Daurah Ilmiah: Keilmuan Sebelum Berdakwah: 3-5 April

March 25, 2009

http://1.bp.blogspot.com/_LnLeIl18Uv8/SckIdqp7ltI/AAAAAAAAAYk/fSanaUaZfqU/daurahGMTpenang.bmp

Assalamu’alaikum wa rahmatullah wa barakatuh…

Bismillah

Anda semua dijemput menghadiri daurah ‘Keilmuwan Sebelum Berda’wah’.

Pendahuluan: Islam amat menitik-beratkan aspek keilmuwan sebelum berda’wah. Tidak sedikit para pendakwah yang terbabas saat berda’wah, disebabkan ceteknya pengetahuan asas keislaman yang wajib diketahui setiap individu muslim apatah lagi pendakwah. Ramai yang menyangka da’wah itu dimulakan dengan dan semata-mata mengajak manusia berakhlak baik dan membanteras gejala sosial, ada yang mengajak ummah ini agar peduli kepada isu Palestin, ada yang berjuang ke arah tertegaknya kembali Khilafah Islamiyyah, namun apakah itu da’wah yang telah dipercontohkan Nabi SAW? Ya, kita akui, semua itu adalah salah satu elemen tarbiyyah dan matlamat dalam da’wah, namun bukan itu prioriti, penumpuan dan permulaan da’wah yang telah dipercontohkan (bukan sahaja) Nabi kita Muhammad SAW, malah semua yang terdapat dalam rantaian Rasul yang telah diutuskan Allah SWT. Adapun da’wah para Rasul dimulakan dengan elemen tashfiyyah; yakni memurnikan aqidah keyakinan objek dakwah mereka. Jika kita teliti kembali Sirah al-Nabawiyyah, tidakkah pada zaman jahiliyyah telah sedia berlaku kerosakan sistem sosial dan akhlak yang begitu parah di tanah arab? Zina, pembunuhan anak, arak, pergaduhan puak-puak, syirik, dan lemahnya bangsa Arab dihimpit gergasi dunia; sehingga mereka tunduk, takut dan sujud kepada empayar Rom dan Parsi saat itu. Namun, Nabi Muhammad SAW tetap sahaja tidak memulakan da’wahnya dengan mengajak insan supaya berakhlak baik, peduli kepada nasib bangsa Arab yang lemah saat itu, menceritakan kerosakan bangsanya, tetapi, apa yang dimulakan Nabi SAW adalah da’wah tawheed! Para ulama’ Islam pula bila berbicara tentang keilmuwan dalam Islam, yang mereka maksudkan adalah ilmu Syar’ie, tanpa menafikan cabang-cabang keilmuwan yang lain. Namun sayang sekali, keilmuwan inilah yang banyak diabaikan oleh para pendakwah. Tak ramai yang menjelaskan konsep tawheed uluhiyyah serta asma’ wa sifat sebagaimana yang difahami oleh para sahabat -generasi yang ditarbiyyah langsung oleh baginda Nabi SAW- dan salaf al-soleh. Maka dauroh ini dirangka bagi memberi masukan kepada para peserta akan ilmu-ilmu asas yang wajib diketahui oleh setiap individu muslim dan sebagai subjek bahan da’wah yang wajib disampaikan para pendakwah.

Yes

Berikut merupakan butir-butir tentang program;

Tema:Keilmuwan Sebelum Berda’wah

Tarikh: 3-5 April 2009/ 7-9 Rabi’ al-Akhir

Lokasi: Institut al-Qayyim (IQ), Mengkuang, Bukit Mertajam, Penang

Penyertaan: Terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan IPTA/S dan mereka yang berumur <30 tahun sahaja

Pengisian: Read the rest of this entry »

Kursus Aqidah – Memperkasa Sunnah Hadapi Syiah

March 22, 2009

TAJUK:
Kursus akidah:
Memperkasa Diri Menghadapi Syibah

TEMA:
Sahabat dibela agama terpelihara

TEMPAT:
Masjid Ghufran
Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur

TARIKH:
28-29 MAC 2009 Read the rest of this entry »

Pengagungan Kepada Sunnah dan Wajib Mengamalkannya

March 17, 2009

(Dikutip dari Bulletin Dakwah Manhaj Salaf edisi 11/Tahun I tgl 14 November 2003, penulis Ustadz Muhammad Umar As Sewed, judul asli “Wajibnya Mengamalkan Sunnah”.)
Sumber: E-book

Mukaddimah

Sunnah, ditinjau dari segi bahasa bermakna Ath Thariq (jalan) dan As Sirah (perjalanan hidup). Adapun menurut istilah syaribat sunnah adalah semua perkara yang bersumber daripada Nabi Shalallahu balaihi wassalam selain daripada Al Qurbanul karim baik berupa ucapan, perbuatan, ataupun taqrir (pembenaran sikap beliau) kepada hal- hal yang memiliki dalil secara syarbi. Read the rest of this entry »

Pertentangan Antara Berzanji Dan Aqidah Islam

March 8, 2009

Assalamualaikum wbt.

Selamat menonton video Kuliah al-Fadhil Ustaz Rasul Dahri yang membedah isi kandungan kitab berzanji yang dibaca pada 12 malam awal RabiulAwal sekaligus membongkar penyelewengan akidah yang wujud di dalam kitab tersebut.

http://www.youtube.com/results?search_query=Rasul+Dahri+berzanji&search_type=&aq=f

Baca jua artikel di bawah yang menghuraikan secara ringkas pertentangan isi kandungan kitab berzanji dengan Aqidah Islam. Read the rest of this entry »

Menyemai Cinta dan Kasih Kepada Rasulullah S.A.W

March 3, 2009

Muqadimah

Dua perkara asas yang mesti diberi perhatian di dalam membicarakan hubungan Muslim terhadap Rasulullah S.A.W adalah al-mahabbah (cinta) dan al-ittiba’ (ikut). Kedua-dua elemen ini mesti wujud secara beriringan di dalam diri Muslim. Tidak cukup untuk seseorang menyatakan perasaan cintanya terhadap Rasulullah SAW tanpa mengikuti sunnah Baginda SAW. Begitu juga sebaliknya jika seseorang itu mengikuti ajaran Nabi saw tanpa ada perasaan kasih dan sayang kepada Baginda. Sejarah Islam telah membuktikan kewujudan dua golongan ini. Read the rest of this entry »

Ada Apa Dengan Birthday Rasulullah?

March 2, 2009

Ada apa dengan Birthday Nabib&…………?

Oleh: Abu-Syubaib

Birthday Nabi? Kamu ni giler ke? Itulah agaknya kalau sekiranya kita menggantikan istilah Maulid Nabi kepada birthday Nabi. Memang pelik dan kadang-kadang melucukan. Itulah hakikatnya menyambut Maulid Nabi.

Sekali lagi tanggal 12 Rabibul Awwal menjelma kembali, tarikh yang ditunggu-tunggu untuk menyambut ulang tahun birthday Nabi s.a.w. Pelbagai acara dirancang oleh masjid-masjid, surau-surau, sekolah-sekolah, kerajaan negeri sehinggalah kepada kerajaan Malaysia. Walaupun telah dikatakan kepada mereka bahawa penetapan tarikh 12 Rabibul Awwal itu bukanlah tarikh yang muktamad bahkan ianya tidak tepat. Tetapi apakan daya kerana itulah tarikh turun temurun yang tak boleh ditukar. Read the rest of this entry »

Kursus Sifat Solat Nabi di UTEM Melaka-7 Mac

March 1, 2009

Kursus Sifat Solat Nabi

Speaker: Ustaz Abdul Rasyid Idris

Tarikh: 7 Mac 2009

Hari: Sabtu

Masa: 8pagi-6petang

Lokasi: Dewan UTEM 1, Kampus Industri UTEM (CUBIC), Melaka.

Bayaran: PERCUMA

Mereka yang membuat pendaftaran awal akan mendapat:

a) VCD Video Sifat Solat Nabi
b) Kitab- Aqidah, Hadith, Feqh, dan lain-lain artikel ilmiah.

Makanan disediakan.

Sila hubungi nombor-nombor berikut (SMS Nama dan No.HP untuk pendaftaran):

a) Saudara Redza 013-6925920

b) Saudari Azimah 013-6107220