April 28, 2011
Assalamualaikum..
Seorang perempuan yg saya kenal ini meminta dengan seorang lelaki ini untuk menjadi abg angkat nye,, mereka saling berjumpa dan seperti berkasih sayang sepertu kekasih,, dan kasih syg ini boleh menyebabkam mereka rasa ingin berpeluk.. apakah hukum adik angkat perempuan dan abg angkat lelaki??
Jawapan: Baca selanjutnya »
April 28, 2011
Di dalam khutbah ketika Haji Wida, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menyebutkan:
وسأخبركم من المسلم المسلم من سلم الناس لسانه ويده والمؤمن من أمنه الناس على أموالهم وأنفسهم والمهاجر من هجر الخطايا والذنوب والمجاهد من جاهد نفسه في طاعة الله
Aku ingin memberitahu kalian siapakah Muslim? Muslim ialah seseorang yang mana manusia lain selamat daripada lidah dan tangannya. Mukmin ialah seseorang yang manusia lain mempercayainya (di dalam menguruskan) harta dan diri mereka. Muhajir (orang yang berhijrah) ialah seseorang yang berhijrah daripada kesilapan dan dosa. Mujahid (orang yang berjihad) ialah seseorang yang berjihad ke atas dirinya di dalam mentaati Allah. [HR al-Imam al-Haithami di dalam Majma' az-Zawaid: 3/271, beliau menyatakan perawinya thiqah]
Huraian: Baca selanjutnya »
April 21, 2011

HUKUM SOLAT BERJEMAAH.
Ulama berbeza pendapat tentang hukumnya.
Pendapat Pertama : Fardhu Kifayah.
Ini pendapat Imam Syafii, Abu Hanifah, jumhur ulama Syafiiyah terdahulu dan kebanyakan ulama mazhab Hanafi dan Maliki.
Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata,“Zahir perkataan Syafii, solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah. Inilah pendapat kebanyakan ulama terdahulu di kalangan ulama Syafiiyah, Hanafiyah serta Malikiyah.” [Fathul Bari, 2/26] Baca selanjutnya »
April 19, 2011
Oleh Shaikh Salman al-Aodah
Seandainya kita mahu Allah memaafkan kita, kita sewajarnya memaafkan orang lain rela melupakan kesalahan-kesalahan mereka. Ini merupakan sebahagian daripada maksud berbuat baik kepada insan lain. Allah menerangkan ciri hamba-hambaNya yang beriman:
الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Iaitu orang-orang yang menafkahkan (hartanya), pada waktu lapang mahupun sempit, orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang melakukan kebaikan. (Ali Imran 3: 134). Baca selanjutnya »
April 19, 2011
Lidah ini merupakan organ yang paling banyak berkerja berbanding semua otot boleh kawal didalam badan kita.Ia tidak pernah berhenti terjelir ketika bercakap ,walaupun orang tersebut telah tidak diterima lagi . Oleh sebab itu , ia menjadi penting untuk mengetahui etika berbicara dan menjaga perkataan kita . kita perlu berhati-hati dalam menilai kebenaran atas apa yang kita katakan dan apa yang kita sampaikan kepada orang lain.
Orang hari ini amat cuai dalam mengulangi apa yang mereka dengari . Ia mungkin satu fatwa , dakwaan terhadap agama, bahan berita atau acara yang sedang berlangsung . Tak kira berkenaan siapa pun – Ulama terkenal , ahli politik atau orang biasa . Malahan , lebih jahil seseorang itu berkenaan hal tersebut , lebih besar kemungkinan dia akan bercakap tentang perkara tersebut.
Allah memberitahu kita “ Dan janganlah mengejar sesuatu yang kamu tidak mempunyai Ilmu ; pastinya pendengaran dan penglihatan dan hati , kesemuanya ,akan disoal berkenaanya (Surah Al-Isra’:36) Baca selanjutnya »