu-isu khilafiah di dalam bab feqh seperti isu bismillah jahar atau sirr, bacaan qunut subuh dan lain-lain. Diseru juga supaya aktivis-aktivis sunnah memperbaiki imej di kaca mata masyarakat. Contohnya, kita tidak boleh asyik bercakap sunnah dan bidbah, sedangkan bila balik kampung,B langsung tidak kelihata berjemaah di masjid. Ini akan memberikan imej buruk dan kehilangan kepercayaan masyarakat. Selain daripada itu, seorang peserta muslimah telah memberikan satu resolusi yang tak pernah difikirkan sesiapa. Beliau menyentuh tentang isu kekuatan jasmani. Beliau menasihati semua agar memakan makanan-makan yang berkhasiat supaya kesihatan terjaga dan dakwah dapat dilakukan dengan sempurna. Beliau memberikan contoh di mana disebabkan kurang tenaga, ramai peserta tertidur ketika kuliah-kuliah daurah disampaikan.

Keselesaan ketika daurah amatlah tidak dapat dinafikan. Lokasi daurah yang dilaksanakan di rumah seorang Datob dan Datin yang baik hati, amatlah tidak dapat dilupakan. Dengan kemudahan yang bertaraf hotel, peralatan PA system yang sempurna, persekitaran yang amat segar dengan bayu-bayu alam yang lembut bertiup, sungguh menyamankan. Jasa tuan rumah tidak dapat dilupakan. Masyaikh-masyaikh yang datang tidak habis-habis mengucapkan pujian kepada tuan rumah dan mendoakan tuan rumahB atas jasa-jasa mereka. Peserta-peserta lelaki menginap di dewan kuliah manakala peserta perempuan menginap di dalam rumah Datob dan Datin.

B

Makanan yang disediakan pula amatlah menyelerakan para peserta yang sehari suntuk menadah ilmu daripada masyaikh-masyaikh dan ustaz-ustaz tempatan.

B

Usaha-usaha para komiti INTIS dan YAKIN amatlah dihargai. Keletihan di wajah komiti-komiti jelas kelihatan selepas 4 hari bertungkus lumus.Segala kesempurnaan adalah milik Allah jua. Ini semua adalah qadha dan qadar Allah yang sudah pasti ada hikmah dan ujian Allah disebaliknya. Mereka yang beriman pasti redha dan cuba memperbaiki kelemahan yang belaku.

B

Tahniah kepada peserta dan komiti. Terima kasih kepada masyaikh-masyaikh dan ustaz-ustaz. Sekalung syukur kepada Datob dan Datin yang banyak memberikan sumbangan untuk menjayakan daurah ini. Syukur tidak terhingga kepada Allah SWT yang mengizinkan daurah ini untuk berlangsung. Tanpa izinNya, tiada apa yang dapat dilakukan.

B

B

Comments are closed.


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05