KEM IBADAH DAN MOTIVASI KECEMERLANGAN ISLAM

March 18, 2010

 

Poster

TENTATIF KEM IBADAH DAN MOTIVASI KECEMERLANGAN ISLAM

 

  Baca selanjutnya »

Mudahanah Dan Mudarah Di Dalam Dakwah

March 12, 2010

Kitab Tauhid 1
oleh: Dr.Shalih bin Fauzan bin Abdullah Al fauzan

Mudahanah dan kaitannya dengan al-wala’ wal bara’

Mudahanah ertinya berpura-pura, menyerah dan meninggalkan kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar serta melalaikan hal tersebut kerana tujuan duniawi atau kehendak peribadi. Oleh kerana itu berbaik hati, bermurah hati atau berteman dengan ahli maksiat ketika mereka berada di dalam kemaksiatannya, sementara dia tidak mengingkari (maksiat itu) sedangkan dia mampu kelakukannya maka itulah mudahanah.

Kaitan antara mudahanah dengan al-wala’wal bara’ jelas daripada erti dan definisi yang kita paparkan tersebut, iaitu meninggalkan pengingkaran terhadap orang-orang yang melakukan maksiat sedangkan dia mampu melaksanakannya. Bahkan sebaliknya dia menyerah kepada mereka dan berpura-pura baik kepada mereka. Baca selanjutnya »

Tanda Cinta Kepada Nabi

March 12, 2010

Oleh: Abu Anas Madani Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman

Mencintai Rasulullah saw merupakan kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda Rasulullah saw:

“Seandainya manusia diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]

Maka wajib atas setiap muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi, bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna kecintaannya kepada Rasulullah saw. Baca selanjutnya »

Seminar Islam Anti-Terrorist (SEMAT) 2010

March 9, 2010

Video: Sejarah Penyebaran Akidah Asyairah

March 9, 2010

Sejarah Perkembangan Mazhab al-Asyairah oleh Ustaz Mohd Asri Sobrie.

Baca selanjutnya »


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05