Perbezaan antara fiqh dan usul fiqh

February 28, 2011

Oleh Ummil Ulfah dan Fatimah
Perbezaan antara fiqh dan usul fiqh

Secara ringkasnya perbezaan antara ilmu fiqh dan usul fiqh boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian :

1- Dari segi tujuan atau maksud ilmu fiqh dan juga usul fiqh

Ilmu fiqh : Maksud dan tujuan ilmu fiqh ialah perlaksanaan hukum hakam syar’iyyah ke atas amal perbuatan dan pertuturan mukallaf . Oleh itu, ilmu fiqh menjadi rujukan para qadi atau hakim dan juga mufti untuk menentukan sesuatu hukum atau mengeluarkan fatwa. Baca selanjutnya »

Ramalan Yang Karut

February 28, 2011

Biarlah ia datang sendiri

Menghabiskan banyak waktu untuk memikirkan masa depan, membaca buku-buku ramalan kemudian berkeyakinan akan munculnya mukjizat dalam kehidupan merupakan hal yang dilarang syariat. Meramal sesuatu yang tiada siapa pun tahu melainkan Allah Yang Maha Mengetahui, adalah satu dosa yang boleh mencacatkan perjalanan kita pada hari ini. Jika para tukang ramal mengakui bukan sahaja dengan penipuan bahkan dengan banyak penipuan mereka dalam mengatakan satu perkataan, mengapa perlu kita percaya akan kata-kata mereka? Sedangkan seseorang tidak akan memperolehi daripada mereka melainkan pendustaan, tekaan dalam soal ilmu ghaib dan dakwaan berkongsi dengan Allah dalam soal tersebut.

Sewajarnya hari ini yang sedang kita nikmati diisi dengan hal yang boleh mengganjari kita dengan pahala buat bekalan di akhirat kelak. Bukan dengan perkara-perkara yang boleh memalitkan noda dosa dalam catatan amalan kita. Hal itulah yang dinamakan dengan panjang angan-angan dan ia termasuk dalam hal-hal yang tercela serta dilarang secara akal. Baca selanjutnya »

Hentikan Cakap Soal Cinta

February 28, 2011

Oleh Yusof Yahya

Hentikan Bercakap Soal Cinta Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

“Tidak sempurna Iman seseorang itu sehingga aku dicintai lebih dari dirinya sendiri” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

APA ITU CINTA

Begitulah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam kepada ‘Umar al Khattab. Perkataan cinta sudah maklum, hatta bagi kanak-kanak. Masakan tidak, mereka sendiri sudah bercinta semasa masih dibangku tadika mahupun sekolah rendah. Pelbagai penafsiran yang telah dibuat bagi menggambarkan cinta itu sendiri. Ada yang kata cinta itu buta kerana ketika bercinta segalanya indah belaka. Ada kata cinta itu pengorbanan, kerana seorang berkorban demi orang yang dicintainya. Ada yang kata cinta itu derita, kerana sepanjang bercinta sentiasa terseksa. Namun, semua itu cinta antara manusia biasa. Baca selanjutnya »

‘Open Heart Surgery’ starts on April 1 2011!

February 24, 2011

Banner Heart Serene

Bismillah walhumdulillah wasSalaatu wasSalaamu ‘ala Rasulillah
The FIRST AlMaghrib seminar in Kuala Lumpur, Malaysia!
A Heart Serene: The Purification of the Soul

taught by Shaykh Riad Ouarzazi
April 1-3 & 9-10 in University of Malaya, KL

URGENT NOTICE: Open Heart Surgery



(courtesy of our brothers and sisters from Qabeelat Durbah of New Jersey)

How will you meet your end?

What are you waiting for? Have you already booked your ‘hot seat’?
Put your Heart at ease…

ENROLL NOW!

(Got questions? Email us at malaysia@almaghrib.org or call +6013.399.8837)

AlMaghrib Malaysia (922894 A)
Unit D-3-4, Megan Avenue I, 189 Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia

————–

Information Baca selanjutnya »

Kenapa Perlu Cinta Nabi?

February 16, 2011

Dalil-Dalil Wajib Mencintai Nabi

1) Surah at-Taubah ayat 23:

قُلْ إِنْ كَانَ آَبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

“Katakanlah: “Seandainya bapa-bapa, anak-anak, saudara mara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu takuti kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (QS. At Taubah: 24). Baca selanjutnya »

Disiplin Tidak Terbina Dengan Bersifat Kurang Akhlak

February 3, 2011
Oleh Mohd Masri bin Mohd Ramli

Alhamdulillah, sejak saya di tahun 1 sehingga kini, saya sering bersama dengan INTIS Consultant, menganjurkan program-program motivasi kepada pelajar sekolah, khususnya mengajak mereka memahami asas-asas Islam. Pengalaman saya bersama INTIS mengajar saya untuk tidak terlalu mengikuti ‘manhaj motivasi’ konvensional.

Bukanlah sesuatu yang pelik mendengar atau melihat mana-mana penganjur kursus motivasi menganjurkan aktiviti yang menanggalkan sifat malu di kalangan peserta. Peserta dididik bergaul dengan bukan mahram, alasannya untuk menghilangkan rasa malu. Lalu, ber ‘LDK’lah peserta, bersukan, melompat, merangkak dan sebagainya bersama-sama bukan mahram, atau paling kurang dengan disaksikan bukan mahram. Baca selanjutnya »


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05