Daurah al-Quran 2010
August 18, 2010
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.
Pada 21 Ogos/Sabtu. INTIS akan mengadakan Daurah al-Quran yang bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.Lokasi: Sekolah Menengah Islam al-Amin Gombak [berhampiran UIA Gombak dan BMI UNIKL]
Tajuk yang akan dikupas ialah:
a) Kepentingan Mempelajari Ilmu Tafsir- Oleh Ustaz Abdul Hayyi
b) Kesalahan-kesalahan di dalam memahami ayat-ayat al-Quran- Ustaz Sofwan Badrie
c) Kesalahan-kesalahan yang sering berlaku di dalam membaca al-Quran- Ustaz Nik Saiful Azizi
Objektif Baca selanjutnya »
Kelebihan Puasa Dan Bulan Ramadhan
August 1, 2010Oleh Ustaz Fathul Bari
A. KELEBIHAN BERPUASA
Sesungguhnya telah termaktub di dalam Al-Quran dan Sunnah tentang kelebihan berpuasa secara umumnya, antaranya :
1. Puasa mendekatkan diri dengan Allah :
Allah berfirman :
﴿ وَالصَّائِمِينَ وَالصَّائِمَاتِ وَالْحَافِظِينَ فُرُوجَهُمْ وَالْحَافِظَاتِ وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا وَالذَّاكِرَاتِ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُمْ مَغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴾
Maksudnya : ” Lelaki-lelaki dan perempuan yang berpuasa, lelaki dan perempuan yang menjaga kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan bagi mereka keampunan dan pahala yang besar ” [Al-Ahzab : 35] Baca selanjutnya »
Peluang Melanjutkan Pelajaran Di Mekah Selama Setahun
August 1, 2010السلام عليكام ورحمة الله وبركاته
Yayasan Kebajikan Nusantaran (YAKIN) dengan kerjasama Perikatan Islam Sedunia (Rabithah al-’Alam al-Islami) mengajak saudara-saudara sekalian untuk mendaftar sebagai penuntut ilmu di Akademi Dakwah di bawah kelolalan Rabithah al-Islami di Makkah al-Mukarramah.
Program ini telah berjalan semenjak beberapa tahun sebelum ini, dan pihak YAKIN telah menghantar beberapa orang pelajar dari Malaysia untuk belajar di sana selama setahun.
Di dalam akademi ini, pelajar-pelajar akan belajar subjek-subjek akidah, syariah, hadis, tafsir dan lain-lain. Boleh dikatakan bahawa dalam tempoh setahun, para pelajar akan berjaya menamatkan pengajian dengan subjek-subjek yang dipelajari di IPT-IPT tempatan selama 3 tahun.
Siapakah yang layak? Baca selanjutnya »









