Siri 1-Apa Nak Buat Bila Berlaku Kematian
March 17, 2011KETIKA MENINGGAL DUNIA Jika sudah meninggal dunia maka orang-orang yang ada disekitarnya mesti melakukan hal-hal berikut :
- Memejamkan mata mayat
- Mendoakan
دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم على أبي سلمة وقد شق بصره . فأغمضه . ثم قال ” إن الروح إذا قبض تبعه البصر ” . فضج ناس من أهله . فقال ” لاتدعوا على أنفسكم إلا بخير . فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون Dalil: Daripada Ummu Salamah RA bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam telah masuk (melawat) Abu Salamah yang telah meninggal dunia dalam keadaan matanya terbuka, maka baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam memejamkan matanya seterusnya bersabda: “Sesungguhnya apabila ruh dicabut, maka mata akan mengikutinya.” Maka orang-orang daripada keluarganya akan menjadi hiruk pikuk. Maka Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Janganlah kamu berdoa ke atas diri kamu kecuali kebaikan, sesungguhnya malaikat mengaminkan apa yang kamu katakan”. [HR Muslim: 920] Baca selanjutnya »





