Hukum Hakam Korban (2)

October 25, 2010

Haiwan yang disukai dan lebih utama untuk dikorbankan

Hendaknya haiwan yang dikorbankan adalah haiwan yang gemuk dan sempurna. Dalilnya adalah firman Allah ta’ala yang ertinya, “…barangsiapa yang mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah maka sesungguhnya itu adalah berasal dari ketakwaan hati.” (Qs. Al Hajj: 32)

Berdasarkan ayat ini Imam Syafi’i rahimahullah menyatakan bahawa orang yang berkorban disunnahkan untuk memilih haiwan korban yang besar dan gemuk. Abu Umamah bin Sahl menyatakan, “Dahulu kami di Madinah biasa memilih haiwan yang gemuk dalam berkorban. Dan memang kebiasaan kaum muslimin ketika itu adalah berkorban dengan haiwan yang gemuk-gemuk.” (HR. Al-Bukhari secara mu’allaq namun disampaikan dengan kalimat tegas dan disambungkan sanadnya oleh Abu Nu’aim dalam Al Mustakhraj, sanadnya hasan)

Di antara ketiga jenis haiwan korban maka menurut majoriti ulama yang paling utama adalah berkorban dengan unta, kemudian lembu kemudian kambing, jika belanja perbelanjaan masing-masing ditanggung satu orang (bukan perkongsian). Dalilnya adalah jawapan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika ditanya oleh Abu Dzar radhiallahu ‘anhu tentang hamba yang lebih utama. Beliau bersabda, “Iaitu hamba yang lebih mahal dan lebih bernilai dalam pandangan pemiliknya.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim). (lihat Shahih Fiqih Sunnah, II/374)

Manakah yang lebih baik, ikut bergabung korban lembu atau korban satu kambing? Baca selanjutnya »

Hukum Hakam Korban (1)

October 25, 2010

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman yang ertinya, Maka solatlah untuk Rabbmu dan sembelihlah haiwan.” (Qs. Al Kautsar: 2) Syaikh Abdullah Alu Bassaam menyatakan, “Sebahagian ulama ahli tafsir menyatakan; yang dimaksud dengan menyembelih haiwan adalah menyembelih haiwan korban setelah solat Ied.” Pendapat ini dinukil daripada Qatadah, Atha’ dan Ikrimah (Taisirul ‘Allaam, 534, Taudhihul Ahkaam IV/450, & Shahih Fiqih Sunnah II/366). Dalam istilah ilmu fiqih haiwan korban biasa disebut dengan nama Al Udh-hiyah yang bentuk jamaknya Al Adhaahi (dengan huruf ha’ tipis).

Pengertian Udh-hiyah Baca selanjutnya »

Mendulang Mutiara Hikmah Perjalanan Hidup Nabi Ibrahim ‘alaihissalam

October 18, 2010
Al-Ustaz Ruwaifi’ bin Sulaimi

edited by Mohd Masri

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam Seorang Teladan Yang Baik

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam adalah seorang teladan yang baik. Perjalanan hidupnya sentiasa berpijak di atas kebenaran dan tidak pernah meninggalkannya. Posisinya di dalam agama amat tinggi (seorang imam) yang sentiasa patuh kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan mempersembahkan segala ibadahnya hanya untuk-Nya semata. Beliau juga tidak pernah lupa mensyukuri segala nikmat dan kurnia ilahi. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ إِبْرَاهِيْمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا لِلهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. شَاكِرًا لِأَنْعُمِهِ

“Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah dan selalu berpegang kepada kebenaran serta tidak pernah meninggalkannya (hanif). Dan sekali-kali bukanlah dia termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Dia sentiasa mensyukuri nikmat-nikmat Allah.” (An-Nahl: 120-121)

Nabi Ibrahim ‘alaihissalam merupakan pembawa panji-panji tauhid. Baca selanjutnya »


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05