MABIT Bersama Dr. Abdul Basit

October 22, 2009

Jumaat 23/10/2009

MABIT [Malam Bina Iman dan Taqwa]

Tentatif:

900 malam: Kuliah- Dr. Abdul Basit dari Pondok Sungai Durian Kelantan:
Tajuk: Bagaimana Berinteraksi Dengan Kepelbagaian Pendapat Mazhab
Lokasi: ADM LT2 [sesi ini terbuka untuk semua lelaki dan perempuan]

1015 malam: Bergerak ke Musolla Mahallah Bilal [aktiviti selepas ini hanya untuk lelaki sahaja]

1030 malam: Taaruf

1045 malam: Tadarus dan tadabur

1130 malam: Rehat dan minum malam

1145 malam: Ihya as-Sunnah: Adab-adab tidur mengikut sunnah

1200 malam: Tidur

430 pagi: Bangun dari tidur

440 pagi: Qiamullail [sendiri-sendiri]

540 pagi: Azan Subuh

620 pagi: Halaqah Zikir- Hisnul Muslim: Zikir pagi

640 pagi: Tazkirah- Kepentingan Tazkiyatun Nafs

700 pagi: Riadah

730 pagi: Sarapan- Nasi Lemak Sungai Pusu

Pesanan:

a) Sila bawa Hisnul Muslim, kain lapik untuk tidur di surau dan pakaian riadah serta apa-apa barang-barang yang dirasakan relevan.

b) Patuhi adab-adab MABIT yang akan diterangkan di dalam sesi taaruf; antara peraturannya ialah mengurangkan ketawa, berbual-bual kosong, sebaliknya memfokuskan diri untuk taaruf dengan sahabat-sahabat yang baru dikenali serta mendekatkan diri kepada :swt

c) Patuhi segala arahan yang diberikan oleh Amir MABIT – Saudara Abu Muawiah (nick dalam AFN) .

Jika sesat di UIA, hubungi saya Masri 0132506391 atau Abu Muawiah.

Apakah Berubat Merosakkan Tawakal?

October 21, 2009

Oleh: Al Ustadz Abdul Mubthi Al Maidani

Tema ini masih berkaitan dengan perbahasan hadis Ibnu Abbas radhiallahu banhuma yang lalu mengenai orang-orang yang masuk syurga tanpa hisab dan tanpa azab. Salah satu sifat mereka adalah bertawakal kepada Allah subhanahu wa tabala semata. Barangkali sebahagian muslimin beranggapan bahawa berubat akan mengikis kesempurnaan tauhid. Alasannya adalah kerana berubat merupakan penggunaan sesuatu sebab yang berlawanan dengan tawakal kepada Allah. Sehingga seorang yang bertawakal tidak perlu untuk berubat bila sakit. Jika Allah mahu menyembuhkanny, maka dia akan sembuh tanpa perlu berubat. Akan tetapi, benarkah mengambil sesuatu sebagai sebab berlawanan dengan tawakal kepada Allah? Marilah kita semak tulisan berikut ini. Read the rest of this entry »

Kursus Induksi Pengurusan Jenazah Mengikut Sunnah

October 18, 2009

Alhamdulillah, pada 11 Oktober 2009, bertempat di Surau Kampung Sungai Pusu yang terletak berhampiran dengan Universiti Islam Antarabangsa Gombak, satu kursus pengurusan jenazah telah berjaya diadakan. Ia bertujuan khas untuk melatih fasilitator-fasilitator INTIS Consultan sekaligus mendidik mereka tatacara pengurusan jenazah mengikut sunnah.

Ini merupakan langkah pertama ke arah pembentukan modul pengurusan jenazah mengikut sunnah. Ini kerana permintaan yang banyak untuk kursus pengurusan jenazah di kalangan masyarakat, sedangkan penganjurnya mungkin hanya boleh dibilang dengan jari. Lalu INTIS Consultant mengorak langkah untuk menambahkan keilmuan para fasilitator. Ini kerana da’wah mestilah dimulai dengan ilmu, da’wah tanpa ilmu hanya akan merosakkan umat Islam kerana kesesatan dan kemusnahan akan berleluasa. Read the rest of this entry »

Kepentingan Berdakwah

[1] Dakwah merupakan jalan hidup Rasul dan pengikutnya

Allah tabala berfirman (yang ertinya), bKatakanlah, Inilah jalanku; aku menyeru kepada Allah di atas landasan ilmu yang nyata, inilah jalanku dan orang-orang yang mengikutikub&b (Qs. Yusuf: 108)

Berdasarkan ayat yang mulia ini Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah mengambil sebuah pelajaran yang amat berharga, iaitu: Dakwah ila Allah (mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah) merupakan jalan orang yang mengikuti Rasulullah shallallahu balaihi wa sallam, sebagaimana yang beliau tuliskan di dalam Kitab Tauhid bab Ad-Duba ila syahadati an la ilaha illallah (Ibthal At-Tandid, hal. 44). Read the rest of this entry »

Bolehkah Mengaitkan Gempa Sumatera Dengan Nombor Surah dan Ayat al-Quran

October 15, 2009

Gempa di Sumatera

Oleh: al-Ustadz Hammad bin Amir Abu Muawiyah al-Makassari

Tanya:

Bismillah. Ana mendapat risalah yang disebar di masjid yang berisi hubungan antara gempa di Sumatera dengan beberapa ayat dalam Al-Qur`an. Disebutkan di situ: Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam. 8.52. Lalu kita disuruh melihat ke Al-Qur`an surah 17 (Al-Isra`) ayat 16, ayat ke 58 dan surah 8 (Al-Anfal) ayat 52, yang mana ketiga-tiga ayat ini berisi keterangan tentang seksaan Allah kepada kaum yang melakukan maksiat.

Apakah hukum mempercayai hal ini dan menyebarkan berita ini, apatah lagi sebahagian teman menyatakan bahawa berita ini juga tersebar melalui sms.

Jawab: Read the rest of this entry »

Daurah: Keilmuan Sebelum Berda’wah: 16-18 Oktober

October 6, 2009

*Untuk mengetahui pendahuluan/pengenalan tentang program sila ke link

Tema:Keilmuwan Sebelum Berda’wah (Siri 2)

Tarikh: 16-18 Oktober 2009/ 27-29 Syawwal 1430

Lokasi: Institut al-Qayyim (IQ), Mengkuang, Bukit Mertajam, Penang

Penyertaan: Terbuka kepada semua.

Pengisian: Read the rest of this entry »