Alhamdulillah, akhirnya kem ibadah di Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Palong 7 telah berjaya dilaksanakan. Dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh para fasilitator yang terdiri daripada Institut al-Imam al-Syafie Consultant and Training (INTIS), begitu juga dengan tiga orang bekas pelajar perempuan sekolah tersebut yang kini sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), rakan-rakan UIAM dari Gemencheh, Bahau, dan juga seorang sahabat dari Rembau yang juga baru sahaja menamatkan pendidikannya di kolej PTPL Shah Alam. Kesemua fasilitator ini telah menunjukkan semangt berpasukan. Kesanggupan mereka bersengkang mata tidak kira letih, penat dan lelah amat-amatlah dihargai. Baca selanjutnya »

Alhamdulillah, Institut Imam Syafie (INTIS) dan Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN) telah berjaya menganjurkan Daurah Akidah, Manhaj dan Dakwah di Kajang. Daurah pada kali ini telah menarik minat hampir 100 orang peserta yang hadir dari berbagai-bagai institusi pengajian tinggi di Malaysia seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Pusat Asasi UIA, Kolej Islam Antarabangsa, Kelantan (KIAS), Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Multimedia Universiti (MMU) dan lain-lain. Bahkan daurah ini turut disertai pelajar-pelajar Malaysia di Timur Tengah seperti Jordan dan Mesir yang pulang bercuti di Malaysia. Peserta lelaki menjangkau 80 orang dan perempuan pula lebih kurang 25 orang. Baca selanjutnya »
Bertempat diB Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Gombak, sambutan diterima amat mengejutkanB dengan paraB peserta memenuhi ruang bawah dan atas auditorium. Majlis turut dihadiri oleh Felo Amat Utama Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC), Dr Muhammad Uthman el-Muhammady, sebagai ahli Forum. YBhg. (kini Yang Berhormat) Dr Lo’Lo’ Dato’ Hj Ghazali, Pengerusi Badan Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS, turut hadir sebagai tanda sokongan. Juga penaja utama, Saudara Ahmad Yani dari Kumpulan Karangkraf yang sentiasa padu memberi sokongan kepada aktiviti dan program-program Tajdid. Majlis Forum dan Iftar dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Rahmattullah Khan dari Pusat Psikologi Gunaan, UIAM yang turut serta sebagai penganjur bersama. Baca selanjutnya »

Tarikh: 21-23 April 2006
Tempat: Kem Sri Raudah, Gombak
Tarikh:
25-27 November 2005
Tempat:
Institut al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Anjuran:
Yayasan Penuntut al-Imam al-Syafib e (YAPIS-UIAM)- sekarang dikenali sebagai INTIS Consultant
& Institut al-Qayyim (IQ-DPIQAJ)
Tema Program:
b Sunnah sebagai panduan kecemerlangan sahsiah dan akademik.b Baca selanjutnya »