Wajibkah Taati Jika Ibu Bapa Larang I’tikaf Tanpa Alasan Yang Kukuh?

August 15, 2011

ما حكم من لم يسمح له والده بالاعتكاف لأسباب غير مقنعة ؟
Apakah hukumnya seandainya seseorang itu tidak mendapat keizinan ibu bapa untuk melakukan i’tikaf atas sebab-sebab yang tidak munasabah

الحمد لله
“الاعتكاف سنة ، وبر الوالدين واجب ، والسنة لا يسقط بها الواجب ، ولا تعارض الواجب أصلاً ، لأن الواجب مقدم عليها ، وقد قال الله تعالى في الحديث القدسي : (ما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضته عليه) ؛
I’tikaf hukumnya sunat, manakala mentaati ibu bapa hukumnya wajib. Perkara sunat tidak dapat menggugurkan sesuatu yang wajib. Pada asalnya, tidak boleh dipertentangkan sesuatu yang wajib. Ini kerana perkara yang wajib lebih diutamakan. Allah berfirman di dalam hadis Qudsi: Tidak ada sesuatu yang hamba aku lakukan untuk mendekatkan diri kepadaKu yang lebih aku Cintai melainkan apa yang diwajibkan ke atasnya. Baca selanjutnya »

Panduan Ringkas I’tikaf

August 15, 2011

Definisi I’tikaf:

Dari segi bahasa: I’tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan ; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam keadaan demikian.

Dari segi istilah: I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4 : 344)

Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf: Baca selanjutnya »

Riadussolihin: Bab 217- Kewajipan Berpuasa Dan Penerangan Tentang Kelebihan Puasa Dan Apa Yang Berkaitan Dengannya

August 11, 2011

Terjemahan oleh Mohd Masri Bin Mohd Ramli

217- باب وجوب صوم رمضان

وبَيان فضل الصّيام وما يتعلق به

.

Bab 217- Kewajipan Berpuasa Dan Penerangan Tentang Kelebihan Puasa Dan Apa Yang Berkaitan Dengannya

Allah berfirman [al-Baqarah]:

قال اللَّه تعالى:  { يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم }  إلى قوله تعالى:  { شهر رمضان الذي أنزل فيه القرآن هدىً للناس وبينات من الهدى والفرقان، فمن شهد منكم الشهر فليصمه، ومن كان مريضاً أو على سفر فعدة من أيام أخر }

183. Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

184. (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka Barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi Makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, Maka Itulah yang lebih baik baginya. dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Baca selanjutnya »

Dilema Kakak: Mahu Witir Bersama Imam Atau Tidak Witir Bersama Imam Kerana Mahu Qiamullail?

August 6, 2011


تريد أن تتهجد آخر الليل فهل توتر مع الإمام في التروايح؟
Ingin Melakukan Tahajud di Akhir Malam. Apakah dia perlu berwitir bersama imam selepas solat terawih?

أنا امرأة مسلمة أحافظ على أداء صلاة التراويح . وفي الغالب إذا لم أذهب إلى الصلاة في المسجد فإن أخي الذي يصغرني سناً لا يذهب أيضاً . وإذا ذهبنا إلى المسجد نصلي الوتر مع الإمام . وقد اعتدت على الاستيقاظ في جوف الليل لصلاة التهجد وقراءة القرآن ، ولكني بعد صلاة الوتر لا أستطيع أن أصلي صلاة التهجد . فما هو الخيار الأفضل بالنسبة لي ؟ أداء صلاة التراويح في المسجد حتى يصلي أخي في المسجد أم البقاء في البيت لأصلي صلاة التهجد في جوف الليل ؟ أيهما أكثر أجراً ؟.

Saya seorang wanita Muslimah. Saya ingin sekali menjaga solat terawih. Kebiasaannya, jika saya tidak pergi solat di masjid, maka adik lelaki saya juga tidak akan ke masjid. Apabila kami ke masjid, kami akan solat witir bersama imam. Saya sering bangun di akhir malam untuk melakukan solat tahajud dan membaca al-Quran. Akan tetapi, oleh kerana (saya telah melakukan solat witir bersama imam tadi), selepas solat witir saya tidak boleh lagi melakukan solat tahajud.

Apakah pilihan yang terbaik untuk diri saya? Melakukan solat terawih di masjid agar adik lelaki saya dapat solat di masjid jua, atau tinggal di rumah supaya saya boleh melakukan solat tahajud di akhir malam? Mana satukah yang lebih banyak pahalanya? Baca selanjutnya »

Solat Terawih Hingga Selesai Bersama Imam

August 6, 2011

Assalamualaikum wbt.

Semoga tahun ini diistiqamahkan azam untul solat terawih mengikut imam hingga selesai. Tidak kiralah berapa rakaat yang imam buat, berazamlah untuk mengikut hingga selesai. Ia bertujuan mengejar fadhilat Qiamullail seluruh malam.

((إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ)) [الترمذي، صحيح]
Maksudnya: “Sesiapa yang berdiri (bersolat terawih) bersama imam sehingga dia (imam) beredar (selesai), dituliskan baginya ganjaran orang yang Qiyam semalaman (seumpama bersolat sepanjang malam).” [HR At-Tirmizi, sahih].

Seandainya seseorang menamatkan solat terawih bersama imam yang pertama, apakan ganjaran pahala melakukan qiamullail sepanjang malam akan dicatatkan buat individu tersebut.

Di beberapa masjid di negara kita, terdapat 2 atau 3 imam yang akan bergilir-gilir mengetuai solat fardhu Isya’ dan terawih. Seandainya seseorang bersolat bersama imam yang pertama sehingga imam kedua mengambil alih. Maka dia akan hanya menamatkan solat Isya’nya atau Isya’ dan sebahagian daripada rakaat terawih. Di dalam situasi ini, apakah dia dikira sebagai seorang yang telah solat bersama imam sehingga selesai, dan apakah dia akan menerima ganjaran pahala menghidupkan keseluruhan malam dengan Qiamullail, walaupun dia tidak bersolat 11 rakaat.

Jawapan: Baca selanjutnya »


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05