Tauhid Mengikut Nabi

Ini pula tugasan yang dilakukan seorang peserta Daurah Musim Cuti Ke 5. Tajuk topik yang ditugaskan kepada beliau ialah “Tauhid Mengikut Nabi”.B Penulis boleh dihubungi di laman weblog beliau http://cahaya-kemuliaanku.blogspot.com/

Berikut saya sertakan beberapa poin yg sempat saya kumpul sewaktu berehat2 di rumah kak jai, membicarakan tajuk: Tauhid.

Poin Pertama:

Tauhid adalah dakwah pertama para Rasul. Setiap Rasul, cth Nabi Nuh [Al-Abraf: 59], Nabi Hud [Al-Abraf: 65], Nabi Shaleh [al-Abraf:73] semuanya mengajak kepada tauhid.

bDan Kami tidak mengutus seorang rasul pun sebelum kamu, melainkan Kami wahyukan kepadanya: “Bahwasanya tidak ada Tuhan (yang hak) melainkan Aku, maka sembahlah olehmu sekalian akan Aku”.b [QS Al-Anbiyab (21): 25]

Poin Kedua:

Tauhid adalah kewajipan pertama yg dibebankan ke atas orang yg sudah akil baligh, sekaligus merupakan kewajipan terakhir bagi setiap Muslim. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

bBarangsiapa yg akhir perkataan dalam hidupnya adalah LA ILAAHA ILLALLAH maka ia pasti masuk syurga.b

Banyak orang keliru dalam memahami hadith tersebut. Sebenarnya, bukanlah dengan hanya melafazkan kalimat tersebut dapat menyelamatkan diri kita dari azab api neraka dan masuk ke dalam syurga. Orang yg menganggap begitu adalah orang yg terpedaya dan tidak mengerti akan makna sebenar LA ILAAHA ILLALLAH dan tidak menghayatinya.

bMakna sebenar LA ILAAHA ILLALLAH ialah melepaskan diri dari setiap sesembahan dan bersungguh2 dalam mengkhususkan diri dengan semua jenis ibadah hanya untuk Allah serta mengikut cara yg dicintai…….b

(rujukan: Tak pasti baca dari kitab Fathul Majid ataupun al-Muhalla. Nanti check balik yer..ni satu sebab kenapa saya tak boleh buat artikel. Tak ingat sumber.huhu.)

Apa maksud semua jenis ibadah hanya untuk Allah serta mengikut cara yg dicintai ALLAH?

Untuk menjawab persoalan di atas, sila jawab soalan di bawah dulu yer.

Siapa manusia yg paling Allah cintai?

Jawabnyer, Rasulullah Shallallahu bAlayhi wa Sallam.

Ibadah mengikut cara yg macam mana yg Allah cintai?

Jawabnya, mestilah ibadah yg dicontohkan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikut. Betul tak?

Mudah saja. Apa2 saja ibadah yg Rasulullah dan para salafussoleh tak pernah buat, kita jangan buat. Ibadah yg Rasulullah suruh buat, ibadah yg Nabi pernah buat, itulah yg kita buat, itulah ibadah yg dicintai ALLAH! Kita nak beribadah kepada Allah, mestilah kena ikut cara yg dicintai Allah, kan?

Poin Ketiga:

Tauhid boleh dibahagikan kepada 3 bahagian;

1. Tauhid Rububiyah
2. Tauhid Uluhiyah
3. Tauhid Asmab wa Shifat

Tauhid Rububiyah

Tauhid Rububiyah ialah pengakuan bahawa Allah itu wujud, dan Allah adalah pencipta segala sesuatu. Tauhid ini tidak pernah ditentang oleh sesiapa pun termasuklah kaum Musyrikin Arab. Adalah menjadi fitrah setiap manusia beriman dengan tauhid rububiyah.

Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah: “Segala puji bagi Allah”; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. [Luqman:25]

Katakanlah: “Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Katakanlah: “Maka apakah kamu tidak ingat?” Katakanlah: “Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya ‘Arsy yang besar?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Katakanlah: “Maka apakah kamu tidak bertakwa?” Katakanlah: “Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab) -Nya, jika kamu mengetahui?” Mereka akan menjawab: “Kepunyaan Allah.” Katakanlah: “(Kalau demikian), maka dari jalan manakah kamu ditipu?” [QS 23:84-89].

Orang kafir, penyembah berhala juga mengakui Allah yg menciptakan segala sesuatu. Mereka tidak pernah yakin bahawa berhala-berhala yg mereka sembah itu merupakan pencipta alam dan dunia ini. Mereka hanya menjadikan berhala itu sebagai perantara yg kononnya dapat mendekatkan diri mereka dengan Allah.

Sepertimana kaum musyrikin di India, Turki, dll, mereka yakin bahawa patung-patung berhala itu adalah penjelmaan orang2 soleh dari kalangan para Nabi dan kaum soleh yg lain, lalu mereka menjadikan patung2 itu sebagai pemberi syafaat.

Bahkan mereka mengambil pemberi syafaat selain Allah. Katakanlah: “Dan apakah (kamu mengambilnya juga) meskipun mereka tidak memiliki sesuatupun dan tidak berakal?” Katakanlah: “Hanya kepunyaan Allah syafaat itu semuanya. Kepunyaan-Nya kerajaan langit dan bumi. Kemudian kepada-Nya lah kamu dikembalikan”. [39:43-44]

Orang Arab pula menjadikan berhala sebagai perantara antara mereka dengan Allah.

Kisah kaum Nabi Nuh juga diceritakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran;

Dan mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwaa’, yaghuts, ya’uq dan nasr”. [QS Nuh:23]

Mereka percaya kewujudan dan kekuasaan Allah, tetapi dalam masa yg sama melakukan banyak bidbah dalam aqidah seperti mengadakan berhala sebagai perantara antara diri mereka dan Allah. Alasan mereka, manusia yg hina tidak layak berhubung terus dengan Tuhan yg Maha Mulia. Niat mereka mungkin baik, tetapi ini bukanlah cara yg Allah cintai. Jelas, bidbah telah merosakkan aqidah mereka dan menjadikan mereka mensyirikkan Allah. (Nota: Tak banyak bezanya dengan berdoa melalui perantaraan Tok Guru atau Mursyid kerana merasakan diri tidak layak berhubung terus dengan Allah, ataupun doa tidak sampai.)

Tauhid Uluhiyah

Tauhid Uluhiyah merupakan pengertian tauhid yg menjadi dakwah para Rasul semuanya. Orang2 musyrik yg menerima tauhid Rububiyah, menolak dan tidak dapat menerima Tauhid Uluhiyah.

Tauhid Uluhiyah yg didakwahkan para Rasul ialah beriman bahawa tidak ada pencipta melainkan Allah, Allah yg mendatangkan manfaat dan mudharat, tidak ada sekutu bagi Allah.

Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah berkata; bTauhid yg dibawa para Rasul bersaksi bahawa tiada Tuhan yg berhak disembah selain Allah, tiada tempat bertawakkal kecuali kepada ALLAH, tidak ada tempat untuk diberi taat setia kecuali kerana ALLAH, tidak memusuhi sesiapa pun kecuali untuk mencari redha ALLAH, dan tidak beramal atau melakukan sesuatu pekerjaan kecuali kerana Allah.b

Fahami, hayati dan renungkan dalam2 satu persatu maksud ayat di atas.

tiada Tuhan yg berhak disembah selain ALLAH,

apa maksudnya??

tiada tempat bertawakkal kecuali kepada ALLAH,

maksudnya apa??

tiada tempat untuk diberi taat setia kecuali kerana ALLAH,

hm? maksudnya??

tidak memusuhi sesiapa pun kecuali untuk mencari redha ALLAH,

macam mana tu??

tidak beramal atau melakukan sesuatu pekerjaan kecuali kerana ALLAH.

ni macam mana pulak??

Itulah Tauhid yg dibawa Rasulullah, yg menyebabkan dirinya diancam, dihina, dibaling batu, dituduh ahli sihir, diejek-ejek, disihir, sehinggalah baginda wafat di dalam syahid.

Tauhid Asmab wa Shifat

Beriman kepada nama-nama dan sifat-sifat Allah yg disebut dalam nas al-Quran dan Hadith sahih tanpa tabthil (menafikan makna sifat ALLAH), tamthil (mendatangkan sifat atau menyamakan Allah dengan sesuatu), tasybih (mengatakan Allah bsepertib sekian sekian..), tajsim, takyif (mempersoalkan bagaimana sifat Allah), dan takwil (mengubah makna sifat Allah yg disebut dalam nas kepada makna lain, cth tangan ditukar kepada maksud kuasa, dsbnya.) Kita memahami sifat2 Allah seperti yg diajar oleh Allah dan Rasul dan menyerahkan kaifiyyahnya kepada Allah (tafwidh). Membagaimanakan sifat Allah adalah bidbah. (copy terus dari nota yg disalin dari kuliah ustaz,tak recheck dgn mana2 kitab lagi.kalau silap tlg betulkan yer.)

Penutup/ Kesimpulan:

Aqidah (Tauhid) adalah punca penyatuan umat Islam. Utamakan perkara yg LEBIH PENTING di antara yg penting dalam dakwah. (Perkara yg lebih penting: Aqidah)

Rujuk poin pertama, setiap Rasul memulakan dakwah mereka dengan tauhid. Bila aqidah dah clear, dakwah akan mudah diterima. Dakwah dimulakan dengan aqidah, bukan siyasah (politik), dsbnya.

Contoh, Nabi Nuh berdakwah kepada aqidah dan tauhid selama 950 tahun dan tidak mendapat pengikut melainkan cuma sedikit (setengah riwayat mengatakan cuma 8 orang, setengah riwayat 80 orang, sebahagian mengatakan tiada pengikut) tetapi baginda tidak sedikit pun mengubah method dakwah. Baginda tetap mengajak kepada tauhid. Rasulullah SAW memulakan dakwah dengan mengajak kepada Tauhid selama 13 tahun, walaupun ditawarkan kuasa, harta, dan pangkat, baginda menolaknya kerana kuasa, pangkat dan harta tidak boleh membeli iman dan hidayah.

Sekian saja, penerangan ringkas tentang tauhid.

Wallahu ablam.

Leave a Reply