January 13, 2011
Oleh Nurhafizah Bte Johari
Aurat?? Aurat adalah bahagian tubuh badan yang tidak boleh diperlihatkan. Bila sebut sahaja mengenai menutup aurat pasti ada segelintir yang berfikiran prejudis bahawa ianya tidak trendy, nampak alim, ketinggalan zaman, susah untuk bersosial dan pelbagai lagi tanggapan negatif yang berlegar difikiran. Jika anda salah seorang daripadanya..ANDA TERSILAP!
Islam adalah agama yang indah dan mudah. Menutup aurat bukanlah satu bebanan sebaliknya ia diwajibkan keatas setiap muslim bertujuan untuk menjaga kehormatan diri dan membezakan antara seorang muslim dan kafir secara zahir. Prinsip berpakaian dalam Islam tidaklah terlalu rigid. Islam mengenakan garis panduan berpakaian yang ringkas (untuk lelaki dan juga wanita) iaitu; longgar dan tidak jarang agar tidak menampakkan susuk tubuh, sesuai dengan jantina, tidak menyerupai pakaian sesuatu kaum dan tidak memakai sutera bagi lelaki.
Baca selanjutnya »
January 13, 2011
Oleh Ummil Ulfah Fahruddin
DEFINISI USUL FIQH
Usul fiqh mengikut istilah para ulama’ usul :
القواعد التي يوصل البحث فيها إلى استنباط الأحكام من أدلتها التفصيلية، أو هو العلم بهذه القواعد
Kaedah-kaedah yang membahaskan tentang istinbat hukum ( mengeluarkan hukum ) daripada dalil-dalil yang terperinci, atau ilmu berkenaan dengan kaedah-kaedah tersebut.
Maksud kaedah di sini ialah apa yang diketahui daripadanya atau yang diambil daripadanya hukum-hukum . Contohnya :
” الأمر المطلق يفيد الوجوب ”
Baca selanjutnya »
January 13, 2011
Oleh Abu Umar Ahmad Syarief
Setiap Anak Adam Buat Silap
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مَسْعَدَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ
رواه الترمذي وابن ماجه والدارمي – تحقيق الألباني : حسن تخريج المشكاة 2341 )
Daripada Anas radhiyalLahu ‘anhu: ‘Sabda RasululLah sallalLahu ‘alaihi wa sallam, “Setiap anak Adam berbuat silap; Sebaik-baik mereka yang berbuat silap adalah mereka yang bertaubat” ‘ (HR atTirmizi, Ibn Majah & adDaarimi. Takhrij alMisykah: Hasan)
Baca selanjutnya »