Kewajipan Berpegang Dengan Al-Quran dan As-Sunnah

September 13, 2011

Dalil-dalil suruhan di dalam al-Quran

a)    Maka tidak, demi Tuhan mu mereka tidak beriman sehinggalah mereka menjadikan kamu hakim pada perkara yang mereka saling bertelagah, kemudian mereka tidak mendapati dalam diri mereka sebarang rasa gelisah terhadap hukum yang telah kamu jatuhi dan mereka menyerah sebulat-bulatnya. [an-Nisa’: 65]

b)    Wahai orang-orang yang beriman ta’atlah kamu kepada Allah, kepada rasul dan kepada pemerintah kamu [an-Nisa’: 59] Baca selanjutnya »

Puasa Enam Dan Beberapa Persoalan-Dr. Abdul Basit

September 3, 2011

Puasa Enam & Beberapa Persoalan Mengenainya

Posted by Abu Anas Madani on 6 Oktober 2008

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).

Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi): Baca selanjutnya »


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05