1001 Persoalan dan Jawapan Tentang Sya’ban

July 26, 2009
Serba-Serbi Bulan Syabban

Ustaz Muhammad Abduh Tuasikal

Di sunting dan edit bahasa oleh Mohd Masri http://lobaitampin.blogspot.com

download edisi pdf di sini http://www.mediafire.com/file/jyjnj5wzhyw/

Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Shalawat dan salam semoga sentiasa tercurah kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat, dan orang-orang yang mengikuti beliau hingga akhir zaman. Alhamdulillah, saat ini kita telah memasuki bulan Syabban. Namun kadang-kala kaum muslimin belum mengetahui amalan-amalan yang ada di bulan tersebut. Juga kadang-kala kaum muslimin melampaui batas dengan melakukan suatu amalan yang sebenarnya tidak ada tuntutannya daripada Nabi shallallahu balaihi wa sallam. Semoga dalam tulisan yang ringkas ini, Allah memudahkan kami untuk membahaskan serba-serbi tentang bulan Syabban. Allahumma abin wa yassir (Ya Allah, tolong dan mudahkanlah kami). Read the rest of this entry »

FORUM DUA HARI: bIMAN ORANG ASINGb 1 & 2 OGOS 2009

July 23, 2009

Dewan Pengajian Qurban & Hadith Tropika Paradise (DPQHTP)
JEMAAH SUNNAH LEMBAH KLANG

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum,

FORUM DUA HARI:
bIMAN ORANG ASINGb
1 & 2 OGOS 2009

Ahli Panel 9 orang :
Dr Abdullah Yassin
Dr Johari Mat
Ust Fadhlan
Ust Fathul Bari
Ust Hussein Yee
Ust Rasul Dahri
Ust Yazid Abdul Qadir Jawas
Ustaz Roesfan Shazzerin
Ustaz Fathul Bari
Ustaz Abu Ihsan al Atsary


Aturcara majlis adalah seperti berikut: Read the rest of this entry »

Isra’ dan Mi’raj di sisi AhlusSunnah

July 21, 2009
Isra’ dan Mi’raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar
Oleh : Hafiz Firdaus Abdullah

C”b,EDari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah SAW bersabda : “Jibril membawakan kepadaku seekor ‘Buraq’, iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang dari keldai dan lebih pendek daripada baghal, Ia dapat melompat sejauh mata memandang. Haiwan itu lalu kutunggangi sampai ke Baitul Maqdis. Read the rest of this entry »

Catatan Kuliah Umat Islam Diserang Di Akhir Zaman

July 16, 2009


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Kuliah pertama tadi yang disampaikan oleh Ustaz Abu Sofya amat menggegarkan hati. Boleh dimuat turun di sini http://audiosunnah.blogspot.com

Di mukadimah kuliah tadi, ustaz mengulas tajuk “Islam diserang di akhir zaman”. Ustaz mengingatkan kami semua bahawa serangan ke atas Islam bukan hanya baru bermula sekarang. Ia sudah bermula sejak sekian lama, sejak para rasul membawa da’wah Tauhid kepada umat manusia. Read the rest of this entry »

Majlis Ilmu: Islam Diserang Di Akhir Zaman (15 Julai)

July 14, 2009

Majlis Ilmu: Islam Diserang di Akhir Zaman


Speaker: Ustaz Abu Syuaib


Hari: Rabu (15 Julai). Masa: 925 malam.


Lokasi: ADM LT 2 (bangunan bersebelahan entrance wanita di masjid UIA Gombak)


Hubungi: Abu Usamah 0132506391

Shaikh Abdullah Bin Abdul Rahman Bin Jibrin telah meninggal dunia.


Dari ‘Abdullah Bin Amru bin al-A’s radiallahu ‘anhu:

Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan menariknya daripada hamba-hambaNya, tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan ulama’ sehingga jika tidak ada lagi seorang balim pun maka manusia akan mengangkat juhalaab (orang-orang jahil) sebagai pemimpin mereka. Lalu (jika) mereka ditanya, maka merekapun memberi fatwa tanpa ilmu, (akhirnya) mereka sesat dan menyesatkan orang lain. [Sahih al-Bukhari: 100 dan Sahih Muslim: 2673]

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un.

Seorang demi seoran ulama meninggalkan kita.B Semalam, Isnin 13 Julai 2009, Shaikh Abdullah Bin Abdul Rahman Bin Jibrin telah meninggal dunia. Beliau merupakan seorang ulama pembela tauhid, penegak sunnah, penghancur syirik dan pemusnah bid’ah yang amat masyhur diseantereo dunia. Buku-buku beliau dibaca, diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa. Read the rest of this entry »

AMALAN-AMALAN BID’AH YANG DIANGGAP SUNNAH PADA BULAN REJAB

July 11, 2009

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Rejab secara bahasa bermaksud mengagungkan atau memuliakan. Bulan Rejab merupakan bulan yang ke tujuh dalam kalendar hijrah. Ia dinamakan Rejab kerana orang-orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa jua bentuk peperangan pada bulan ini. Di antara kabilah Arab yang ekstrem dalam mengagungkan bulan Rejab ini adalah bani Mudhar.

Di dalam kalendar umat Islam terdapat dua belas bulan yang mana Allah S.W.T. telah memuliakan empat bulan darinya. Firman-Nya: Read the rest of this entry »

Tanggungjawab Menyokong Perniagaan Muslim

Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Sikap tolong menolong, bantu membantu dan jamin-menjamin sesama muslim di dalam perkara makruf atau kebaikan adalah merupakan tuntutan al-ukhuwwah al-Islamiyyah (persaudaraan Islam). Seseorang muslim sentiasa berusaha membantu saudara muslimnya yang lain. Membantu sesama muslim adalah antara tanggungjawab yang mesti dipikul oleh bahu setiap yang beriman dengan ayat Allah (maksudnya) bSesungguhnya orang beriman itu bersaudarab (Surah al-Hujurat ayat 10). Bagi membuktikan persaudaraan islam yang tulin, baginda Nabi s.a.w. menghuraikan di dalam hadithnya, daripada Abi Musa r.a., sabda Nabi s.a.w.: bBandingan seorang mukmin dengan seorang mukmin yang lain bagaikan satu bangunan, kuat-menguatkan antara satu sama lainb. (riwayat al-Bukhari dan Muslim). Read the rest of this entry »

Riak Lebih Ditakuti Dari Dajjal

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
SUMBER : Berita Harian, 20hb June 2009

Rasulullah berpesan elak menunjuk-nunjuk ketika beramal kerana menyamai syirik

RIAK ialah penyakit hati yang paling ditakuti Rasulullah SAW menimpa umatnya kerana ia boleh berlaku dalam pelbagai keadaan, hatta ketika menunaikan solat yang sepatutnya dilakukan dengan ikhlas.

Kerisauan itu dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: “Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Read the rest of this entry »

Kenapa Mereka Membenci Hijab

July 9, 2009

http://profile.ak.facebook.com/object3/1019/30/n96858902981_581.jpg
(Semoga Allah menempatkan Marwa al Sharbini di kalangan Syuhada’)

http://b.cdn.tendaweb.com/fckfiles/image/internasional/1afotomesir1okeh.jpg

Kematian Marwah Al-Sharbini di tangan pemuda Rusia yang amat membenci Islam bukanlah sesuatu yang baru. Beliau dibunuh hanya kerana beliau seorang Muslimah yang tegar memakai pakaian yang menutup aurat. Ini hanyalah satu ulangan kepada rentetan peristiwa anti hijab yang berlaku di seluruh dunia. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah, di antara satu penyebabnya ialah konspirasi Mustafa Kamal at-Tartuk, antara perubahan yang dibawa bagi menghapuskan nilai hidup Islam di kalangan masyarakat Islam Turki ialah pengharaman tudung. Read the rest of this entry »