Walaupun akal boleh digunakan untuk merenungi dan memahami Al Qur’an, akal tidaklah boleh berdiri sendiri. Bahkan akal sangat memerlukan dalil syar’i (Al Qur’an dan Hadis) sebagai penerang jalan. Akal itu ibarat mata. Mata memang memiliki potensi untuk melihat suatu benda. Namun tanpa adanya cahaya, mata tidak dapat melihat apa-apa. Apabila ada cahaya, barulah mata boleh melihat benda dengan jelas.
Jadi itulah akal. Akal barulah boleh berfungsi jika ada cahaya Al Qur’an dan As Sunnah atau dalil syar’i. Jika tidak ada cahaya wahyu, akal sangatlah mustahil melihat dan mengetahui sesuatu.
Terlebih dahulu yang kita mesti fahami, setiap insan beriman hendaklah bersikap patuh dan tunduk kepada Allah dan Rasul-Nya. Setiap wahyu iaitu Al Qur’an dan Hadis itu berasal dari-Nya. Rasul memiliki kewajipan untuk menyampaikan wahyu tersebut. Sedangkan kita memiliki kewajipan untuk menerima wahyu tadi secara lahir dan batin.
Allah Ta’ala berfirman,
“Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang.” (QS. At Taghabun: 12)
Az Zuhri –rahimahullah- mengatakan,
“Wahyu berasal daripada Allah. Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam hanyalah menyampaikan kepada kita. Sedangkan kita dimestikan untuk pasrah (menerima).” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalam Kitabut Tauhid secara mu’allaq yakni tanpa sanad) Baca selanjutnya »
Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak YAYASAN KEBAJIKAN NUSANTARA (YAKIN) kini sekali lagi sedang dalam pencarian20 orang pelajar yang berpontensi untuk diberi peluang belajar bersama para Ulama’di Makkah Al-Mukkarammah secara Talaqqi.
Untuk maklumat lanjut sila semak pamplet dibawah :-
Nasihat daripada Syaikh Prof. Dr. Abdurrazzak bin Abdul Muhsin al-Badr
Terjemahan asal di dalam Bahasa Indonesia oleh: Al Ustadz Abu Khaleed Resa Gunarsa,
di sunting ke Bahasa Malaysia oleh: Abu Usamah Mohd Masri Bin Mohd Ramli
Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesungguhnya di antara manusia ada yang menjadi pembuka jalan kebaikan dan menjadi penutup jalan keburukan, dan di antara manusia juga ada yang menjadi pembuka jalan keburukan dan menjadi penutup kebaikan. Maka, berbahagialah orang yang Allah telah menjadikan jalan-jalan kebaikan melalui tangannya, dan celakalah bagi orang yang Allah telah menjadikan jalan-jalan keburukan melalui tangannya.” (HR Ibnu Majah, dihasankan al-Albani)
Sesiapa yang mahu dirinya menjadi pembuka jalan kebaikan, penutup keburukan dan menjadi orang yang beruntung, maka hendaklah dia melakukan hal-hal berikut:
1. Ikhlas kepada Allah di dalam setiap kata-kata dan perbuatan. Ini kerana ia adalah asas kepada seluruh kebaikan dan sumber segala keutamaan. Baca selanjutnya »
Seorang sahabat saya mengirimkan satu artikel melalui email, yang diambilnya daripada (http://saifulislam.com/?p=401). Setelah membaca artikel yang baik itu, saya ingin menyatakan rasa setuju tentang apa yang dikatakan oleh Ustaz Saifulislam itu. Kita lebih suka kepada kajian status hadith, sanad, ilmu yang kering daripada tazkiyatun-nafs, dan ini didorongi oleh hubb az-zuhoor (suka zahir lebih daripada orang lain), dan ianya juga hasil bisikan syaitan, yang menjauhkan hamba-hamba Allah daripada perkara yang lebih bermanfaat.
Apa yang bermanfaat?
Firman Allah: “Di Hari yang tidak bermanfaat langsung harta mahupun anak-anak, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan qalbin salim (hati yang sejahtera).” [asy-Syu’ara:88-89]
Kepada sahabat-sahabat sekalian yang berminat untuk membeli tiket bagi majlis makan malam amal bersama Dr Mohd Asri Zainul Abidin bolehlah berhubung dengan saya (Abu Mardhiyyah@ Hafizi) di talian 013-3005129 atau kepada nama-nama yang tertera di dalam poster majlis makan amal ini untuk pendaftaran. Pembayaran bolehlah dibuat melalui Bank Islam atas nama Nik Md Yusof Nik Ismail 12-0650-1002-1659
Untuk para pelajar universiti, tiket dijual dengan harga RM 100 bagi setiap satu kerusi manakala untuk selain pelajar dijual dengan harga RM 150.
Hasil penjualan tiket ini sebenarnya akan disalurkan untuk menampung kos perbelanjaan bagi program Muktamar Sunnah Kebangsaan 2010 yang bakal diadakan pada 19.02.2010- 21.02.2010.
Untuk pengetahuan sahabat-sahabat sekalian, tempat bagi majlis makan malam amal ini adalah terhad. Oleh itu, daftarlah segera selagi tempat masih ada untuk anda. Sekiranya anda berminat untuk membeli tiket ini sebagai satu bentuk sumbangan terhadap usaha dakwah sunnah tetapi tiada masa untuk hadir ke majlis ini, bolehlah berhubung dengan saya dan saya akan cuba dapatkan beberapa orang sahabat yang berminat tetapi tidak berkemampuan untuk membelinya bagi mewakili anda di majlis itu nanti berdasarkan jumlah kerusi yang dibeli.
Sekian terima kasih
“MEMBELI SAMBIL MENYUMBANG, DAKWAH SUNNAH TERUS TERBILANG”