Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah: Riwayat Hidup dan Sumbangannya Terhadap Dunia Islam

June 28, 2009

Syeikh Al-Islam Ibn Taymiyyah:

Riwayat Hidup dan Sumbangannya Terhadap Dunia Islam

Oleh: Ustaz Abdul Rasyid Idris

Pendahuluan

Ibn Taymiyyah adalah suatu nama yang masyhur di persada keilmuan Islam. Namun sebenarnya ada empat orang individu yang terkenal dengan panggilan Ibn Taymiyyah. Kesemua mereka terlibat di dalam arena kesarjanaan Islam. Mereka ialah:

1. Abu Abd Allah Fakhr Al-Din Muhammad Bin Al-Khadir Bin Muhammad Bin Al-Khadir Bin Ali Bin Taymiyyah Al-Harrani Al-Hanbali (542-622H) Baca selanjutnya »

Tafwid Sifat Allah: Antara Makna Dan Kaifiat (II)

June 9, 2009
Muhammad Asrie Bin Sobrie

Syubhat-syubhat Mufawwidah:

Syubhat-syubhat di sini maksudnya adalah hujah atau dalil yang digunakan oleh kaum Asyairah dan sekutu mereka Maturidiah dan sesiapa daripada Ahlin Bidaah yang mengikut mereka untuk menegakkan akidah batil mereka sama ada daripada Naqal (Wahyu) mahupun Aqal.

Jika suatu dalil Naqli atau Aqli digunakan untuk menegakkan akidah yang sahih dengan cara yang sahih maka ianya dinamakan hujah adapun jika digunakan untuk menegakkan benang yang basah dinamakan sebagai syubhat kerana mereka yang menggunakan dalil ini berada dalam keadaan samar-samar dan pemahaman mereka terhadap dalil-dalil itu dalam keadaan keliru dan mabuk.

Seorang Asyairah apabila dia membaca perkataan Ulama Salaf dengan timbangan dan manhajnya yang bidaah, pemahamannya terhadap nas-nas itu akan mejadi kabur seumpama seorang yang memerhati alam sekitar melalui tingkapnya yang berdebu kerana dia tidak memahami kaedah seorang salafi memahami perkataan ulama salaf.

Baca selanjutnya »

Tafwid Sifat Allah: Antara Makna Dan Kaifiat (I)

June 9, 2009
Muhammad Asrie Bin Sobrie

Antara Tauhid yang perlu diimani dan diamalkan oleh seorang mukmin muslim adalah Tauhid al-Asmab wal Sifat yakni mengesakan Allah Taala dalam Nama-namaNya yang Maha Elok dan Sifat-sifatNya yang Maha Sempurna.

Namun, setelah munculnya aliran pemikiran yang menyeleweng dalam kalangan kaum muslimin seperti al-Jahmiah, al-Muktazilah, al-Kullabiah, al-Asyairah, dan al-Maturidiah yang kesemua mereka ini berkiblat kepada hawa nafsu dalam memahami nas-nas al-Quran dan al-Hadis umat Islam telah terpecah kepada beberapa golongan dalam masalah Sifat-sifat Allah Taala. Baca selanjutnya »


127.0.0.1
tretinoin Cream 0.05