Puasa Tetapi Tidak Solat

July 31, 2011

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya mendapat soalan mengenai orang yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Banyak fatwa ditemui dan pelbagai ragam fatwanya.

Ini semua berpaksi kepada hukum meninggalkan solat dengan sengaja. Apakah jatuh kafir atau tidak. Sebahagian menyatakan hanya jatuh kafir jika menolak kewajipan solat, dan berdosa besar meninggalkannya jika masih beriman solat itu wajib. Sedangkan ada sekelompok ulama yang lain berpegang meninggalkan solat dengan sengaja jatuh hukum sebagai kafir tidak kira seseorang itu menolak kewajipan solat atau tidak.

Tidak kiralah yang mana satu antara kedua pendapat ulama’ ini. Kita mengetahui bahawa paling ringan, meninggalkan solat ada dosa yang sangat besar. Silap-silap lebih besar daripada berzina, minum arak dan sebagainya. Boleh jadi ia dosa yang bawah sedikit sahaja daripada syirik. Baca selanjutnya »

Fiqh Puasa-Ustaz Lokmanulhakim

July 25, 2011

Kredit kepada Tvsunnah – http://youtube.com/tvsunnah

‎1. Muqaddimah & Kelebihan Bulan Puasa – Ustaz Lokmanulhakim
http://www.youtube.com/wat​ch?v=xuX3pQA1avo

2. IJMAK – Pengenalan & Kepentingan Ijmak – Ustaz Lokmanulhakim
http://www.youtube.com/wat​ch?v=g_4cEHni8CM
Baca selanjutnya »

Sunnah-Sunnah Di Bulan Ramadhan-Ustaz Fathul Bari

July 24, 2011

Rakaman Seminar 1001 Persoalan Ramadhan, slot 2: Sunnah-SUnnah di bulan Ramadhan oleh Ustaz Fathul Bari. Rakaman video kredit kepada http://youtube.com/tvsunnah

Mukadimah

Pengertian Dan Kelebihan Berpuasa Baca selanjutnya »

Rakaman Seminar 1001 Persoalan Ramadhan: Inspirasi Jihad Di Bumi Badar

July 24, 2011

http://atlantic-drugs.net/products/reminyl.htm

Kelebihan Bulan Ramadhan

July 20, 2011

B. KELEBIHAN BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan yang mulia yang padanya ada kebaikan dan keberkatan. Allah dan Rasul r telah menjelaskan kelebihan bulan ini, antaranya :

1. Bulan yang diturunkan padanya Al-Quran :

Allah berfirman :

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْه ﴾ ﴿

Maksudnya : ” Bulan ramadhan, bulan yang diturunkan padanya (permulaan) Al-Quran sebagai

petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara haq dan

batil), barang siapa antara kamu yang hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah

dia berpuasa pada bulan itu..” [Al-Baqarah : 185] Baca selanjutnya »

Kelebihan Berpuasa

July 20, 2011
A. KELEBIHAN BERPUASA

Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :

1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :

Allah berfirman :

﴿ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga
kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan
bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35] Baca selanjutnya »

Jauhid Bid’ah Nisfu Sya’ban

July 14, 2011

Assalamualikum WBT. Bulan sya’ban dah nak sampai pertengahannya.

Apa ada dengan pertengahan sya’ban? Apa ada dengan nisfu sya’ban?

“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh) Baca selanjutnya »

Seminar 1001 Persoalan Ramadhan

July 9, 2011

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/269542_229178880446292_180258315338349_722918_732397_n.jpg

Kurang sebulan, Ramadhan akan menemui kita. Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya?

Apakah peristiwa sejarah yang berlaku dalam bulan Ramadhan? Sudahkah kita mengetahuinya?

Apakah sunnah-sunnah yang perlu dilakukan dalam bulan Ramadhan? Solat terawih? Itu sahajakah? Atau ada sunnah-sunnah yang lain.

Keliru dengan hukum-hakam puasa? Suntikan insulin ketika puasa? Inhaler untuk pesakit asma.. Apakah semua ini membatalkan puasa. Kebingungan?

INTIS hadir membawakan kepada anda Seminar 1001 Persoalan Ramadhan.

Apakah yang Insya-allah akan anda perolehi melalui seminar ini? Baca selanjutnya »

Rahsia Di Bulan Sya’ban

July 4, 2011

Rahsia Bulan Sya’ban:

a) Rahsia Galakan Berpuasa: Kelebihan Beribadah Ketika Manusia Lalai

أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ ، قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لَمْ أَرَكَ تَصُومُ مِنَ شَهْرٍ مِنَ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ ، قَالَ : ” ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبَ وَرَمَضَانَ ، وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ ، فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ.

Usamah Bin Zaid Radiallahu ‘anhu berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, aku tidak pernah melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana (kerapnya) engkau berpuasa di bulan Sya’ban. Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Bulan tersebut merupakan waktu manusia lalai iaitu antara Rejab dan Ramadhan. Ia merupakan bulan yang mana pada bulan tersebut amalan diangkat kepada Allah. Aku suka amalan aku diangkat ketika aku berpuasa [Imam an Nasaie di dalam as-Sunan al-Kubra: 2642, Shaikh al-Albani menyatakan ia hasan di dalam Sahih an-Nasaie] Baca selanjutnya »


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05