Mengajar Praktikal Solat Ada Dalilnya :)

May 22, 2011

عَنْ أبي قِلابَةَ[1] عَبْدِ الله بنِ زَيد الجَرْمِي البَصْري قالَ: جَاءنَا مَالِكُ بْنُ الْحُوَيْرِثِ فِى مَسْجدِنَا هذَا فَقَال: إني لأصَلى بِكُم وَمَا أريد الصَّلاةَ، أصلى كَيْفَ رَأَيْتُ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم يُصَلي.
فقلت لأبى قلابَةَ: كَيْفَ كَانَ يُصَلِّي؟ قال : مِثْلَ صَلاةِ شَيْخِنَا هذَا، وَكَانَ يَجْلِسُ إِذَا رَفَعَ رأسه مِنَ السُّجُودِ قَبْل أنْ يَنْهَضَ.
Daripada Abi Qilabah Abdullah Bin Zaid al-Jarmi al-Basri, beliau berkata: Malik bin al-Huwairisi telah datang kepada kami di masjid kami. Beliau berkata: Sesungguhnya aku akan solat bersama kalian, dan sebenarnya aku bukan mahu bersolat. Aku akan bersolat dengan cara Rasulullah SAW bersolat yang pernah aku lihat.
(Perawi berkata) Aku bertanya kepada Abi Qilabah: Bagaimana beliau (Malik bin al-Huwairisi) melakukan solat?
Jawab Abi Qilabah: Seperti solat sheikh kami ini. Dia akan duduk apabila bangun daripada sujud dan sebelum bangun (ke rakaat seterusnya).
[al-Bukhari: 824, Muslim: 391 dan Abu Daud: 842]
Faedah:
Riwayat ini menunjukkan bagaimana cara mengajar solat yang berkesan iaitu dengan method praktikal. Ia juga menunjukkan bolehnya melakonkan aksi ibadah dengan tujuan untuk mengajar manusia.
Ia juga adalah method nabi SAW di mana baginda SAW pernah solat di atas mimbar untuk mengajar manusia.
Wallahua’lam.

[1] هذا الحديث هو من أفراد البخاري، قال عبد الحق في الجمع بين الصحيحين “: لم يخرجمسلمهذا الحديث، وسها المصنف في إيراده من المتفق عليه

Kem Remaja Gemilang 2011

May 12, 2011
Klik pada gambar di bawah untuk men’download’ pamphlet program. Baca selanjutnya »

Kenapa Wajib Mencintai Nabi

May 10, 2011

Dalil-Dalil Wajib Mencintai Nabi

1) Surah at-Taubah ayat 23:

قُلْ إِنْ كَانَ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

“Katakanlah: “Seandainya bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (QS. At Taubah: 24). Baca selanjutnya »

Jom Amal Zikir Pagi dan Petang

May 7, 2011

BACAAN DI WAKTU PAGI

DAN PETANG

Untuk audio bacaan dalam format MP3, klik di sini:

Zikir pagi dan petang (part 1)

Zikir pagi dan petang (part 2)

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

1. Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk.

Membaca ayat al-Kursi: (Al-Baqarah: 255).

[ “Barangsiapa membacanya ketika pagi hari, maka dia dijaga daripada (ganguan) jin hingga petang hari. Dan barangsiapa mengucapkannya ketika petang hari, maka dia dijaga daripada (ganguan) jin hingga pagi hari.” HR. Al-Hakim, 1/562. Al-Albani berpendapat hadits tersebut shahih dalam Shahih At-Targhib wat Tarhib 1/273 dan beliau menisbatkan hadits tersebut kepada An-Nasa’i dan Ath-Thabrani, beliau berkata, isnad Ath-Thabrani jayyid’.]

2. Membaca surah: Al-Ikhlas (3 kali), al-Falaq (3 kali), dan an-Nas (3 kali)

[“Barangsiapa membaca tiga surat tersebut tiga kali setiap pagi dan petang hari, maka ia (tiga surat tersebut) cukup baginya daripada segala sesuatu.” HR. Abu Dawud 4/322, At-Tirmidzi 5/567 dan lihat Shahih At-Tirmidzi 3/182.] Baca selanjutnya »


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05