Penulis: Al-Ustadz Qomar ZA
Ghurur adalah suatu sifat yang menipu pemiliknya. Dia adalah suatu kebodohan yang membuat seseorang menilai sesuatu yang jelek sebagai sesuatu yang baik dan kesalahan sebagai sesuatu kebenaran. Demikian dijelaskan oleh Ibnul Jauzi di dalam bukunya Talbis Iblis. Sifat ini muncul kerana syubhat atau kerosakan pemikiran yang membuatnya salah di dalam menilai. Iblispun masuk untuk menggoda manusia seukuran kemampuannya dan akan semakin mantap cengkamannya terhadap seseorang atau semakin melemah seiring dengan ukuran kesedaran atau kelalaian orang tersebut, juga sebatas kebodohan atau keilmuannya. Demikian beliau jelaskan di dalam kitab tersebut. Baca selanjutnya »
SESEORANG yang berkeyakinan tinggi suka menggunakan kata-kata ‘inilah jalan hidupku’ apabila berdepan cabaran yang mahu menggugat idealismenya. Tetapi, adakah dia bersedia menggunakan istilah lebih tepat, ‘inilah jalan sunnah Nabiku’ atau ‘inilah jalan Nabi SAW’ untuk mewakili seluruh amal dilakukannya dengan membawa hati penuh cinta dan kasih kepada Rasulullah SAW.
Seseorang mungkin akan mencapai tahap kecintaan utuh kepada Nabi SAW selepas membaca berpuluh-puluh kitab sirahnya daripada pelbagai perspektif kajian dibawa ulama. Ada pula gigih menguatkan keyakinan dengan menyelami hati Baginda SAW melalui ribuan hadis menjanjikan sentuhan kasih sayangnya.
Seperti seorang hamba Allah membaca al-Quran dan merasai rahmat Allah menitis ke dalam jiwa, begitu pula ketika ia membuka kitab hadis Nabi SAW seolah-olah dia rasa berhadapan dengan Baginda. Baca selanjutnya »