December 15, 2010

Setiap tahun umat Islam merayakan hari Asyura dengan berpuasa pada 10 Muharam dan 9 Muharam. Bahkan di sesetengah negara, segelintir umat Islam yang terpesong akidahnya menyambut hari tersebut dengan mencederakan tubuh masing-masing kononnya untuk melahirkan rasa cinta dan sedih atas kematian cucu Rasulullah.
Puasa Asyura sering dibincangkan dari sudut fiqh dan hukumnya, akan tetapi, jarang sekali kita membicarakan maksud tersirat yang melibatkan akidah Islam di dalam hal ini.
Dari Ibnu Abbas radiallahu anhu, Ketika tiba di Madinah, Rasulullah mendapati orang-orang Yahudi melakukan puasa Asyura. Kemudian Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam bertanya: Hari yang kalian bepuasa ini adalah hari apa? Orang-orang Yahudi tersebut menjawab: Ini adalah hari yang sangat mulia. Ini adalah hari di mana Allah menyelamatkan Musa dan kaumnya. Ketika itu, Firaun dan kaumnya ditenggelamkan. Musa berpuasa pada hari ini kerana bersyukur, maka kami pun berpuasa pada hari ini. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam lantas berkata, ”Kami lebih utama mengikuti Musa daripada kalian.”. Maka Rasulullah berpuasa dan memerintahkan kaum muslimin untuk berpuasa. (HR Muslim).
Berdasarkan dalil di atas, kita akan melihat seolah-olah Rasulullah cuba meniru tatacara ibadah kaum Yahudi. Akan tetapi, apabila kita amati hadis yang lain, kita akan dapati bagaimana sensitifnya Rasulullah dalam melakukan perkara yang sama seperti bukan Islam.
Baca selanjutnya »
December 13, 2010
LAPORAN KONVENSYEN PEMIKIR-PEMIKIR ISLAM SEJAGAT
TEMA : MEMBINA KEKUATAN UMMAH
Pada 4 dan 5 Disember 2010 yang lalu telah berlangsung Konvensyen Pemikir-pemikir Islam Sejagat yang bertemakan “Membina Kekuatan Ummah”. Konvensyen ini merupakan anjuran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis dengan kerjasama Yayasan Pok dan Kassim, yang bertempat di Dewan Warisan, Kangar, Perlis.
4 Disember 2010. Baca selanjutnya »
December 13, 2010
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Di bawah ini, saya kongsikan teks ucapan Al-Fadhil Dr. Ismail Lutfi, Rektor Universiti Islam Yala, Thailand yang disampaikan di dalam majlis Konvensyen Pemikir-Pemikir Islam Sejagat. Insya-allah selepas ini kita akan kongsikan pula ringkasan info-info daripada pembentangan yang disampaikan wakil Muhammadiah International, Muhammadiah Singapura dan PERSIS. INTIS telah menghantar 5 orang wakil untuk menghadiri konvensyen tersebut.
‘UMATAN WAHIDAH’ DASAR HIDUP KITA
(Dr. Ismail Lutfi)
Alhamdulillah Segala Puji Bagi ALLAH.
Sebagai menyahuti permintaan ikhwah (saudara-saudara) kita dari negeri Perlis untuk memberi saham dalam Konvensyen Pemikir-Pemikir Islam Sejagat pada hari Ahad 29 Zulhijjah 1431 H bersamaan 5 Disember 20101 anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis dengan Kerjasama Yayasan Pok dan Kassim, yang bertema ‘Membina Kekuatan Umat’. Sukacita saya secara sepintas lalu menyediakan sebuah maqalah ringkas untuk dibentang dalam konvensyen tersebut sebagai berikut: Baca selanjutnya »